Jul 30, 2010

Benda kecil pun boleh buat anda gembira...kenapa pilih untuk bersedih?

Lama termenung depan monitor cuba ingatkan password nak access blog...dah lama tak buka, dah lupa...teruknya.

Makin tua makin penting untuk menjaga dan monitor pemakanan kerana kesannya lebih cepat dirasai bila usia hampir mencecah ke angka 3 di depan. Ini berdasarkan pengalaman sendiri bukannya dari kajian pakar jadi jangan gunakan penyataan ini untuk berdebat dengan saya ok. tak larat nak layan....hehehe....

Semakin usia meningkat semakin banyak yang saya faham, jadi jangan pandang rendah pada kata-kata "bila dah tua baru faham". Pemahaman tu bukan kerana tak cerdik tetapi itulah misteri ciptaan Allah. Sampai masa dan izin-Nya barulah kita akan benar-benar faham. Bukan setakat pemahaman minda malah fizikal dan rohani juga.

Bila masalah dan dugaan datang bertimpa ada kala buat saya rasa menyesal kerana ketika zaman budak sekolah dahulu selalu rasa sangat best kalau dah kerja dan dewasa (tak ada effect pun sebenarnya). Menjadi dewasa bukan sekadar fizikal tapi juga pertambahan tanggungjawab dan komitmen. Melihat dan mengalami sendiri tidak akan sama. Jadi kepada remaja-remaja diluar, tak salah kalau cuba untuk berfikir seperti orang "dewasa" tapi jangan cuba "jadi" dewasa sebab selalunya memang tak akan "nampak" dewasa pun.

Sekarang bila tengok sesetengah remaja yang cuba nak jadi dewasa buat saya rasa kesian. Angan-angan tinggi melangit tapi nak digapai dengan tangan. Eh jap, apasal dah jadi serius plak entry nih. Dah meleret...niat sebenarnya cuma nak berkongsi kegembiraan selepas menonton video yang sangat kelakar menghilangkan bad mood saya. Entah macam mana scene tu benar-benar buat saya gelak tak ingat.


Ini adalah sebahagian dari scene drama korea bertajuk You're Beautiful Episod 7 kalau ada yang tak puas hati nak tengok full episode kan. Agak kagum dengan kreativiti pengarah drama ni dan pelakon yang memegang watak "Hwang Tae Kyung" nih. Hahaha dialognya yang simple membuatkan scene tu jadi lebih menarik (berdasarkan subtitle ler!)....best gak kalau belajar bahasa korea kan...

Kejadian macam gitu agak bagus untuk orang-orang yang ada tahap "EGO" dan bangga diri melampau. Hahahaha.....langit tak selalu cerah!

Tapi untuk si EGO tegar macam-macam alasan diorang boleh bagi untuk menutup kekurangan & kesilapan seperti ini....contohnya dialihbahasa dari drama ini...kata Hwang Tae Kyung yang cool & sarcastis selepas insiden dikejar khindzir diperkatakan..."I wasn't running away...i was avoiding it!".....hahahaha yealah!!

Selepas menonton drama ni berkali-kali banyak benda yang saya fikir...nanti saya kongsi lain kali yup. Nak balik rumah dah....daaaaa...

Ops! harap anda juga dapat cari perkara-perkara kecil yang boleh buat anda gembira!!! Kegembiraan itu tidak mahal sebenarnya... :)

May 6, 2010

Tonton, Fikir & Rasa

Kebelakangan ini saya suka menonton drama Korea dan Taiwan secara online. Itu sebab sebenar mengapa saya selalu balik lambat, bukan disebabkan beban kerja. Juga untuk elakkan saya tidur jika pulang awal ke rumah. Tanpa teman aktiviti riadah juga tak menarik, jadi menonton drama atas talian adalah pilihan terbaik.

Kalau awal remaja dulu saya suka membaca novel-novel cinta yang ramai tahu lebih banyak dongeng, kesempurnaan ilusi dan bukan seperti hakikat sebenarnya. Bila menonton drama-drama cinta "happily ever after" tak banyak beza seperti membaca novel cinta. Hero dan heroinnya mesti kacak dan cantik. Kalaupun miskin mesti pandai kalau tak 100% perfect pun yang penting tetap menyerlah dari orang lain.

Begitulah manusia sering mengimpikan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang disayangi. Itu lumrah kehidupan dan hakikat keinginan manusia sebenarnya, tiada manusia normal yang menolak kebaikan dalam hidup mereka. Kalau ada itu cuma alasan untuk menutup kelemahan atau mungkin juga untuk menjaga hati orang lain. Mungkin!

Mereka yang matang dan hidup berpijak dibumi nyata pasti dapat memahami semua itu dengan jelas. Menghadapi kebenaran yang pahit sebenarnya lebih menyenangkan dari menerima alasan indah yang tak logik dek akal. Alasan yang tidak munasabah ini, lebih menyakitkan untuk diterima.

Ada yang berkata menonton drama-drama begitu mensia-siakan waktu. Tapi bagi saya jika ada perkara positif yang dapat diambil dari tontonan tersebut dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan maka tiada yang sia-sia. Apa yang dapat dipelajari itu juga terpulang kepada kebijaksanaan mereka yang menonton.

Selain melihat keindahan tempat-tempat yang dipaparkan, saya juga dapat menambah pengetahuan asas tentang budaya negara lain. Berdasarkan kedudukan ekonomi sendiri tak tahu bila saya mampu menjejakkan kaki ke sana, tetapi kurang-kurang saya mempunyai pengetahuan mengenainya. Beza paling ketara antara drama mereka dengan drama tempatan ialah kurangnya penggunaan bahasa 'orang putih'. Nampaknya mereka tak sependapat dengan kita, yang bila dikatakan orang moden kena cakap orang putihs....hehehe....

Mereka bangga dengan budaya dan bahasa mereka....bagaimana dengan kita?

Bila perlu dan penting dapat dibeza dan diletakkan pada tempatnya mungkin kita juga dapat menjadi seperti mereka.....

Dah tulis panjang-panjang tapi tak tahu nak letak tajuk apa sebab saya cuma tulis apa yang tiba-tiba terlintas dalam fikiran.....

Apr 30, 2010

Ulangtahun Abah ke-56

Catatan ini khas untuk abah tersayang.....

Selamat Hari Lahir!

Abah yang banyak memberikan pengalaman "ngeri" dalam hidup saya, tetapi kerana abah saya berani menghadapi "ketakutan".
Dulu saya sangat takut dengan abah hingga dari jauh bunyi tapak kaki abah pun saya dapat cam. Abah selalu membuat saya peka dan tangkas bertindak seperti memanjat jendela bilik bila tak sempat naik ke rumah bila keluar bermain sebelum waktu yang ditetapkan.

Abah mengajar saya perlunya ada sikap tidak mudah percaya, bila setiap kali balik dari kerja abah akan meletakkan tangan dibelakang tv untuk pastikan kami tidak menonton tv sebelum menyiapkan kerja sekolah. Kalau belakang tv panas, angin agak baik abah cuma akan marah tapi kalau angin tak baik tak dapatlah kami turun bermain petang itu.

Abah sentiasa membuat saya kagum bila beliau selalu dapat mengesan kami ada mengusik dan menggunakan barang diatas meja kerja beliau walaupun kami dah pastikan barang tersebut dah diletakkan seperti mana sebelum diambil.

Abah tidak pernah tak marah bila kami buat salah walau kesalahan sekecil menumpahkan air atas lantai yang basah. Tapi pelik saya tak pernah benci abah, seperti mana yang selalu ditonton dalam tv. Ada anak-anak yang sanggup pukul dan cederakan mak bapak sendiri bila dimarahi. Saya bukan anak yang baik juga sebab itu saya pernah merasa penampar dan rotan bulu ayam dari tangan abah (ops ibu juga tapi abah lagi banyak).

Saya bersyukur kerana Allah jauhkan perasaan benci itu dalam diri saya, Allah lindungi saya supaya bila dewasa saya dapat melihat erti "kasih sayang" disebalik setiap birat yang pernah singgah dibadan.

Semoga Allah berikan abah segala kebaikan yang ada didunia dan akhirat, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Semoga Allah berikan juga kemudahan kepada kami untuk membahagiakan abah, mampu memberikan semula semua keinginan yang telah abah korbankan demi anak-anak abah.

Semoga Allah jauhkan kami dari menyusahkan dan membuat abah risaukan kami lagi....

Terima kasih Allah kerana berikan saya peluang untuk memahami hati seorang abah...
Saya sayang abah saya!!!!! :)

Apr 2, 2010

Doa Persahabatan


Sebelum bercerita panjang, kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi. Walaupun saya bukan peminat arwah tetapi kadang-kala lawak beliau mampu membuatkan kita tersenyum dan ketawa. Pemergiannya secara tiba-tiba pasti amat perit untuk diterima oleh keluarga, rakan-rakan dan para peminat. Semoga mereka semua tabah menghadapi kehilangan ini dan sama-sama berdoa semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Takziah.

Pagi tadi sempat juga mendengar celoteh Kiran dan AG dalam perjalanan ke ofis bercakap tentang kehilangan. Ada pemanggil sampai menangis bila berbicara tentang kehilangan orang yang mereka sayangi. Entah bila semakin tua mungkin jiwa makin lembut, mudah menitiskan air mata bila mendengar cerita-cerita yang mengharukan. Hal yang sama berlaku semasa menjenguk Program STAR V7 adik-adik KLM di Kem Kaizen hujung minggu lepas. Melihat mereka bersama membuatkan saya teringat zaman bersama kawan-kawan KLM dahulu, saat manis yang tak mungkin akan dilupa sepanjang hayat. Kalau nak dicerita satu-satu memang panjang berjela-jela tapi saya pasti, mereka juga merasakan yang sama cuma sekarang masa dan komitmen menjauhkan kita.

Kenangan STAR V7


Bila dah bekerja, masa bersama kawan-kawan pun makin kurang tambah pula kalau yang dah berkeluarga. Bila komitmen dah bertambah, masa pun kurang apa yang pernah dilakukan dahulu hanya dapat dikenang dan diingati.

Jadi pada adik-adik yang masih belajar di universiti atau kolej, ambillah kesempatan untuk aktif dengan persatuan atau kelab. Banyak yang dapat kita belajar tentang kehidupan, yang tidak ada dalam silibus universiti/kolej. Gunalah peluang ini untuk mengenali diri sendiri, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling kerana peluang tak selalu datang bergolek. InsyaAllah pengalaman dan skill yang kita dapat itu mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita menempuhi dugaan dan cabaran kehidupan mendatang.

Alhamdulillah, kalau dulu bersama KLM kini saya kembali aktif dengan @Lambaian dan paling mengembirakan bila dapat berprogram bersama kawan-kawan lama dan mengenali adik-adik KLM yang masih aktif sehingga ke hari ini. Perbezaan umur hampir 12 tahun bukanlah penghalang untuk kita membina ukhwah dan bekerjasama.

Kembali ke Kem Kaizen dengan beberapa alumni KLM benar-benar mengingatkan diri sendiri betapa bertuahnya saya mempunyai kawan-kawan seperti mereka. Setiap orang punya kelemahan, begitu juga saya dan mereka. Kami juga pernah bergaduh, berselisih pendapat dan kadangkala bergurau berlebihan (sampai ada yang berkecil hati) tetapi itu semua tidak pernah menggugat persahabatan kami. Kenapa?

Ukhwah kami datang dari susah payah, gelak tawa dan tangis duka yang dikongsi ketika berprogram bersama. Rakan yang sanggup susah dan senang bersama kita dari awal hingga akhir bukan senang untuk dimiliki dalam dunia sekarang. Disaat dunia mengagungkan kekayaan, pangkat dan nama, saya lebih bangga mendampingi rakan-rakan yang menganggap kasih sayang dan persahabatan adalah harta yang paling bernilai.

Bila keikhlasan dan kejujuran dijadikan tunjang dalam persahabatan, insyaAllah tiada halangan dan dugaan yang dapat memusnahkannya. Semoga kita semua diberkati dengan kawan-kawan yang bukan hanya akan memuji tapi juga yang akan menegur dan menasihati disaat kita leka dan alpa.

Suatu hari nanti saya berharap dapat berkumpul semula dengan semua geng Lambaian walau dimana pun mereka berada supaya ukhwah yang pernah terjalin tak akan terputus begitu saja.

Semoga persahabatan yang kita ada akan kekal sehingga ke akhir hayat

Mar 25, 2010

Tidak Seperti Biasa


Bila demam selalunya emosi juga akan terganggu...badan penat dan otak akan mula fikir macam-macam...

Kalau saya demam, nak jumpa orang pun tak ada mood, sisihkan diri dari orang sekeliling dan berkurung dalam bilik....sms dan call pun saya biarkan kecuali dari parents dan kawan baik je. Sebabnya saya terlalu mudah naik angin dan sensitif time ni.

Masa ni le mula rindu lebih-lebih kat ibu, abah dan budak ghemok. Kalau telefon siap boleh nangis. Hahaha.....pastu mula le fikir nak balik kerja kat kampung. Ramai orang yang kenal saya kata saya baik...tapi kalau yang kenal saya masa keadaan saya tak stabil ni mesti tak fikir macam tu...saya boleh menonong je jalan tanpa hiraukan orang, malas bercakap dan tak peduli apa yang orang kata....buat hal sendiri!

Tadi saya ada terbaca dalam satu artikel kesihatan, ada dinyatakan antara cara untuk memulihkan demam selsema memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam - yang ni memang tak ada masalah untuk diikuti :). Duduk dalam bilik yang panas dan lembap sebab boleh melancarkan pernafasan dan membantu menyingkirkan lendir dan kahak - ini susah sket bila waktu kerja sebab bila pasang air-cond nanti hidung mula tersumbat. Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari - haa yang ini sangat susah sebab bila minum banyak air maka banyak kalilah perlu berulang ke bilik kecil. Memang tak tahan....

Apa pun bila sakit memang semua rasa serba tak kena. Tapi bila ada kawan-kawan yang selalu bertanya khabar sedikit sebanyak menyenangkan hati juga walaupun responnya tak serta merta. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesembuhan saya. Maaf juga sebab tak happening seperti biasa haha...bak kata Ain, "Kak Syila tak best bila demam...." ini dialog dia masa kami ke Jamuan Akhir Tahun dan Alumni KLM Ahad lepas.

Muka sembab bangun tido je terus pergi jamuan

Ok cerita sikit le pasal jamuan tu, sebenarnya hampir saja saya membatalkan niat untuk hadir tapi sebab KLM dan Ain yang sudi tumpangkan maka sampailah juga ke 'Retro Night' dengan baju Kebaya raya tahun lepas yang entah menepati tema atau tidak.

Walaupun mood sendiri tak meriah tapi jamuan malam tu tetap menghiburkan hati dan mengenyangkan perut. Dengan nasi goreng cili padi, ayam goreng rempah, mee kuah apa ntah namanya, pengat pisang, bubur kacang, kuih lupe nama hehehe dan kek coklat betul-betul buat perut sendat.

Persembahan nyanyian dan game "Bertukar" betul-betul mengamatkan suasana sebelum berganti sendu bila diakhiri dengan slot khas untuk menghargai pembantu felo penasihat KLM yang akan menamatkan khidmatnya bersama KLM secara rasmi. Untuk Alumni yang hadir mungkin tidak terasa tetapi untuk adik-adik mungkin sedihnya lebih sedikit.

Kebiasaan untuk bergambar beramai-ramai

Haa...adik-adik KLM kena join @Lambaian kerana bersama @Lambaian tak ada selamat tinggal :) kontraknya adalah untuk seumur hidup...

Tak lupa untuk adik-adik KLM yang akan grad sem ni tahniah dan welcome to @Lambaian :)

Mar 11, 2010

Billion words couldn't say just how I feel.....

Bila diri sendiri tidak dapat memahami kenapa dan mengapa kita ada sesuatu perasaan tu, bukankah amat janggal....
Paling sukar bila tak dapat buat orang lain faham apa yang hendak dikatakan....lebih teruk kalau penjelasan itu disalahtafsir pula kerana kegagalan kita menyampaikan perasaan itu dengan kata-kata....
Seperti bila kita masak pizza maggi dan kita kata sedap...adakah orang akan rasa 'sedap' itu seperti mana yang kita rasa.



Tak penting apa yang orang rasa kerana rasa kita yang akan kekal bersama kita sepanjang hidup....
Tiba-tiba rasa sendiri sangat kompleks.

Mar 10, 2010

Ubah dan Berubah

Update baru, ubah template?
Itu pun update gak kan biar up-to-date...hahah yealah sangat...
Banyak yang dah terjadi sejak post yang lepas....tapi biasalah malas nak menulis/menaip....
Hari ni sangat bosan...kepala blank, tak ada motivasi untuk buat keje....so blogging jap ler....
Kalau ubah rupa blog tapi perangai malas tak berubah tak bagus jugak....
Saya cuba ubah dan harap dapat berubah...

Biar saya ingat balik apa cerita-cerita best yang dah berlaku sejak post terakhir saya...jap eh kena fikir dan susun dulu...
Orait kita mulakan dengan Cuti Maulidur Rasul...oooh yang ni tolong jangan ikut ok!

Hari tu saya dan kawan-kawan @Lambaian dan adik-adik KLM telah pergi berkelah di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi. Dah lama juga tak turun ke pantai kali terakhir pun bulan 6 tahun lepas semasa Program PERINTIS di Port Dickson. Suasananya memang best walaupun kami tiba lebih kurang jam 3 petang....seronok bergambar, berborak, bermain air dan permainan baru ciplak dari Jepun hahaha....walaupun itulah pertama kali betul-betul lepak dengan Radhi, Ain, Roza dan Sya tapi diorang semua cepat mesra dan kami rasa macam satu keluarga.....

Sampai je bergambar dulu....

Ni gambar paling best hehe.....idea Ain dan Sport....

Rojak buah antara hidangannya.....

Balik dari piknik, sempat dinner bersama dan sesi suai kenal dengan Nad, ahli baru Geng Lepak @Lambaian....hehehe....

Sampai rumah lena sampai ke pagi....esok tengaharinya dengan ditemani Ain, Roza dan Sya serta Sport kami ke Sutera Mall mencari pakaian untuk ke Majlis Anugerah Bintang Canselor (ABC), Kolej Tuanku Canselor pada sebelah malam nanti. Setelah penat menapak dari satu kedai ke satu kedai akhirnya kami berjaya melaksanakan misi masing-masing....kami singgah ke McDonalds untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong.....

Malamnya saya dan Ain, tiba lewat ke majlis ABC tapi nasib memang baik....rupanya majlis pun belum bermula (patut le tak rasa bersalah) hahaha....seperti biasa bergambar bukan kepantangan jadi inilah rupa-suasana-kebirahan kami warga @Lambaian-KLM-KTC....

Sebelum masuk ke Dewan Sultan Iskandar bergambar bersama adik-adik KLM....

Inilah meja Alumni Lambaian...


Bersama kawan-kawan Lambaian tak pernah tak seronok, tapi malam tu berganda seronoknya sebab menang cabutan bertuah dengan no. 249 dan lagi satu sebab Kelab Lambaian Masyarakat kesayangan kitorang menang Anugerah Kelab Terbaik untuk kali ke-4 berturut-turut...tahniah untuk adik-adik kami yang berjaya mempertahankan kecemerlangan KLM di peringkat Kolej. Harapnya KLM akan sentiasa maju ke hadapan dengan idea dan program-program yang dapat memberi manfaat kepada ahli, kolej, universiti dan masyarakat sekeliling.

Usai majlis saya, Ain, Nad dan Sport ke Restoran Agus untuk sesi lepak sebagai aktiviti penutup hari Sabtu dan pembukaan hari Ahad......hahaha melepak sampai kul 2 pagi dengan soalan teka-teki juga cerita-cerita zaman muda remaja....

Hari Ahad memang bangun agak lambat...tapi still awal dari hari Ahad sebelumnya itu pun sebab ada tetamu yang datang sekejap. Then baru teringat dah sebulan Putih tak mandi. Jadi dengan bersemangat mencuci Putih sampai berkilat luar dan dalam.

Syok mencuci sampai terbabas, ketika jam mencecah 1.45 petang barulah semuanya siap dan saya terkocoh-kocoh solat dan bersiap untuk makan tengahari di rumah Adam dan Kak Easy. Janji pukul 2 tapi jam 3 baru saya sampai....harap maaf yea....

Inilah hidangan lunch kami yang selepas itu dihidang pula dengan cendawan goreng, pisang goreng dan lupe apa lagi.....buah tangan dari tetamu istimewa petang tu.....


Tak habis setakat itu....sesi sembang saya dan keluarga Amani bersambung sampai ke hujung petang walaupun tetamu lain sudah lama beredar. Ketika jam hampir mencecah 7.15 mlm baru saya sampai ke rumah. Tak lama kemudian cadangan untuk ke Pasar Malam Skudai dan menikmati dinner di Tasik UTM di'on'kan. Saya sempat hubungi Kak Easy dan Ain, kami berjanji untuk berjumpa di pasar malam pula.

Sampai di Tasik jam 9.30mlm dengan Apam balik, Jagung Rebus dan Air Kotak Soya Season dan Ain pula membeli makanan yang sama cuma bezanya cara masak hahaha....

Tak silap time ni Aqil tengah ajak Cik Ain naik keretapi....


Sesi yang tak boleh dilupa bila diperbudak-budakkan oleh dua orang budak comel...Aqil & Ammar....kami diajak menaiki 'keretapi'.....destinasi ke kedai coklat dan aiskrim heheh...



Selepas itu ada pulak sesi diskusi berkaitan jodoh dan waktu itu terasa betapa panasnya cuaca sekarang!!!
Anyway hujung minggu yang sangat best secara keseluruhannya......