Nov 20, 2009

Hijrah - Pilihan dan Pengorbanan

Surat bertarikh 23/10/2009 dari Bahagian Pengurusan Modal Insan, universiti di selatan tanahair telah memberikan dilema yang paling besar dalam hidup saya sebulan ini....

Sukar untuk memilih, apatah lagi bila perlu memilih satu antara dua perkara yang saya paling inginkan...tapi itulah hakikat hidup tak semua yang kita hendak kita boleh dapat dengan cara kita. Nampaknya perancangan saya tak selari dengan perancangan Allah....mungkin perancangan saya bukan yang terbaik sebab itulah saya diduga begini.

Setelah 2 minggu, akhirnya saya memilih untuk mencuba. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, apa yang ada di hadapan kita kalau kita tidak melangkah dan berada disitu. Hidup tidak boleh tamak bukan? salah satu perlu dikorbankan untuk sementara.

InsyaAllah minggu kedua Disember nanti saya akan memulakan perjalanan baru, tempat kerja baru walaupun sebenarnya ia bukanlah tempat baru untuk saya. Kembali ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan manis dalam memori 4 tahun mengejar ilmu dan membina persahabatan.

Berat hati untuk meninggalkan semua yang ada disini, tapi saya pergi dengan harapan dapat kembali semula menyambung impian yang tertangguh dalam sedikit masa. Walaupun begitu melihat kedua orang tua saya tersenyum lebar dengan keputusan ini sedikit sebanyak menyenangkan hati, sekurang-kurangnya saya dapat mengembirakan kedua-dua insan yang paling saya sayang.

Hijrah...adakah ini pilihan yang betul dan tepat? saya tak mampu untuk mengia atau menidakkannya tapi yang pasti doa dan redha ibu & abah bersama saya. Sokongan dan semangat kedua-dua sahabat baik juga banyak membantu melalui waktu sukar ini. Juga sahabat yang sudi mendengar dan memberi dorongan, terima kasih atas nasihat dan keprihatinan semua.

Masih ada ragu dengan keputusan yang telah dibuat, tetapi sekarang bukan masa untuk berundur. Semoga Allah mepermudahkan urusan hamba-Nya yang kerdil dan bergantung harap hanya pada-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Ampunkanlah dosa-dosa hamba mu ini Ya Allah, bimbinglah aku untuk menjadi hamba-Mu yang sentiasa ikhlas dan redha menghadapi dugaan dan ujian-Mu. Amin

Nov 19, 2009

Kenangan Final Piala Malaysia - Kelantan vs Negeri Sembilan

Pertama kali saya menonton perlawanan bolasepak secara live, perasaan tu memang berlainan sekali. Apatah lagi menonton bersama Abah, Along, Aril dan kawan Along di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan vs Negeri Sembilan.

Walaupun hampir 2 minggu berlalu tapi kenangan itu masih segar dalam ingatan. Cuma kesian dengan Abah, Along dan kawan dia yang datang dari Kelantan dan Terengganu pagi Sabtu tu dan juga adik saya Aril yang turun dari Arau semata-mata nak menyokong negeri kelahiran. Tapi nampaknya keputusan perlawanan amat mengecewakan.

Paling cute Aril sampai 5 kali ulang tanya…betul ke saya nak ikut Abah dan Along tengok bola. Kalau betul saya kenal hati budi adik saya tu, mesti dia tunggu saya tanya “Abe nak gi ko?”
Seperti yang dijangka, dari nada suara pun saya tahu besar harapan dia nak ikut sama. Tapi sengaja saya “bakar” perasaannya. Saya suruh dia tanya abah sendiri tapi katanya takut nanti abah membebel sebab dia masih ada 3 paper untuk final exam.

Aaaaihh…bila makin tua hati makin mudah lembut, selepas memikirkan alasan dan menyusun ayat dengan baik saya terus telefon Abah. Alhamdulillah abah benarkan Aril ikut serta. Bukan susah pun nak pujuk orang tua ni cuma cara kena betul, itu saja (ceh riak pulak ek hehe…).

Perjalanan kami ke Bukit Jalil menaiki LRT pun seronok, biarpun hujan lebat tapi melihat tren penuh dengan pemakai baju merah amat mengujakan. Terasa seperti berada di kampung, gamat dengan celoteh ore Kelate. Ada yang buat lawak tapi pada orang yang tak faham loghat Kelate mungkin tidak lawak bagi mereka. Betul juga, kalau cuma dengar intonasi tanpa memahami apa yang sebenar diperkatakan mungkin boleh menyebabkan salah faham sebab bunyinya kasar dan “garang”.

Sampai di Stesen Bukit Jalil bergema sorakan dan tepukan semangat dari penyokong-penyokong yang telah memenuhi perkarangan stadium. Tak sangka ramai giler penyokong yang sanggup datang memberi semangat kepada pasukan “The Red Warriors”.
My bodyguards hehe.....
Hampir jam 6.30 ptg barulah kami memasuki stadium, tergamam seketika bila hampir 70% tempat duduk dipenuhi penyokong merah. Pelbagai gelagat dan gaya dapat dilihat, ada yang berlagak macam clown, mak nyah buat-buat, koboi dan macam-macam lagi. Rasa bersemangat bila terdengar paluan gendang “Gomo Kelate Gomo” dan melihat alunan “ombak” dari penyokong-penyokong merah.

Pemandangan dalam stadium jam 6.30 petang

Semangat Cik Siti Wan Kembang hehe......

Setelah lama menunggu, standing ovation diberikan apabila pemain-pemain The Red Warriors muncul untuk sesi memanaskan badan, menunjukkan besar harapan mereka kepada pasukan kesayangan. Ketibaan Tengku Temenggong Kelantan juga diringi tepukan gemuruh. Suasana begitu menakjubkan sekali pada awalnya walaupun mula ada insiden membaling mercun dan botol ke arah pasukan polis yang berkawal di tepi padang.

Agak kelakar (bagi saya) melihat pasukan polis dengan kelengkapan khas berkawal di keliling padang, macam bersedia untuk rusuhan bukannya perlawanan bolasepak. Tapi dengan reputasi penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap fanatik dan panas baran kawalan begitu masih boleh diterima, cuma saya tak faham kenapa keliling padang????
bersambung.....

Nov 3, 2009

Simpang Pelangai - Rumah Baru Billa

Setelah dua minggu dibiarkan dalam draft...

Awal November lepas, saya ditemani Mila, Sabri dan Diana telah menghantar Billa ke ‘rumah barunya’. Perjalanan sejauh 115 km melalui Lebuhraya Karak itu memberi satu pengalaman yang agak mencabar juga.

Kami bertolak jam 3.15 petang selepas makan tengahari di gerai ayam kampung kegemaran sepupu saya. Kalau tak silap nama tempat tu Velodrom. Kedudukan gerai tersebut agak tersembunyi tapi cukup selesa di kelilingi pokok-pokok besar yang rimbun menjadikan suasananya redup dan nyaman sekali.

Diawal perjalanan hujan turun dengan agak lebat, sepupu saya dah biasa bawak Putih jadi taklah saya risau. Tiba di Karak kami berhenti di R&R untuk membeli minuman dan mengisi minyak. Kami perlu melalui pekan Karak atau pekan koboi bak kata Sabri sebelum tiba di simpang menuju ke Simpang Pelangai.

Lebuhraya Karak yang berbukit dan bersimpang-siur itu sudah cukup mencabar bagi saya tapi rupanya jalan ke Simpang Pelangai lagi mencabar. Betullah kata abah, jalannya macam ular kena palu…berbukit dan selekohnya tajam cuma nasib baik jalannya berturap elok.

Kiri kanan jalan cuma hutan dan sekali sekala dihiasi kebun sawit, kebun getah, kebun betik, kebun pisang tetapi suasananya memang damai dan nyaman. Sepanjang 43 km sebelum sampai ke ‘rumah baru’ Billa, saya mula terasa pening dan loya. Nasib baik tadi dah beli makanan dan air jadi sepanjang perjalanan itu saya tak berhenti mengunyah.

Macam nilah rupa jalan sejauh 43km...fuh

Mila awal-awal lagi dah ‘gone’…kesian dia teruk juga ‘pusing’. Selepas melalui Pekan Telemong, Pekan Chemomoi dan Pekan Manchis barulah kami tiba ke istana hinggap Billa lebih kurang jam 5.30 ptg.

Amik minyak ni sapu...cian Mila hehe mabuk jalan


Sempat ler kami berehat dan solat sebelum bertolak pulang. Sabri dengan baik hati telah membantu membaiki lampu bilik dan memasang mentol baru di luar rumah dan bilik mandi. Dia ketawa besar bila Billa bertanya sebab awek ada ke jadi murah hati sangat hehe….

Cikgu baru duk ber'sms'....


Tapi sepupu saya tu sejak dari dulu memang jenis yang baik hati, suka menolong orang dan tak berkira. Saya selalu juga tumpang dia bila hendak balik ke kampung. Mungkin sebab kami sebaya dan membesar bersama jadi dah rasa macam adik-beradik bukan lagi sepupu. Pertama kali ambil Putih dari Perodua pun saya minta tolong dia sebab takut lagi nak drive hehe...

Billa sebenarnya baru saja memulakan tugasnya sebagai cikgu di SM (A) di sini. Dia turun ke KL sebab nak mencari beberapa kelengkapan untuk ‘rumah baru’nya. Walaupun rumah tersebut kecil dan nampak kekurangan tetapi saya rasa untuk permulaan itu sudah cukup baik.

Agak susah untuk keluar ke bandar berdekatan kerana jadual laluan bas yang tidak kerap tapi kira beruntung juga sebab rumah dia terletak dibelakang sekolah, hanya perlukan 5 minit berjalan untuk sampai ke sekolah. Kedai makan dan kedai runcit pun dekat jadi insyaAllah rasanya jauh lebih selesa dari kawan-kawan Billa yang dihantar posting ke pedalaman Sabah/Sarawak.


Sekitar rumah baru Billa....aman damai jer

Depan rumah......

Suasana kampung.....

Special betul bentuk betik niee....

Cabaran dan dugaan itulah yang memaknakan lagi sebuah kehidupan. Kesusahan dan kesukaran yang dialami akan memberi kita peluang untuk lebih mengenali diri sendiri, menilai kelemahan serta kekuatan yang ada dalam diri. Terpulang pada diri kita bagaimana untuk menghadapinya.

Semoga Billa tabah dan dapat menjalani kehidupan barunya dengan gembira. Selamat bertugas cikgu!!!


Eleh dari belakang umah dah nampak sekolah....tak mencabar langsung


Good luck Biiiiiii…!!!!

Oct 30, 2009

Tak Bisa Memilih

Antara dua...

Main point : UTM atau UiTM?

Alasan lain : bestfren, Mila, Bila dan .....

Ya Allah permudahkan urusanku...
Ringankan bebanku....
aku serahkan segalanya pada-Mu
kerana aku yakin hanya pilihan-Mu yang terbaik untukku...
Berkatilah perjalananku....

Oct 29, 2009

Bau dan Peristiwa

Pernah tak bila tercium sesuatu bau, terus buat anda teringatkan sesuatu? Tak kiralah peristiwa ke...menda ke....orang ke….apa ke....

Sebab dua hari lepas, masa tengah shopping kat kedai runcit saya terpandang Syampu Herbal Essences nampak menarik lalu saya ambil dan cuba hidu baunya. Macam magik sebaik saja bau itu menusuk hidung, terus saya teringatkan hari pertama saya di KMK, menangis ketika mandi di asrama Tun Teja.

Menangis bukan sebab terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga buat pertama kali tapi sebab terharu dengan apa yang abah dah buat untuk saya. Itulah syampu yang saya pakai masa menangis tu, selepas 11 tahun rupanya bau itu masih segar dalam ingatan walaupun saya sendiri telah lupa saya pernah gunakannya.

Oh ya, bau Parkson pun ada kenangan juga. Saat indah terserempak dengan Anuar Zain yang boleh buat saya senyum sorang-sorang macam orang gila kalau orang nampak!!!

Sebenarnya dah banyak kali peristiwa macam tu jadi tapi saya buat tak kisah je sebelum ni. Tapi hari tu saya terfikir agaknya berapa banyak bau yang telah melekat bersama peristiwa yang pernah berlaku pada saya? Nampaknya lain kali saya kena tulis dalam note book kecil saya bila menda macam tu jadi lagi.

Dan selepas itu saya boleh kira berapa banyak bau yang telah meng’kod’kan peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup saya.

Mana tahu jugak kalau suatu hari ditakdirkan saya hilang ingatan, bolehlah famili dan kawan-kawan saya guna bau-bau itu untuk mengembalikan semula ingatan saya. Ceh…macam cerita Hindustan pulak!!!

Emm lagi satu, bau dalam Putih pun mengingatkan saya pada sesuatu. Tapi dengan berat hati bau itu telah saya gantikan. Sebab sesuatu itu kadang-kadang boleh kekal sebagai sesuatu kalau kita biar dia sebagai sesuatu sahaja.

Pening??

Maksudnya kalau kita tak nak sesuatu itu berubah jadi jangan ubah atau buat sesuatu yang boleh mengubahnya.

Betul tak?

Nasib baik saya cepat sedar kalau tak mungkin semuanya tak akan sama lagi….fuhhh selamat!!!

Oct 26, 2009

Dah lama tak rasa macam ni!

Berdebar…takut…cuak…risau…
Semua ada….

Bukan setakat ketika sedar…
Dalam mimpi pun boleh ingat…
Time bercinta pun takde seteruk ni angaunya…

Hampir 3 tahun tak rasa macam ni….
Dalam bimbang tu terselit juga rasa seronok…
Bila teringat kenangan lama…
Zaman muda study ngan kawan-kawan…
Boring study kat bilik, lepak kat PSZ tapi tak lama…
Sebab setengah jam je leh fokus pada buku…
Pastu ralit tengok orang haha….memang bukan type minah library !!

Dah lama tinggal buku…
Malasnya Tuhan saja yang tahu…
Tapi semangat masih ada…
Cuma perlukan sedikit dorongan tiap kali…

Yang paling best tengah-tengah study…
Tiba-tiba perasaan tu datang….Dejavu!
Aku rasa pernah jadi macam ni dulu…

rasa muda sekejap…haha

Final Exam…..
buat hidup ku tunggang terbalik sekali lagi ;p

doakan saya yup!!!

Oct 24, 2009

Penutup Raya

Minggu terakhir raya saya menyertai geng @Lambaian ke majlis akikah anak kepada Fariz a.k.a Abong dan isteri. Mula-mula saya ingat nak cuba cari jalan sendiri tapi kemudian bertukar fikiran bila mengenangkan saya tak pernah sampai ke Kajang lagi. Pada mulanya Roza pun nak ikut sama tapi last minute tak jadi pulak.

Dan seperti selalunya tempat berkumpul adalah di Bangi. Saya sampai lewat sedikit dari masa yang dijanjikan itupun sebab tersalah budget time. Tersekat kat tol Sg Besi, itulah terlupa nak top up touch ‘n’ go. Padan muka!

Kitorang konvoi tiga buah kereta…seronok tapi berdebar gak…mula-mula follow keta Fakhrul pastu Azam lak lead then lepas dua kali pusing barulah jumpa rumah Abong. Tengok kat map macam complicated je jalannya tapi rupanya senang…yealah bila dah tahukan…

First time jumpa Kak Min yang sedang mengandungkan anak kedua, nampak makin berseri lak. Pasti baby yang bakal lahir nanti secomel kakaknya Nanur…katanya baby boy, wah lengkap sepasang le nanti yup!

Kak Easy, Adam, Aqil dan Ammar pun ada, jauh datang dari JB. Sangat suka melayan Ammar yang banyak cakap sekarang. Comel gile bila tengok dia bercakap dengan mulut kecil dia terkumat-kamit. Aqil pula agak senyap hari tu bila nak balik barulah tersenyum lebar. Tak sabar nak jumpa geng agaknya.


Hidangan hari tu memang best tapi tak dapat makan banyak sebab takut perut buat hal lagi. Bukan diet tapi sebelum subuh dah terkejar ke toilet, sampai ke tempat kenduri pun masih lagi rasa tak selesa.

Ada beberapa wajah yang macam kenal kat kenduri tu tapi tak berani nak tegur lagipun mood tak berapa baik hehe...baik jangan cara pasal memalukan diri sendiri pulak.

Usai makan kami masuk tengok baby Adam, sangat comel bila dia asyik sekali dengan mainan yang bergantungan kat kerusi sampai tak kisah pun dengan orang yang duduk mengelilinginya. Fokus betul!!

Annur sekeluarga sampai bila Adam, Kak Easy dan anak-anak dah nak bertolak ke Cheras tapi kami sempat bergambar beramai-ramai bersama Abong, isteri dan yang dirai baby Adam. Kesian kat baby bergambar kat tengah-tengah panas terik. Teruk betul uncle2 dan auntie2 ni kan, maklumlah kitorang hati muda haha…

Balik dari kenduri saya ke rumah Annur, niat untuk kenal rumah. Sebelum bertolak Annur sempat berbisik minta saya tolong “editkan” pencicah cucur udang. Tergelak juga sebab saya pun tak pernah buat pencicah sendiri macam mana nak “editkan” orang punya.

Kat rumah, ibu yang selalu buat dan kalau kat rumah sewa saya selalu makan cucur dengan sos cili Life je…hehe makan sorang tak payah nak beria sangatkan.

Tapi untuk tidak menghampakan permintaan adik sorang ni, saya cuba ingat cara ibu buat pencicah dia dulu. Selalu masa ibu ajar saya memasak sesuatu, ibu akan bagitahu kenapa kena tambah menda ni, kenapa yang tu kena banyak, yang ni kena sikit, so saya cuba gunakan logik untuk selesaikan masalah pencicah cucur udang Annur. Biar betul ni!!

Dengan dada berdebar-debar saya tambahkan gula untuk hilangkan rasa masam dan sos cili untuk neutralkan rasa manis, Betul ke?

Hasil akhir tak tahu jadi apa, rasa masam tadi dah kurang. Nak kata sedap tu tak gak, macam ada sesuatu yang tak cukup tapi dengan pengalaman memasak yang cetek ni memang tak tahu nak wat apa dah. Tawakal sajalah. Sorry Annur tak banyak boleh tolong.

Tapi salute juga dengan Annur walaupun mee kari tu pertama kali dimasak tapi rasanya dah sedap. Memang menjadi dan cucur udang juga. Air tangan seorang isteri dan ibu mesti ada specialnyakan.

Hampir jam 4.30 ptg barulah saya bertolak pulang, dah keluar tol Batu 9 Usop telefon tanya nak beraya ke rumah Annur. Alahai kesian dia…akak dah on the way balik!!! Rasa bersalah la pulak…