Showing posts with label Dari Mata. Show all posts
Showing posts with label Dari Mata. Show all posts

Jul 16, 2009

Lindungi orang-orang yang anda sayang

Semalam ketika saya melalui kawasan parking antara Convention Centre dan KLCC, ada sepasang suami-isteri bersama dua orang anak sedang berjalan bertentangan dengan saya. Anak lelaki (dalam lingkungan 4 tahun) sedang berkata sesuatu yang membuatkan kedua-dua emak dan ayahnya ketawa.

Mereka nampak sangat bahagia, si emak berjalan dengan anak lelaki di sisinya manakala si ayah pula mendukung anak perempuan (dalam setahun). Tetapi selepas menghampiri mereka saya agak terkejut melihat si ayah tiba-tiba meletakkan sebatang rokok dibibir dan memalingkan muka ke kanan untuk menghembuskan asap rokok tadi. Spontan saya mengeleng-gelengkan kepala (tabiat selepas dah tua ni).

Secara mudah memang patut dia berpaling ke kanan kerana anak perempuannya didukung disebelah kiri tetapi secara logik asap bukan air, walaupun dihembus ke kiri tapi faktor angin tetap ada. Setakat beberapa sentimeter je kepala si anak tu dengan muka si ayah takkan le asap tersebut tak terkena pada si anak. Kesian betul dapat ayah yang cetek akal macam tu, konon nak elak kena pada anak yang didukung, tapi dihembus ke arah isteri dan anak lelaki yang berjalan sebelah kanannya tak apa pulak!

Ish ish tak tahulah apa yang si ayah ni fikir, ingat yang hisap rokok je ke yang dapat efek, yang menghidunya selamat?. Anak yang masih bayi dah didedahkan dengan benda berbahaya, bila besar anak dapat penyakit itu ini mula le mengeluh. Cuba fikir angkara siapa?

Pada ayah-ayah yang merokok tolong ler merokok jauh-jauh dari anak-anak anda. Asap rokok tu BAHAYA (kalau tak tahu). Abah saya pun merokok jugak tapi dia mesti duduk jauh-jauh dan tak bagi kitorang datang dekat bila dia sedang berasap. Dah beberapa bulan abah berhenti merokok hope abah berjaya membuang terus tabiat yang tak menguntungkan langsung tu….

Malas nak komen panjang-panjang nanti ada yang terasa pulak...tak kisah ler apa "kebaikan" bila merokok tapi jangan menyusahkan orang-orang yang anda sayang kerana "kebaikan" yang sementara tu.....

Feb 11, 2009

Politik & Perpaduan

Hari ini tetiba terasa nak 'bercakap' menda serius sket. Walaupun Syila sebenarnya kurang berminat dengan politik tapi apa yang berlaku di Perak agak menarik perhatian.

Tindakan saudara-saudara Islam kita yang merusuh dan mengadakan demonstrasi di Perak baru-baru ini pada pandangan Syila agak memalukan. Walaupun ia hanya mewakili suara parti tertentu tapi ia telah memberikan gambaran yang tidak elok untuk umat Islam seluruhnya. Walau apa pun sebab dan alasannya tidak boleh ke kita sebagai saudara seagama duduk berbincang dan mencari penyelesaian seperti yang dianjurkan oleh agama kita. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kepada kita ilmu, akidah serta akhlak yang sepatutnya kita contohi dan ambil pengajaran. Kisah kecekalan dan kesabaran Rasulullah dalam menangani konflik dan permasalahan negara sepatutnya dijadikan panduan dan contoh kepada kita hari ini.

Biarpun berbeza idealogi dan dasar politik kita harus ingat yang paling penting adalah keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia. Apabila kita saling bermusuh dan menjatuhkan antara satu sama lain, kita mungkin akan menjadi seperti rakyat negara Iraq dan Palestin. Musuh-musuh negara akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan negara kita. Jangan terlalu leka dengan pentas politik sehingga menggugat keselamatan negara.

Lihat saja kenyataan berani Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak, ini menunjukkan dia tidak menghormati kedaulatan sistem beraja. Sultan Perak bukan sebarangan Sultan, baginda pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara. Keputusan baginda pastinya berdasarkan fakta-fakta yang relevan dan undang-undang yang baginda amat jelas tentangnya. Jika kita sendiri menunjukkan rasa tidak hormat pada undang-undang dan pemimpin negara, jadi jangan harap orang lain akan menghormatinya.

Pada pemimpin-pemimpin parti yang sedang bertelagah terutama yang beragama Islam tunjukkanlah contoh yang baik kepada rakyat. Seingat saya bila menang pilihanraya semua akan berkata “Saya ingin berbakti kepada rakyat, semuanya untuk rakyat”. Jadi kotakanlah janji-janji untuk rakyat anda kerana apa yang berlaku sekarang rasanya bukanlah untuk kebaikan rakyat dan negara. Jangan gadaikan keamanan dan kehormatan negara untuk kepentingan peribadi dan parti masing-masing. Kuasa dan kedudukan yang anda ada sekarang adalah hasil kepercayaan rakyat, jadi jangan hilangkan kepercayaan itu kerana rakyat sekarang tidak bodoh untuk menilai, mereka tidak buta dan tidak pekak. Kebenaran tidak selamanya dapat disembunyikan.

Komen orang politik yang paling Syila benci ialah bila diorang berkata inilah cara berpolitik. Kelakar juga masa nak meraih undi berdegar-degar bercakap pasal jujur, amanah dan kebaikan rakyat tapi apabila kuasa berada dalam tangan jujur kemana, amanah kemana dan rakyat pula yang pening. Kuasa dan kemewahan memang boleh membuat manusia lupa diri, agaknya kalau Syila diberi kuasa dan kekayaan pun mungkin Syila juga akan jadi begitu. Semasa miskin dan tak ada kuasa memang kita akan ingat yang semua ini boleh membawa kemusnahan jika kita terlalu mengagungkannya. Tapi apabila kita sudah ada ‘segalanya’ mungkin kita juga akan terlupa.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin yang mungkin telah terlupa, sedarlah dan laksanakan apa diamanahkan oleh rakyat kepada anda, tak kiralah anda dari parti mana. Lakukanlah tanggungjawab anda dengan jujur dan sebaik-baiknya terutama pada saudara-saudara pemimpin seagamaku, ingatlah disana nanti anda akan dipersoal dengan apa yang telah anda lakukan kepada rakyat anda.

Ketika masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan dan mengembalikan keteguhan perpaduan rakyat Malaysia, bertindaklah kerana apa yang anda ada hari ini mungkin akan hilang sekelip mata. Allah Maha Melihat dan Maha Berkuasa, tiada sesuatu pun yang tiada dalam pengetahuan-Nya. Jangan melampaui batas kerana kemurkaan Allah pasti akan membinasakan.

Feb 6, 2009

Hantu Kelakar

Malam tadi Syila agak teruja juga nak tengok siri baru yang gantikan cerita Puaka Niang Rapik. Tajuk dia Keliwon...pelik tapi sekali dengar pun rasa sesuai dengan tema cerita macam ni.
Permulaan cerita memang rasa seram terutama bila hantu (cucu) tu keluar dengan rupa yang dimekapkan. Cara dia tersenyum tu memang meremangkan bulu roma. Cuma bila sampai adegan Tok iman dan bomoh tu bersemuka memang kelakar betul, macam tengok cerita ultraman pulak.
Rasanya kita dah terikut gaya cerita hantu Indon. Syila pernah juga dengar cerita dari orang-orang tua pasal proses perubatan gaya bomoh ni. Tapi tak pernah pulak dengar ada adegan-adegan macam tu. Jadi dalam otak Syila terus rasa cerita ni tak real, rasa kelakar dan menghilangkan rasa seram selepas tu.
Pada Syila adegan keluar laser ke apa ke tak perlu sebab realitinya pun kita memang tak nampak. Benda yang tak nampak mesti buat orang lagi berdebar-debar dan tertanya-tanya. Itu pandangan Syila saja, tapi Syila tengok juga cerita tu sampai habis. Keseluruhannya memang lain sikit dari cerita hantu yang sewaktu dengannya cuma kalau pencahayaan yang lebih baik masa fokus pada hantu tu mungkin keseramannya akan lebih terasa kot.