Jun 30, 2009

Catatan Seorang Pelajar : Bussiness Management (Specialist in HR)

25/06/2009 (Khamis)

6.00 pagi…terjaga dari tidur terus ke bilik air. Kemudian ke ampaian mencari baju yang hendak di pakai tetapi baru perasan, mana baju hitam haa??? Ishh rasa dah jemur semalam…tak ada le pulak! Emm terpaksa tukar plan. Pakai je le blouse pink ni…menggosok pulak ambil masa yang agak lama sebab baju tu jenis yang berkedut seribu.

7.30 pagi….dah terpacak tunggu tren kat Putra LRT untuk ke KL Sentral. Tak sampai beberapa minit tren dah sampai dan orang tak ramai, mungkin sebab masih awal. Cepat-cepat meloloskan diri, lebih kurang 7.50 pagi dah berada dalam komuter ke Shah Alam.

Tetapi tak sangka pulak bila sampai ke stesen Shah Alam, pakcik teksi kat situ tak nak hantar terus ke kampus, hanya sehingga ke bus stop Seksyen 2. Tak kisahlah…tapi dalam teksi tu rupanya ada lagi sorang penumpang yang menuju ke tempat yang sama. Kami berkenalan dan sama-sama memanjat tangga bas T603 untuk ke destinasi seterusnya.

Tiba di pintu masuk UiTM pak guard (PG) naik periksa bas dan menyuruh sesetengah penumpang turun mendapatkan pas. Terus ambil kesempatan bertanya pada pak guard tempat paling dekat untuk kami turun memandangkan kami berdua memang tak tahu kat mana letak duduknya bangunan tempat taklimat tersebut.

Saya : Encik, kalau nak ke Fakulti Undang-undang nak turun kat mana yea?
PG : Emm kamu turun dekat Perindu
Saya : Hah…(dengan muka blurr)
PG : Ohh Perindu pun kamu tak tahu? Emm ada sapa-sapa yang turun kat Perindu tak?
(pak guard buat announcement pulak kat dalam bas tu)

Nasib baik ada sorang budak lelaki yang turun kat sana. Jadi setiap kali bas berhenti kami akan menjeling ke arah budak lelaki tersebut takut-takut terlepas. Jam menunjukkan jam 9.10 pagi apabila kami turun di depan Perindu (kolej rupanya hehe). Dengan bantuan tunjuk arah budak lelaki tersebut kami terpaksa menapak ke arah Kolej Kenanga/Cempaka mendaki bukit barulah kami tiba di tempat taklimat.

Mak aiiii penatnye dah lama tak daki bukit!!

Masuk ke dewan taklimat, penerangan dari Koordinator Program dah sampai ke muka surat 14. Takpelah pasni leh tanya orang. Lebih kurang jam 10.15 pagi taklimat tamat dan kami ke tempat makan untuk break-fast sebab pukul 10.45 nanti ada sesi dengan penasihat akademik pula. Mungkin kerana semangat yang berkobar-kobar masing-masing sudah beredar awal. Tak sempat nak habiskan kopi ‘O’ panas yang disediakan, mana nak sempat kopi tu panas tahap didih. Terpaksa jugak minum air kotak, baru ingat nak simpan minum bila habis sesi taklimat kedua nanti.

Lebih kurang 10 minit menunggu, En Anuar masuk dan memulakan sesi perbincangan. Sebelum ini rasa senang kalau dapat pengecualian kredit, boleh grad awal tapi bila tengok list subjek yang perlu diambil rasa risau mula menyerang. Ish apa menda ni? Memang blur bila nama-nama subjek itu disebut…tambah bila nama subjek tersebut disingkatkan pulak…saya memang lost!

“OB, apa tu?” haha padan muka, yang gi sambung buat business tu sapa suruh? Tu le kalau sambung wat kejuruteraan Elektrik tak de le seblur tu. Yea ke??

“Kenapa nak ambil HR?”
“Tak minat elektrik dah, minat HR lagi?” tersenyum mendengar pertanyaan demi pertanyaan, tak tahu apa nak jawab tapi memang tak punya jawapan pun.
“Tapi tak pe ramai senior awak pun pernah ambil juga” sambung En. Anuar sambil tersenyum. Ayat perli ke ayat menenangkan tu…

Apa-apa pun kata orang tak kenal maka tak cinta kan…so pegi kelas dulu nanti baru tahu susah ke senang (ada istilah senang ker hehe).

Kalau ikutkan jadual yang diberi cuma tinggal hari Khamis je saya tak ada kelas. Itupun kalau tak tambah kredit lagi, empat kali seminggu berlari dari KL ke Shah Alam confirm tak sampai sebulan dah boleh kurus ni. Nampak gaya kena pindah duduk Shah Alam ler kalau tak bukan setakat badan susut, duit pun confirm susut!

Jun 29, 2009

Setengah hari di Melaka

Sabtu 27/06/09....

Bersenang-lenang kat rumah...tengahari baru "hidup" agaknya dah makin berusia tambah pulak dengan kemalasan untuk bersenam memang mempercepatkan proses penuaan. Hehe tak de kalau dah malas tu cakap je direct kan? banyak alasan pulak.

Tapi takpe start bulan depan dah tak boleh malas-malas lagi!

Sempat le gak membasuh kain sebelum ke rumah pakcik. Emm sempat gak ke pasar malam dekat rumah dengan Mila dan terserempk kalau tak silap itu Pierre Andre. Nampak kat TV biase je tapi kat luar macam besar dan tinggi gak.

Tak kisah ler lebih kurang pukul 845 mlm dah terpacak kat depan gate umah pakcik. Esok saya nak join famili pakcik pergi majlis akikah cucu pakcik yang ke-6 kat masjid tanah. So malam tu semua orang berkumpul le kat sana supaya senang nanti nak bertolak.

Takde mood nak tulis panjang-panjang....hehe layan gambar je ler ek...gambar budak-budak yang asyik dengan cara sendiri...

yang dirai....Nur Mardhia Ivory

Mia yang tomey & sweet....


Enyal & Aisya....dua-dua lasak sbb tu leh geng


Aisya seronok da kawan baru...walaupun.....

kalau ler leh balik ke zaman kanak-kanak mesti best! zaman yang tak payah fikir tanggungjawab dan perasaan orang....

Jun 24, 2009

Mode Tertekan

Geram betolll!!!!!
Pagi-pagi lagi dah kena maki....
Suka-suka hati je kata orang bodoh!

Habis yang ko marah-marah tu, cerdik sangat ke????

Jun 22, 2009

Jalan-Jalan Bersama Famili - Day 1

Tiga hari yang sangat menyeronokkan sebab Abah, Ibu, Ijat, Mila, Along dan Kak Ida ada di KL. Diorang sampai pagi Khamis tapi saya cuma dapat join diorang lepas kerja, sepatutnya diorang tiba hari Jumaat tapi Abah tukar plan last minute.

Lebih kurang pukul 8.30 malam sume berkumpul kat rumah sewa saya sebab Ijat nak tumpang pakai toilet maklumlah dia tak biasa pakai toilet duduk kat hotel tu so susah sket nak membuang hehe...pastu kitorang ramai-ramai jalan kaki pegi makan western food kat HR Steak House. Kalau naik kereta susah nak cari parking lak tahu jelah area Kampung Baru.

Sampai je masing-masing dah dahaga, Abah siap order 2 set lagi chicken grill dan chicken sizzling. Fuhh memang hebat Abah leh licinkan 2 set tu sorang-sorang, kalau kat umah dinner ngan roti canai sekeping je selalunye. Ni mesti syok sebab anak kesayangan dia ada ni (perasan!) tapi sangat best dapat makan ramai-ramai macam ni....



Masing-masing muka penat, x sabar tunggu air sampai ...



Budak gemok dah tak larat dah nii......


Macam mana nak makan ni??


Inilah syurga saya....

Selepas makan saya plan nak bawak Ijat pegi tengok mid night kat TGV KLCC tapi Ibu dan Abah tak benarkan pulak sebab budak gemok nampak dah mengantuk. Mata pun dah merah, cuma Mila, Along dan Kak Long yang join tengok Jangan Pandang Belakang Congkak. Ceta dia agak best tapi paling suke tengok watak Sam (hantu raya)....saya rasa dia da gaya tersendiri. Pape pun sementara tunggu tayangan kitorang sempat berposing gak dulu...



Ngan Mila berposing tepi kolam KLCC...



Gaya excited Along posing depan poster transformer...

My Dream Wedding

I've been tagged by NoorAfzan...

How old are you?
29

Are you single?
Yes

At what age do you think you’ll get married?
30, next year? uhhh i don think sooo...

Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
???

If not, who do you want to marry?
Haha Anuar Zain, Is it tooo much????

Who will be your bridesmaid or your bestman?
It would be great if both are my lil sis and my lil bro....

Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
I prefer contemporary wedding....simple but perfect

Where do you plan to go for honeymoon?
Wherever he want to...

How many guest do you think you’ll invite?
Only my close relatives and my friends

Will that include your exes?
Why not...

How many layers of cake do you want?
Juz two....

When do you want to get married? Morning or evening?
Evening...

Name the song/tune you would like to play at your wedding?
Maybe...I'm the Lucky One by Anuar Zain or Makin Aku Cinta by Anang & Krisdayanti (tiru Tek nyer wedding song, it's really beautiful...)

Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
Fine dining

Champagne or wine?
Lycee + orange...so it gonna be LYCOR hehe

Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Of course days after.....

Money or household items?
Household items....so leh ingat sape yg datang mase wedd tu nanti hehe

How many kids would you like to have?
4 emm maybe less

Will your record your honeymoon in DVD and CD?
No...record dlm memori jer!


Hope abah tak baca entry ni kalau tak, ada "kawan" le alas dulang cream gold tu nanti.....hehe



P/S : Afzan, akak kawin awak tak datang...siap le akak mintak BIG present nanti. Penat tau fikir sorang-sorang ni :)

Jun 17, 2009

Hari- hari ialah Hari Bapa

I Love My Abah....

Sebelum ni saya tak pernah peduli tentang Hari Bapa even Hari Ibu coz pada saya setiap hari mereka adalah istimewa. Kenapa perlukan satu hari tuk express perasaan kita. betul tak?

Pape pun saya nak share satu part dalam filem Korea bertajuk Seducing Mr Perfect yang buat saya terharu. Ada kena mengena dengan hubungan antara ayah dan anak perempuan. Babak tu bagi saya sangat “cantik” dan “touching”.

Sebenarnya saya beli VCD filem ni sebab hero dia hensem (ada iras penyanyi kesukaan saya, Anuar Zain) tapi bila saya tonton berbaloi juga saya membazirkan duit hehe….mungkin babak ni sesuai ditonton sempena hari bapa (pada yang menyambutnya setahun skali). Sangat sweet kalau anak perempuan boleh share dan bercakap soal cinta dengan ayah sendiri kan?

Inilah scene kesukaan saya, suka sangat…hope one day my daughter pun akan ada sweet moment macam ni dengan her father (ceh berangan!!!)

Bak kata Fara Fauzana…layannnn


Sedih sket, maybe tak dapat tengok konsert Anuar Zain kat Istana Budaya sebab tak ada orang leh teman...klu pi tgk wayang sorang2 ok lg tapi klu tgk konsert mcm janggal le plak kan huhu lain kali plak le nampaknyer!

Jun 16, 2009

Hujung Minggu yang Best

Ahad, 14 Jun 2009 - Pelajar PLK

Akhirnya hari ini impian untuk menyambung pelajaran telah menjadi kenyataan setelah lama tertangguh. Dewan Sri Budiman telah menjadi saksi diusia mencecah ke angka 29 saya bergelar pelajar sekali lagi. Kali ini di UiTM dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia).

Mendaftar seorang diri memberi saya ruang untuk ”emo” sekejap. Semoga saya dapat melalui fasa ini dengan baik dan dapat menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Walaupun gembira tapi tetap terselit rasa bimbang, takut kalau saya tewas dengan keadaan terkejar-kejar nanti. Papepun InsyaAllah, kali ini saya tidak akan mengecewakan diri sendiri dan keluarga lagi. Doakan yup!

Lebih kurang pukul 11.15 pagi urusan pendaftaran saya selesai, agak ramai yang datang mendaftar. Perjalanan pendaftaran juga lancar kerana arahan yang jelas. Dari dewan saya ikut gerak hati untuk mencari jalan pulang. Dengan bantuan tunjuk arah 2 orang gadis dengan mudah saya sampai ke pondok menunggu bas. Maklumlah orang tak ada transport sendiri macam nilah. Dalam 10 minit menunggu, bas 603 tiba membawa saya ke bus stop Seksyen 2. Dari situ saya perlu ambil bas U80 ke Pasar Seni. Terima kasih kepada 3 sekawan yang saya jumpa di pondok menunggu bas di depan Kolej Seroja kerana sudi menjelaskan pada saya laluan bas di area UiTM ni.

Saya tiba di rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari selepas menapau lunch dari kedai berdekatan. Ketika sampai ke Putra LRT abah telefon minta saya belikan hadiah untuk perkahwinan anak perempuan pakcik saya di Gombak nanti. Dah sampai rumah saya malas nak keluar balik, takpelah masih ada masa lagi. InsyaAllah Abah, Ibu, Ijat dan Along serta isteri akan turun ke KL hari Khamis nanti. Tak sabar nak bawa Ibu jalan-jalan kat KL dan bawa Ijat ke Zoo Negara seperti yang diidam-idamkannya.


Sehari sebelum.....

Sabtu, 13/06/2009 - Lewat lagi!!

Terjaga dalam keadaan terkejut, dah pukul 7.32 pg…hangus subuh aku! entah bila layan Full House semalam saya terlena. Mati aku kali ni, bergegas ke bilik air, mandi, qada’ subuh dan iron baju. Kul 8.10 pg dah kuar umah pegi cari kuih-muih dulu dan dengan lajunya menuju ke Putra LRT untuk ke KL Sentral. Pastu amik komuter lak ke UKM...ah nasib baik ketika saya turun ke platform 6 tren baru tiba. Cepat-cepat saya masuk, mujur orang tak ramai dapat le saya duduk. Ketika sampai di stesen Serdang jam dah menunjukkan 9.30 pg…aaah lambat lagi!

Tiba di stesen UKM dah 9.48 pg…sorry le kawan lewat lagiii! Tak lama Sport sampai dan kami menuju ke rumah Azam. Dalam kepala terbayang laksa Kak Min, harap-harap da rezki makan laksa lagi ler sebab laksa Kak Min memang sedap!!

Sampai kat umah Azam selepas bersalam dengan tetamu yang ada saya terpandang hidangan kat atas meja, laksa ke tu???? Walaupun Kak Min bagitahu kuah laksa agak masin hari ni tapi pada saya dah cukup sedap untuk penuhkan mangkuk kali kedua. Bila lagi nak jumpakan baik makan sampai puas hati. Habis makan tuan Presiden sekeluarga pun tiba. Kitorang mulakan meeting dalam keadaan sangat santai. Selesai meeting Afzan meminta diri kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan kawannya. Kemudian saya join Kak Min dan Kak Easy berborak di dalam bilik sambil melayan Aqil, Nanur dan Ammar bermain. Seronok bercerita ada pulak orang datang minta bantal. Nak tergelak pun ada, bagus punya plan lepas makan tido. Tapi kesian baru je nak landing ada tetamu yang datang. Terpaksa le “orang-orang” tersebut tukar venue.

Hari ini memang kekenyangan sebelum balik Kak Min hidangkan pula cekodok yang pertama kali saya cuba ada ikan bilis dan kentang, keropok lekor losong dan air teh. Wah seronok kami makan sambil berbual macam-macam. Seronok melayan lepak kitorang beransur pulang pun dah hampir 5.30 petang.

Terima kasih banyak-banyak pada Azam dan Kak Min atas layanan serta hidangan yang superb.

Lagi satu yang best ialah saya berjaya beli kasut dalam masa kurang dari 15 minit. Itupun secara tidak sengaja, tiba di KL Sentral terpandang deretan poster “Sale” kat factory outlet kat situ. Selalunya saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kasut yang memuaskan hati tapi nampaknya hari ni memang bernasib baik. Boleh le pakai masa pergi mendaftar nanti