Showing posts with label Tiba-tiba terasa. Show all posts
Showing posts with label Tiba-tiba terasa. Show all posts

Mar 11, 2010

Billion words couldn't say just how I feel.....

Bila diri sendiri tidak dapat memahami kenapa dan mengapa kita ada sesuatu perasaan tu, bukankah amat janggal....
Paling sukar bila tak dapat buat orang lain faham apa yang hendak dikatakan....lebih teruk kalau penjelasan itu disalahtafsir pula kerana kegagalan kita menyampaikan perasaan itu dengan kata-kata....
Seperti bila kita masak pizza maggi dan kita kata sedap...adakah orang akan rasa 'sedap' itu seperti mana yang kita rasa.



Tak penting apa yang orang rasa kerana rasa kita yang akan kekal bersama kita sepanjang hidup....
Tiba-tiba rasa sendiri sangat kompleks.

Feb 14, 2009

Sabtu yang tak Best

Hari ini adalah contoh hari Sabtu yang tak best sebab kena kerja. Walaupun dapat elaun yang agak best tapi tetap tak dapat menghilangkan rasa tak best tu. Agaknya mungkin sebab dalam kepala dah set yang hari Sabtu adalah hari cuti, jadi kalau kena kerja memang rasa itu akan ada. Semalam Mila dah telefon bagitahu yang dia nak datang melepak kat rumah. Kesian Mila sejak dia datang belajar kat sini tak sempat lagi nak bawa dia pergi berjalan-jalan. Mungkin esok boleh bawa dia tengok movie.
Cerita apa ya? emm mungkin boleh tengok Bride Wars. Minggu depan pula dah janji dengan Tek nak bawa Enyel tengok Geng yang ada Upin & Ipin tu. Agak tak sabar nak pergi sebab dulu kitorang pernah janji bila dah ada anak nanti kitorang bawa anak tengok wayang sama-sama. Walaupun Syila tak ada anak lagi tapi tak apa boleh bawa adik kan heheh..