Aug 13, 2009

Kenangan waktu kecil : Adik Pertama...Syabilla

Semalam seronok dapat jumpa Abah, Ibu, Ijat, Along dan Kak Long, diorang singgah ke KL dulu sebelum bertolak ke Tanjung Malim untuk konvo Syabilla Jumaat nanti. Best jugak Billa dapat konvo pada hari lahir sendiri, hadiah birthday yang ke-24. Congrats sis…semalam abah siap call suruh belikan hadiah birthday untuk Billa skali…skali? maknanya 2 hadiah ke kena beli???

Jenuh juga berfikir nak beli apa kat Billa, hadiah untuk ustazah kalau tak tudung, kain, jubah, apa lagi ek…asyik menda sama saja kan. Tapi kalau beli yang ranggi-ranggi mahu mengucap panjang pulak ustazah tu, silap haribulan boleh habis satu kitab kena lecture nanti hehe…

Cepatnya masa berganti, dah besar rupanya adik saya. Bercerita pasal Billa saya teringat satu kisah yang berlaku ketika saya kecil. Masa tu Billa baby lagi kalau tak silap umur dia dalam setahun lebih. Saya tak ingat kenapa saya kena jaga dia, yang saya ingat saya bawa dia masuk ke bilik. Kononnya dari jendela kayu bilik saya yang luas ternganga itu saya boleh tunjukkan dia beberapa ekor ayam dan itik kepunyaan jiran sebelah. Maklumlah duduk di kampung halaman rumah umpama zoo.

Seperti selalu saya akan letak dia di atas kepala katil yang searas dengan jendela, jadi ada ruang untuk dia duduk dan melunjurkan kaki ke bahagian luar jendela. Sedang asyik Billa melihat gelagat ayam dan itik tetiba debuk terdengar bunyi dan saya terkejut bila melihat tangan saya kosong hah saya jengah ke luar jendela dan nampak Billa sudah terbaring di atas tanah.

Terdengar jeritan Ibu dari arah rumah makcik yang terletak bertentangan, mungkin bunyi Billa jatuh menarik perhatian Ibu yang sedang bercakap dengan Mak Nik di beranda. Masih jelas jeritan ibu…Ya Allah, anak aku!!!

Saya pula terpaku melihat Billa, beberapa saat kemudian baru Ibu sampai dan mengangkat Billa yang sedang menangis. Masa tu hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya kalau abah tahu Billa jatuh dari ketinggian 2.0 meter kerana kecuaian saya. Nasib baik kejadian itu berlaku selepas hujan jadi tanah sedikit lembut. Syukur juga Billa pun tak cedera cuma terkejut saja.

Tak sangka budak kecik yang saya jatuhkan (secara tak sengaja) sekarang dah berusia 24 tahun dan bakal menjadi seorang guru. Confirmlah kejadian itu tak menjejaskan kebolehan Billa hehe...entah Billa tahu atau tak cerita ni tapi saya akan ingat detik itu sampai bila-bila. Kadang-kala saya rindu dengan suasana masa kecil-kecil dulu. Kami adik-beradik bergaduh dan bermain bersama-sama. Rindu nak merajuk bila tak dapat tengok tv sebab kena jaga adik-adik sementara ibu uruskan hal rumah.

Betapa cepat kita ditinggalkan oleh masa, apa yang pernah diidamkan dulu banyak yang telah menjadi kenyataan walaupun tak semua terjadi seperti yang diimpi. Itulah kehidupan dan kita harus menghadapi dan terima segala seadanya. Seketika menoleh ke belakang melihat jejak-jejak yang telah ditinggalkan, yang menjadikan siapa kita pada hari ini. Ada kesal, ada syukur, ada rindu, ada dendam, ada kegembiraan, ada kesedihan dan ada ingatan yang tidak dapat dipadam. Setiap rasa itu hanya tinggal menjadi memori yang akan terus hidup selagi nadi masih berdenyut.

Aug 6, 2009

Semangat yang Hilang

Badan rasa penat sangat sejak 2 hari lepas...semangat pun hilang entah ke mana. Walaupun cuba fokus pada kerja tapi seronoknya dah tak ada. Sekarang cuba bertahan sebab tanggungjawab dan tak nak menyusahkan rakan lain. Kerja 7 hari seminggu, hari-hari balik lambat sampai bilik pun dah jadi macam tongkang pecah. Baju pun terpaksa hantar dobi...rasa rugi tapi nak buat macam mana, nak study pun tak sempat.
Nasib baik sem pertama ni ambil 8 kredit je, kalau ambil banyak-banyak entah macam mana rupa result tu nanti. Memang rasa tak larat sangat tapi susah kalau bos buat tak faham. Kenapa le sesetengah orang fikir dengan duit semua boleh selesai.
Bila telefon abah mintak nak bercakap dengan ibu, abah tanya apa hal nak cakap dengan ibu. Abah kata pelik kalau saja-saja telefon tanpa sebab siap soal siasat macam kesalahan besar pulak bercakap dengan ibu. Dengar suara ibu je dah hilangkan serabut dalam kepala. Walaupun tak dapat nak kongsi masalah takut nanti ibu risau tapi dapat cakap dengan ibu pun dah cukup.

Aug 2, 2009

Abaikan Email dari syilahaizal

Salam....

Kawan-kawan my email syilahaizal@yahoo.com kena hack so kalau dapat apa-apa email dalam tempoh lebih kurang 30 jam lepas sila abaikan!!!!

Maaf atas segala masalah yang timbul ;(

Aug 1, 2009

Putih

Kepala tengah sakit.....
Kerja pulak berlambak....
Esok mesti kelam kabut....
Ofis....Putih....Ofis....Puchong....
Giler....tapi tak berbaloi.....
Bila fikir sedih gak tapi what to do....
Dah ada komitmen sekarang tak boleh suka-suka hati....
Anyway...welcome Putih, tak sabar nak jumpa esok tapi kena siapkan kerja dulu....
Sabar yea Putih...

Jul 24, 2009

Ikut Kata Hati

Hahaha....(mcm baru lepas wat jahat je intro gelak)
Hari ni seronok jalan-jalan (credit pada Tek) lunch yang best padan dengan jauhnya nun di Shah Alam....
On the way balik, Tek drop kat LRT Setiawangsa then baru teringat nak potong rambut lah! Apalagi singgah mendaki ke Salon Hasroy Rohaya. Tapi masa tengah mendaki tangga tu terfikir nak cakap macam mana nih...maklum le orang tak ikut peredaran fesyen tak tau nama-nama potongan tapi nasib baik ada beberapa keping gambar artis tertampal di dinding salon konsep di rumah tu. Ada fesyen rambut pendek Siti Nurhaliza, Hetty Sarlene, Misha Omar dan artis luar yang tidak dikenali.
Saya pilih gaya Hetty yang paling pendek, teringat kat aksesori rambut yang baru dibeli beberapa minggu lalu. Takpe korang masuk laci dulu 3 tahun lagi kita jumpa. Azam baru dalam tempoh 3 tahun ni memang rambut tak akan panjang melepasi bahu. Lagipun susah nak jaga panjang-panjang...akak tadi pun bagitahu suruh amal pakai tonik bagi rambut lebat balik. Bila dah panjang banyak yang gugur.
Akak tu kata rambut perempuan lagi cepat tumbuh berbanding lelaki, betul ke? Katanya lagi lelaki bila dah botak memang susah nak ada rambut balik. Hehe tak sempat nak fikir hal rambut dah sekarang kak. Lebih kurang 20 minit kepala dah terasa ringan dan bila bangun dari kerusi ternampak rambut-rambut yang dah jadi arwah. Tak ade perasaan...
Beredar dari salon selepas menyerahkan sekeping not merah, sambil turun tangga tersenyum sorang....emmm esok kena kerja, lusa pun, teringin nak tengok Harry Porter...
Oklah, jumpa Harry le pulak....daaaa

Jul 17, 2009

Hidup ini susah bila tak dapat Memahami

Susah nak jaga hati orang...susah lagi nak jaga hati sendiri.....

Bila nak jaga hati orang, kena korbankan hati sendiri sebab yang berlaku itu ada 'harganya'. Selalu terpaksa berpura-pura seperti tidak apa-apa kerana memahami apa yang dirasai.

Sangat susah bila kita menjadi seseorang yang memahami kerana bila kita tak lagi dapat memahami ia akan menjadi suatu kesalahan. Mengapa hanya kita yang kena faham? Mengapa kita sahaja yang bersalah?

Kita baik bila kita dapat memahami orang lain, tetapi adakah kita akan jadi jahat kerana memahami diri sendiri?

Sangat letih bila selalu perlu memahami orang lain.....
Paling sedih bila yang diharap hanya "tak apa..."
Mahalnya sebaris kata....
Seolah semua yang telah berlaku itu tiada harga...

Mahu berhenti memahami orang lain, tapi akal akan kata...kau pentingkan diri sendiri!
Dan hati akan jawab...kalau aku selalu pentingkan orang, siapa nak pentingkan aku?
Berbalas soal jawab dan akhirnya hati akan mengalah kerana orang yang kita sayang....

Jadi jangan sayang orang supaya dapat jaga hati sendiri?

Mood tak Baik