Mar 25, 2010

Tidak Seperti Biasa


Bila demam selalunya emosi juga akan terganggu...badan penat dan otak akan mula fikir macam-macam...

Kalau saya demam, nak jumpa orang pun tak ada mood, sisihkan diri dari orang sekeliling dan berkurung dalam bilik....sms dan call pun saya biarkan kecuali dari parents dan kawan baik je. Sebabnya saya terlalu mudah naik angin dan sensitif time ni.

Masa ni le mula rindu lebih-lebih kat ibu, abah dan budak ghemok. Kalau telefon siap boleh nangis. Hahaha.....pastu mula le fikir nak balik kerja kat kampung. Ramai orang yang kenal saya kata saya baik...tapi kalau yang kenal saya masa keadaan saya tak stabil ni mesti tak fikir macam tu...saya boleh menonong je jalan tanpa hiraukan orang, malas bercakap dan tak peduli apa yang orang kata....buat hal sendiri!

Tadi saya ada terbaca dalam satu artikel kesihatan, ada dinyatakan antara cara untuk memulihkan demam selsema memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam - yang ni memang tak ada masalah untuk diikuti :). Duduk dalam bilik yang panas dan lembap sebab boleh melancarkan pernafasan dan membantu menyingkirkan lendir dan kahak - ini susah sket bila waktu kerja sebab bila pasang air-cond nanti hidung mula tersumbat. Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari - haa yang ini sangat susah sebab bila minum banyak air maka banyak kalilah perlu berulang ke bilik kecil. Memang tak tahan....

Apa pun bila sakit memang semua rasa serba tak kena. Tapi bila ada kawan-kawan yang selalu bertanya khabar sedikit sebanyak menyenangkan hati juga walaupun responnya tak serta merta. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesembuhan saya. Maaf juga sebab tak happening seperti biasa haha...bak kata Ain, "Kak Syila tak best bila demam...." ini dialog dia masa kami ke Jamuan Akhir Tahun dan Alumni KLM Ahad lepas.

Muka sembab bangun tido je terus pergi jamuan

Ok cerita sikit le pasal jamuan tu, sebenarnya hampir saja saya membatalkan niat untuk hadir tapi sebab KLM dan Ain yang sudi tumpangkan maka sampailah juga ke 'Retro Night' dengan baju Kebaya raya tahun lepas yang entah menepati tema atau tidak.

Walaupun mood sendiri tak meriah tapi jamuan malam tu tetap menghiburkan hati dan mengenyangkan perut. Dengan nasi goreng cili padi, ayam goreng rempah, mee kuah apa ntah namanya, pengat pisang, bubur kacang, kuih lupe nama hehehe dan kek coklat betul-betul buat perut sendat.

Persembahan nyanyian dan game "Bertukar" betul-betul mengamatkan suasana sebelum berganti sendu bila diakhiri dengan slot khas untuk menghargai pembantu felo penasihat KLM yang akan menamatkan khidmatnya bersama KLM secara rasmi. Untuk Alumni yang hadir mungkin tidak terasa tetapi untuk adik-adik mungkin sedihnya lebih sedikit.

Kebiasaan untuk bergambar beramai-ramai

Haa...adik-adik KLM kena join @Lambaian kerana bersama @Lambaian tak ada selamat tinggal :) kontraknya adalah untuk seumur hidup...

Tak lupa untuk adik-adik KLM yang akan grad sem ni tahniah dan welcome to @Lambaian :)

Mar 11, 2010

Billion words couldn't say just how I feel.....

Bila diri sendiri tidak dapat memahami kenapa dan mengapa kita ada sesuatu perasaan tu, bukankah amat janggal....
Paling sukar bila tak dapat buat orang lain faham apa yang hendak dikatakan....lebih teruk kalau penjelasan itu disalahtafsir pula kerana kegagalan kita menyampaikan perasaan itu dengan kata-kata....
Seperti bila kita masak pizza maggi dan kita kata sedap...adakah orang akan rasa 'sedap' itu seperti mana yang kita rasa.



Tak penting apa yang orang rasa kerana rasa kita yang akan kekal bersama kita sepanjang hidup....
Tiba-tiba rasa sendiri sangat kompleks.

Mar 10, 2010

Ubah dan Berubah

Update baru, ubah template?
Itu pun update gak kan biar up-to-date...hahah yealah sangat...
Banyak yang dah terjadi sejak post yang lepas....tapi biasalah malas nak menulis/menaip....
Hari ni sangat bosan...kepala blank, tak ada motivasi untuk buat keje....so blogging jap ler....
Kalau ubah rupa blog tapi perangai malas tak berubah tak bagus jugak....
Saya cuba ubah dan harap dapat berubah...

Biar saya ingat balik apa cerita-cerita best yang dah berlaku sejak post terakhir saya...jap eh kena fikir dan susun dulu...
Orait kita mulakan dengan Cuti Maulidur Rasul...oooh yang ni tolong jangan ikut ok!

Hari tu saya dan kawan-kawan @Lambaian dan adik-adik KLM telah pergi berkelah di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi. Dah lama juga tak turun ke pantai kali terakhir pun bulan 6 tahun lepas semasa Program PERINTIS di Port Dickson. Suasananya memang best walaupun kami tiba lebih kurang jam 3 petang....seronok bergambar, berborak, bermain air dan permainan baru ciplak dari Jepun hahaha....walaupun itulah pertama kali betul-betul lepak dengan Radhi, Ain, Roza dan Sya tapi diorang semua cepat mesra dan kami rasa macam satu keluarga.....

Sampai je bergambar dulu....

Ni gambar paling best hehe.....idea Ain dan Sport....

Rojak buah antara hidangannya.....

Balik dari piknik, sempat dinner bersama dan sesi suai kenal dengan Nad, ahli baru Geng Lepak @Lambaian....hehehe....

Sampai rumah lena sampai ke pagi....esok tengaharinya dengan ditemani Ain, Roza dan Sya serta Sport kami ke Sutera Mall mencari pakaian untuk ke Majlis Anugerah Bintang Canselor (ABC), Kolej Tuanku Canselor pada sebelah malam nanti. Setelah penat menapak dari satu kedai ke satu kedai akhirnya kami berjaya melaksanakan misi masing-masing....kami singgah ke McDonalds untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong.....

Malamnya saya dan Ain, tiba lewat ke majlis ABC tapi nasib memang baik....rupanya majlis pun belum bermula (patut le tak rasa bersalah) hahaha....seperti biasa bergambar bukan kepantangan jadi inilah rupa-suasana-kebirahan kami warga @Lambaian-KLM-KTC....

Sebelum masuk ke Dewan Sultan Iskandar bergambar bersama adik-adik KLM....

Inilah meja Alumni Lambaian...


Bersama kawan-kawan Lambaian tak pernah tak seronok, tapi malam tu berganda seronoknya sebab menang cabutan bertuah dengan no. 249 dan lagi satu sebab Kelab Lambaian Masyarakat kesayangan kitorang menang Anugerah Kelab Terbaik untuk kali ke-4 berturut-turut...tahniah untuk adik-adik kami yang berjaya mempertahankan kecemerlangan KLM di peringkat Kolej. Harapnya KLM akan sentiasa maju ke hadapan dengan idea dan program-program yang dapat memberi manfaat kepada ahli, kolej, universiti dan masyarakat sekeliling.

Usai majlis saya, Ain, Nad dan Sport ke Restoran Agus untuk sesi lepak sebagai aktiviti penutup hari Sabtu dan pembukaan hari Ahad......hahaha melepak sampai kul 2 pagi dengan soalan teka-teki juga cerita-cerita zaman muda remaja....

Hari Ahad memang bangun agak lambat...tapi still awal dari hari Ahad sebelumnya itu pun sebab ada tetamu yang datang sekejap. Then baru teringat dah sebulan Putih tak mandi. Jadi dengan bersemangat mencuci Putih sampai berkilat luar dan dalam.

Syok mencuci sampai terbabas, ketika jam mencecah 1.45 petang barulah semuanya siap dan saya terkocoh-kocoh solat dan bersiap untuk makan tengahari di rumah Adam dan Kak Easy. Janji pukul 2 tapi jam 3 baru saya sampai....harap maaf yea....

Inilah hidangan lunch kami yang selepas itu dihidang pula dengan cendawan goreng, pisang goreng dan lupe apa lagi.....buah tangan dari tetamu istimewa petang tu.....


Tak habis setakat itu....sesi sembang saya dan keluarga Amani bersambung sampai ke hujung petang walaupun tetamu lain sudah lama beredar. Ketika jam hampir mencecah 7.15 mlm baru saya sampai ke rumah. Tak lama kemudian cadangan untuk ke Pasar Malam Skudai dan menikmati dinner di Tasik UTM di'on'kan. Saya sempat hubungi Kak Easy dan Ain, kami berjanji untuk berjumpa di pasar malam pula.

Sampai di Tasik jam 9.30mlm dengan Apam balik, Jagung Rebus dan Air Kotak Soya Season dan Ain pula membeli makanan yang sama cuma bezanya cara masak hahaha....

Tak silap time ni Aqil tengah ajak Cik Ain naik keretapi....


Sesi yang tak boleh dilupa bila diperbudak-budakkan oleh dua orang budak comel...Aqil & Ammar....kami diajak menaiki 'keretapi'.....destinasi ke kedai coklat dan aiskrim heheh...



Selepas itu ada pulak sesi diskusi berkaitan jodoh dan waktu itu terasa betapa panasnya cuaca sekarang!!!
Anyway hujung minggu yang sangat best secara keseluruhannya......

Feb 20, 2010

Cuti-cuti balik Kampung



Boring...
Kepala kosong...keje ada...tapi takde mood...
Motivasi tak berkesan...
Mungkin perlu cuti yang lagi panjang...mengada!

Putar balik memori balik kampung hari tu ada pengalaman agak ngeri juga sebenarnya. Kawan Billa yang follow kitorang terbabas di Sungai Lakit. Kereta agak teruk dengan tiga tayar pecah, cermin sebelah pemandu hancur, cermin depan dan sebelah co-driver pecah. Cermin sisi dua-dua terkulai dan bumbung kereta kemek. Tapi semua dalam kereta selamat cuma pemandu cedera sikit di tangan kanan.

Bila tengok keadaan kereta memang tak sangka penumpangnya tak apa-apa. Saya dan Billa rasa terkilan dan bersalah juga sebab tinggalkan diorang agak jauh dibelakang. Lama juga kitorang di tempat kejadian sebelum ke Balai Polis Paloh.

Sampai di rumah jam 5.30 pagi, sempat berbual sekejap dengan abah, ibu dan Ijat sebelum tidur. Bangun-bangun je dapat breakfast yang paling sedap...sate ayam, nasi impit, roti bun dan kuah kacang ibu! Makanan kegemaran yang selalu ditunggu-tunggu. Kali ni abah dah siap-siap suruh ibu buat satu periuk besar khas tuk kitorang 3 beradik haha ibu pun terkejut macam nak buat open-house. Sebab tu kitorang boleh makan 4 hari berturut-turut....sangat best...terima kasih ibu...abah!

Pukul 12.30 tengahari abah ajak pergi ziarah anak angkat dia yang kemalangan pagi tadi...satu famili kena pergi selepas alasan penat tak diterima pakai. Balik dari Melor kitorang singgah makan Nasi Sumatera kat Arked Uda. Best jugak...kebetulan ada pakcik jual Jelly Kelapa....hah 10 bekas skali borong...tapi bekas dia 2 kali ganda dari saiz yang saya selalu beli di JB. Sedap pun sedap rasa air kelapa original.

Esoknye berjalan lagi pergi majlis pertunangan sepupu lelaki saya di Pulai Condong. Kononnya tak ramai sekali 12 buah kereta juga yang ikut. Rasa agak kekok bawak Alza Billa, orang dah biasa bawak kereta kecik tiba-tiba bawak saiz mpv. Hahaha paling kelakar bila nak keluar dari kawasan rumah yang kiri kanannya pokok getah dengan abah kat dalam kereta...kecut perut ooooo...

rombongan kami......

Bakal bapa mertua sarungkan cincin pertunangan....

Balik dari Pulai Condong kitorang ke KB Mall cari hadiah untuk kawan Billa yang juga baik dengan abah dan ibu. Abah belanja saya periuk nasi untuk rumah sewa... J lepas tu beli KFC untuk dinner. Ijat le paling happy sekali dapat apa yang diidamkan. Tapi bila sampai rumah agaknya dah penat sangat Ijat makan sambil menahan ngantuk. Kesian sangat kat budak ghemok....

Esoknya ke kenduri kawin kawan Billa...saya cuba juga untuk tak pergi tapi dapat jelingan so maknanya kena pergi jugak... jadi driver le sepanjang cuti 3 hari tu...rindu kat Putih...sian Putih kena tinggal tapi nak buat macam mana....sorry yea Putih...

Walau ke mana pun kita pergi, seronok mana pun hidup di tempat orang....tak akan sama dengan rumah keluarga. Inilah tempat yang paling selamat, seronok dan membahagiakan.

Miss them already....

Jan 21, 2010

Jemputan bagi pihak @Lambaian

Salam...

Istimewa kepada semua bekas ahli Kelab Lambaian Masyarakat (KLM), KTC, UTM samada yang dah daftar sebagai ahli @Lambaian ataupun tidak...

Rakan-rakan semua dijemput untuk menghadiri
Program Sehari Bersama @Lambaian: Mai Sembang Kerjaya dengan Kami...details program sila klik disini

Secara ringkas ia merupakan program rasmi pertama yang berkonsep santai dan bertujuan berkongsi pengetahuan, pengalaman, maklumat, pandangan, idea dan skill dengan adik-adik KLM berkaitan kerjaya masing-masing.

Jika tak berkelapangan pada siang hari
06/02/2009 (Sabtu) tu kawan-kawan boleh juga datang untuk bertemu mesra bergosip juga pada sebelah malamnya untuk jamuan BBQ di Tasik UTM dengan bayaran RM10 seorang (sori @Lambaian belum mampu nak fully sponsor). Pada yang dah berkeluarga pun boleh bawa isteri/suami dan anak masing-masing supaya kita boleh berkumpul dan berkenal-kenalan. Tak menjadi masalah dan jangan segan-segan.

Kita jumpa disana nanti yup.... :)

Jan 10, 2010

Ulangtahun ke-55: Cinta Pertama Kami

Selamat Ulang Tahun Kelahiran....
Tg Noorasnah Tg Abd Wahab - 10 Januari

Ibu cinta pertama kami...Syahrul, Syila, Syabilla, Syahril, Syamila dan Syahiran

Semoga Allah lanjutkan usia wanita ini yang telah melahir, membesar, mendidik dan memberikan segala yang ada demi anak-anaknya...

Semoga Allah ampuni, lindungi dan berkati wanita ini dalam rahmat dan redhanya seperti mana dia telah melindungi dan menyayangi seluruh keluarganya...

Semoga Allah pelihara dan jauhi kesusahan serta kepayahan dari hidup wanita ini kerana dia telah melalui banyak keperitan dan kesukaran demi insan-insan yang disayanginya...

Semoga Allah berikan wanita ini seluruh kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan yang ada di dunia dan di akhirat seperti mana dia telah berikan seluruh hidupnya demi suami dan anak-anaknya....

Semoga Allah makbulkan semua impian wanita ini kerana dia telah korbankan segala keinginannya demi menunaikan kemahuan dan keperluan anak-anaknya...

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami kerana pernah menyakiti hati wanita ini...tak mungkin dengan sengaja kerana dia adalah Ibu kesayangan kami...


*************************

Orang kata kajayaan dan kebahagiaan anak-anak adalah kejayaan dan kebahagiaan ibubapa. Saya tak tahu adakah selama ini saya banyak memberi kebahagiaan atau kesedihan pada Ibu.

Ada satu dendam yang masih tinggal, waktu tu saya masih di sekolah rendah. Ada satu insiden yang telah saya saksikan dan sampai sekarang saya tak dapat luputkan insiden itu dalam ingatan walaupun keadaan telah berubah. Riak kesedihan serta kekecewaan yang tergambar di wajah Ibu masih jelas dan itulah harinya saya telah berjanji pada diri...saya tak akan maafkan mereka sampai mati.

Walaupun saya tahu Ibu gembira dapat bertemu dengan mereka semula tapi setiap kali memandang mereka hati saya sakit. Insiden dulu seolah-olah ditayangkan semula di depan mata dan selalunya ia akan membuatkan saya hilang kawalan.

Saya tahu jika Ibu yang melalui boleh memaafkan kenapa tidak saya yang melihat tapi saya tak seperti Ibu...saya tak mewarisi sifat lembut hati dan penyabar Ibu...setiap kali kami bertemu mereka, tingkah saya pasti akan melukakan hati ibu. Saya kesal dan sedar ...tapi saya tak dapat lepaskan.

Saya harap Ibu dapat maafkan semua dosa dan kesalahan saya, walau apa pun yang saya lakukan tak pernah terniat untuk menyakiti hati dan menyinggung perasaan Ibu. Biarpun Ibu tak pernah luahkan tapi saya tahu Ibu sedih dengan sikap saya. Maafkan Lala bu...

Saya akan cuba lepaskan memori itu kerana saya sayang ibu lebih dari segala-galanya....

Jan 8, 2010

Potluck-Bowling-Lepak-Potluck-Futsal-Tido

Jadual weekand lepas agak full...sangat gembira menerima kedatangan Roza ke istana hinggap yang serba kekurangan ni....

Roza, Sport dan Usop sampai disini pada malam tahun baru...bestlah sebab Jumaat diorang cuti!
Tapi pagi Jumaat tu kesian Roza kena bangun awal ikut saya ke ofis...tapi tak ada le dia melepak kat ofis saya, dia pegi jumpa kawan-kawan di FKE dan breakfast dengan Sport dan Azwar.

Cuma time lunch tu saya dan Roza sempat pergi lunch kat rumah Kak Easy. Lepas tu masuk ofis balik tak dapat nak tengok Konsert Lelaki Ini Anuar Zain kat TV (Tek sempat sms bagitahu tapi sedih tak leh tengok gak). Lepas habis kerja terus ke Jusco tuk beli bahan-bahan membuat agar-agar cocktail. Roza pulak sambung berjalan dengan dua jejaka veteran tu...lepas shopping ambil Roza then terus balik ke rumah bersiap untuk ke potluck di rumah Ayu.

Sempat minta tolong Min, housemate saya untuk buatkan peta ke Pasir Gudang maklumlah kitorang semua tak pernah sampai ke sana lagi. Hampir jam 9 malam kami sampai di rumah Ayu...alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami. Memang riuh suasana potluck tu dengan kehadiran Kak Easy, Adam, Aqil, Amar, Roza, Kak Edd dan suami, Sport, Alan, Azwar dan Aizat juga. Paling mencuri tumpuan adalah keletah dua beradik Amar dan Aqil. Budak-budak memang sentiasa comel....(teringat kat dua budak dedeks yang dah lama tak jumpa, Enyel & Mia)

Banyak betul idea si Amar ni.....dan yang baju pink tu tuan rumahnya :)

Malam tu banyak memori lama dan cerita-cerita lawak yang keluar tak lupa cerita hantu gak sampai tak sedar dah hampir nak bertukar hari. Akhir pertemuan semua berjanji untuk berkumpul semula malam esoknya di rumah Adam & Kak Easy. Makan sedap lagi ..... :)

Sesi mengenang memori lama

Jadual Sabtu pula bermula seawal 7 pagi...saya sempat masak agar-agar Cocktail dan agar-agar Milo (teringat Tek) sebelum bertolak ke SO1 bersama Roza. Dari sana kami berkonvoi ke Danga Mall join pertandingan bowling dengan adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat (KLM), KTC. Memang ramai...lebih kurang dalam 65 orang juga yang datang termasuk geng-geng @Lambaian.

Kalau dah nama Lambaian...tua muda sama jer......

Paling tak sangka dapat jumpa Hanif...dah lama gile tak jumpa dia. Niat asal untuk menjadi penonton tapi disebabkan Adam sekeluarga tak jadi hadir sibuk dengan persediaan untuk potluck pada malamnya terpaksalah saya menggunakan skill yang paling saya terer...strike ke longkang hehe....

Suasana memang meriah tempat tu bagai kitorang yang punya...dengan gelagat yang macam-macam tapi terima kasih pada Naufal, Syazreen dan Fateha ...adik-adik group saya yang sangat sporting walaupun first time kenal....sorry yea akak memang tak pandai main bowling ni!

Group saya...Syazreen, Fateha & Naufal

Lebih kurang jam 1.30 ptg kami bersurai, geng-geng @Lambaian berpakat lunch di K9 dengan misi mencari cendawan goreng tetapi tak kesampaian...cendawan goreng dah habis, yang tinggal hanya serdak jer..frust gak tapi happy kemudiannya sebab Din sudi belanja kami semua. Thanks Din...

Lepas lunch plan nak layan Avatar di U-Mall....hampa lagi sebab show paling awal jam 6 petang. So lepas solat kami berlima Roza, Sport, Din dan Usop tukar angin main game. Seronok gak layan bola keranjang dan gendang versi Jepun. Nasib baik ada Sport yang tolong translatekan kalau tak memang tak faham apa. Roza suruh saya cuba main racing car tapi serius tak pandai...biar budak-budak laki tu jelah main. Tengok pun rasa macam susah je hehe...tak minat...then abis main temankan Roza cari barang dan janji dengan yang lain untuk jumpa di warung goreng pisang pulak.

Geng-geng @Lambaian

Nasib tak baik sampai je kat parking warung hujan mula turun dengan lebatnya. Mula-mula semua setuju tunggu hujan reda tapi disebabkan tiada tanda-tanda nak berhenti maka kami pun menyusur le di kaki lima kedai. Memang kira kuat semangat juga ler...duduk makan di warung dengan air mengalir di bawah dan curahan air dari bumbung khemah yang sudah penuh....macam duduk makan kat sebelah air terjun pulak.

Mula-mula order cendol pulut...lepas tu kuih lak....Roza siap kira jari nak cukupkan RM10. Bayam celup tepung, cendawan goreng, jemput-jemput, pisang goreng dan keropok lekor. Banyak betul makan sampai tegang perut. Sesi melantak-borak-gelak-mengenakan orang memang best tambah gamat bila datang lak si 3A...Azwar, Aizat dan Afiq...penat makan dan penat gelak.

Lebih kurang jam 6 ptg kitorang bergerak ke rumah Adam & Kak Easy kot-kot ada yang boleh dibantu. Tapi nampak gaya semua dah tersedia jadi kami kembali ke rumah dahulu. Mungkin kepenatan seharian berjalan Roza terlena...masa berjalan sangat pantas rasa macam dah siap paling cepat rupanya lambat gak...alahai...