Aug 18, 2011

BUKU: Kisah Cinta Dalam Al-Quran

Menunaikan janji lama...

Sedikit info berkaitan sebuah buku yang masih dalam proses untuk dihabis dan dihadam isinya dengan pemahaman sebagai panduan dan iktibar hidup.

Masih berbaki 3 bab untuk sampai ke kulit belakang namun rasanya perlu diulang baca untuk catatan ringkas. Maklumlah bila dah lama tinggal untuk sambung semula, nak diingat semula sampai berkerut dahi. Tetapi sekadar untuk perkongsian jika ada rakan-rakan yang sedang mencari bahan bacaan insyaAllah buku ini mampu memberi inspirasi dalam memahami erti sebenar cinta.

Apa yang menarik dari nukilan Misbah Em Majidy dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Bagi saya yang cetek ilmu agama ulasan ringkas dan mudah dari tafsiran kisah-kisah yang tercatat di dalam Al-Quran ini membuka minda untuk lebih memahami konsep cinta menurut pandangan Islam. Cinta adalah topik yang selalu diperkatakan dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Buku ini bercerita dan mengulas tentang cinta dari kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran. Berbicara tentang cinta seorang ibu kepada puteranya, cinta seorang ayah kepada puteranya, cinta seorang ibu kepada putera angkatnya, cinta seorang wanita kepada pemuda tampan, cinta seorang gadis kepada pemuda gagah perkasa, cinta seorang raja kepada seorang ratu, cinta para wanita kepada Tuhan Mereka,cinta manusia kepada Harta dan Kemegahan Dunia dan cinta Manusia kepada kekuasaan Duniawi.


Pasti rakan-rakan semua tahu tentang kisah perpisahan Nabi Musa as dan bondanya, kasihnya Nabi Ya'qub kepada puteranya Nabi Yusuf as, kisah Nabi Musa dibawah penjagaan Asiyah isteri Firaun, kisah cinta Zulaikhah kepada Nabi Yusuf as dan Kisah Nabi Sulaiman dengan Balqis bukan? Ya, itulah antara kisah yang diulas didalam buku ini bersama beberapa lagi kisah lain. Bacalah, anda pasti akan kagum dengan kekuatan cinta yang ada dalam setiap kisah. Bagaimana pengajarannya akan menggerakkan hati dan jiwa kita untuk turut berusaha agar memperolehi cinta yang paling agung iaitu cinta kepada Pencipta - Allah swt.


Satu-satunya cinta yang tidak akan menghampakan kita dunia dan akhirat.Bukan mudah untuk mendapat cinta yang suci, cinta yang diberkati adalah cinta yang tidak dizahirkan menurut hawa nafsu tetapi yang ditatang dengan syariat Islam yang benar. Paling penting adalah untuk menjaga cinta utama kita: cinta kepada Allah swt, Rasulullah saw dan ibubapa.


Emm kalau nak tahu lebih kenalah dapatkan buku ini yea. Terima kasih kat adik saya yang halalkan saya pinjam buku ini (sebab ambil dulu baru minta izin hehe). Oh buku ini terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd dan harganya RM23.00 (Semenanjung) dan RM26.00 (Sabah/Sarawak). Saya tahu mesti ramai yang nak tahu harganya kan? hehe apa salahnya berbelanja lebih untuk sebuah buku yang bermanfaat, yang saya baca ini sudah cetakan kedua tahun 2009, kiranya dah lama le kat pasaran. Kalau tak nak beli boleh pergi pinjam kat library.


Pada yang sedang/ingin bercinta tu, harapnya jagalah batas pergaulan bersama pasangan. Apa yang haram jangan dihalalkan nanti hilang keberkatan dan berganti kemurkaan Allah.


Apakah akan bahagia orang2 yang dimurkai Allah?


Fikir-fikirkan semoga jalan yang kita pilih tidak akan membawa kita ke neraka. Mohon dijauhkan.


Selamat membaca :)


Aug 4, 2011

Bertemu Ramadhan

Alhamdulillah...dipanjangkan umur untuk sekali lagi bertemu Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Alhamdulillah...dimurahkan rezeki dapat menyambut kedatangan Ramadhan bersama keluarga disisi.

Alhamdulillah...dikurniakan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah puasa dan terawih.

Alhamdulillah...rezeki yang terhidang dan selera yang terbuka namun tidak melekakan.

Alhamdulillah...syukur atas rahmat dan kurniaan-Mu ya Allah.

Alhamdulillah...atas kasih-sayang yang tak kunjung padam.

Antara juadah berbuka pada hari pertama, kurma, beko, akok, buah tanjung, ayam golek, air laici, air asam boi dan yong tau fu. Berjenis kuih dengan saiz hidangan kecil, cukup untuk 5 orang makan.



Seronok bila bawa adik bongsu kesayangan membeli juadah berbuka di Cherang dan dalam perjalanan ke rumah makcik Ijat dengan muka kesiannya bagitahu "Ak La, Ijat tak tahan dah!". Ketika itu jam menunjukkan 7.05 ptg. Tergelak saya dan Mila mendengar rintihan budak ghemok yang berjaya puasa penuh sejak hari pertama.

Nasib baik dia ok bila saya suruh dia tahan sikit lagi, dengan alasan balik dari rumah mak cik nanti dia boleh terus buka puasa.

Lagi satu habit Ijat time puasa, dia suka baring atas tangga simen di dapur rumah. Maklumlah nak cari tempat sejukkan badan...ahhh dah rindu Ijat & famili!


Budak ghemok yang sangat suka dengan bas...

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN TERAWIH. MOGA RAMADHAN INI TIDAK MENINGGALKAN KITA DENGAN SIA-SIA.

Jul 25, 2011

Kenangan Terindah 16 Julai 2011

Walaupun dah lama berlalu tapi masih segar dalam ingatan :)

Bukan apa cik mood menulis baru balik dari bercuti panjang haha...

Apa yang indah?
Ada dua sebab yang menjadikan ia terindah, pertama sebab dapat luangkan masa bersama bestfriend yang sekepala dan melayan dua orang budak dedek yang hensem dan comel.

Cepat betul masa berlalu, dua beradik tu dah besar panjang dan semakin bertambah ke"genius"annya. Sekali-sekala jumpa Cik La boleh ternganga dengar idea-idea kreatif diorang. Tapi yang confirm budak2 sekarang bukan senang nak dikelentong hehe..

Sebab kedua, kerana berkesempatan ke Up Close and Personal Anuar Zain (AZ) di Menara KL bersama sepupu kesayangan. Satu-satunya orang yang boleh faham bila time saya 'mengarut' dan serius bila berbicara tentang penyanyi pujaan sorang ni. Emm bukan senang nak jumpa geng yang leh faham dan layan perangai kita seadanya, so rasanya saya antara yang bertuah sebab ada Tek.

Oh ya, sebelum ke Menara KL sempat juga menonton perlawanan antara Harimau Malaya dan Liverpool. Wah bersemangat melihat kesungguhan pemain Malaysia yang cuba menyaingi permainan lawan. Sempat bersorak gembira dengan 3 gol Malaysia.

Ketika kami bergerak keluar permainan masih berbaki beberapa minit dengan keputusan semasa 4-3. Konon sempat lagi kalau Malaysia nak menyamakan kedudukan. Ketika melepasi Hotel Concorde KL, agak-agak permainan dah tamat terus telefon adik. Tak sabar nak tahu keputusan full time. Sekali terkejut bila Mila cakap kalah 6-3 ayooo sempat lagi tambah 2 mata. Tapi tak apalah sekurang-kurang mereka bermain dengan begitu bersungguh sekali.

Cumakan mesti lagi 'cantik' kalau sorakan gamat penonton diiringi sarungan jersi Harimau Malaya yang memenuhi stadium. Bila agaknya dapat tengok pemandangan sebegitu ya??? hehe...

Kami tiba di Menara KL jam 8.05 mlm. Agak sukar mendapatkan parking tapi nasib baik ada le juga ruang cuma terpaksa jalan jauh sket. Pertama kali juga sampai ke Mega View Banquet Hall Menara KL, sungguh teruja haha...saya dan Tek ambil peluang bergambar di backdrop gambar gaya klasik AZ yang disediakan pihak penganjur.

Melangkah masuk ke hall hati berdebar, ini mungkin pengalaman sekali seumur hidup. Dan pastinya amat berterima kasih pada sahabat baik yang sorang tu. Antara moment yang best bila kami berjaya bergambar dengan pujaan masing-masing. Seronok sangat, tapi Tek paling bertuah sebab bukan saja Afdlin Shauki (AS) tolong hantarkan hamper cabutan bertuah yang dimenangi sampai ke meja tapi lagu yang diminati "Sedetik Lebih" juga dialunkan oleh AZ pada malam itu.

Nilah meja kami yang 'nun di sanaaaa'...

Sebelum itu terasa lama menantikan kemunculan AZ, makan pun tak beria sangat haha...tapi celoteh selamba AS berjaya juga mengisi penantian dengan senyuman dan gelak ketawa. AZ muncul seperti yang dirancang jam 9.35 mlm dengan lagu "Ku berjanji kerna cinta" :)

Walaupun lagu favourite saya "Mungkin" tiada dalam senarai pada malam itu tetapi atas permintaan penonton, AZ nyanyikan juga ler sikit bahagian korus. Ok le kan...kalau nyanyi full kang kena bayar extra plak hehehe....

Kalau nak tengok video lagu yang dinyanyikan oleh AZ malam tu, boleh tengok kat sini. Saya perasan tuan punya blog tersebut malam tu tapi nak tegur pun bukan dia kenal hehe...

Terima kasih kat En Budiey sebab uploadkan video-video tersebut. Ada le kenangan secara visualnya. Tapi yang "Sedetik Lebih" tak ada ke???

Kenangan secara audio saya rakam pakai mp5 tapi yang tak best tak sedar bila part lagu "Sedetik Lebih" memory dah full ayoooo takde rezekikan...

Memang lupa diri sekejap malam tu, kami turut menyanyi bersama AZ dan buat lawak sesama sendiri. Beria menyanyi dengan suara yang adooo ni, kalau ada yang terpaksa tahan sakit telinga...sorry le yup.

Seperti biasa suara live AZ memang superb, tapi nak mengikut nyanyian dia memang seksa. Tak cukup nafas dibuatnya. Walaupun ketika menyanyikan lagu Sharifah Aini dan Sohaimi Meor Hassan ada lirik yang tak tepat tapi AZ berjaya menutup kesilapan tersebut dengan yakinnya. Seorang penghibur yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Patut le persembahan eksklusifnya sentiasa mendapat sambutan walaupun dengan harga tiket yang mahal.


Ekspresi wajah AZ bila mendengar penonton turut menyanyikan korus "Ketulusan Hati"

Gandingan AS sebagai mc juga satu pemilihan yang sangat sesuai. Memang kelakar masa part AS explain hal kasut "zebra" dia, paling cute masa AS offer exchange CD AZ dengan X-Power Cafe then gelak besar bila AS tersalah mention waktu berbuka. "Bila nampak mentari naik, dah boleh buka puasa yea?" haha gelak sorang2 bila ingat balik.

Mesti ramai yang geleng kepala, tak habis-habis dengan cerita AZ kan. Alaa layankan je la lagipun bukan selalu dapat tengok show eksklusif AZ. Tahun ni murah rezeki, dah dua kali tengok emm tapikan bahaya juga tengok show live AZ ni nanti boleh addicted hahaha...rasa macam nak tengok lagi!!!

Pada mereka-mereka yang ambil berat, jangan risau saya tahu batas "minat" itu dimana. Masih 'sedar' untuk meletakkan realiti dan logik pada tempatnya. Kalau ada yang rasa meminati AZ bukan perkara yang baik, doakan agar Allah cabut 'minat' itu dari dalam diri ini. Hanya mengagumi bakat dan kelebihan yang dikurniakan Allah pada salah seorang hamba-Nya.

Gembirakan hati sendiri tak salah tapi pentingkan diri itu salah...see saya masih waras!! haha ok gurau je...

Jul 14, 2011

Patriotik ke?

Emmm saya tak minat sangat tengok bola....peraturan perlawanan pun tak tahu sangat hehe tapi boleh saja layan bola especially kalau pasukan tanah tumpah darah, The Red Warriors main. Maklum le orang lahir bulan 12 kata kajian Dato' Dr Hj Mohd Fadilah Kamsah berjiwa patriotik... :)

Pagi tadi terdengar topik bual HotFM isu penyokong ramai pakai jersi Arsenal dari jersi Malaysia semasa perlawanan Malaysia lawan Arsenal semalam.

Saya rasa mungkin diorang bukan sengaja tak nak pakai. Tapi jersi Malaysia basah kena hujan tak sempat angkat dari jemuran. Yealah dah buat game hari kerja, jersi baru beli semata-mata nak tengok Harimau Malaya lawan Arsenal, jemuran pula tak ada bumbung. Tak kena matahari nanti tak kering pulak (maklum le beli yang tak original, kain keras lambat kering haha). Tak kan nak lari balik rumah semata-mata nak angkat jersi sehelai nanti bos kata ponteng pulak kan. Tak pasal-pasal rekod kerja bertanda merah. Prestasi kerja kena jaga penting untuk penilaian kenaikan pangkat. [petang semalam hujan ek??]

Penyokong luar KL/Selangor pula pagi tadi tergesa-gesa nak pergi kerja terambil jersi Arsenal pulak...agaknya dalam kepala excited nak tengok Arsenal. Dah habis kerja nak balik rumah tukar takut tak sempat. Pukul berapa pula nak sampai stadium, kena tempuh traffic jam lagi.

Haa harap korang faham. Jangan marah-marah kata diorang tak patriotik pula, diorang patriotik sangat dalam hati.

Lagipun apa salahnya kalau yang sengaja pakai jersi Arsenal pun. Bukan selalu boleh tengok Arsenal main live. Tengok kat TV mana pasukan Arsenal nampak diorang ada ramai penyokong kat Malaysia. Bila pakai jersi baru nampak bukti. Tak gitu? nanti boleh le Arsene Wenger balik bagitahu penyokong diorang lagi ramai dari penyokong Harimau Malaya. Diorang bukan setakat menang game tapi menang sokongan juga.

Mana tahu boleh jadi bekal semangat Arsenal nak datang Malaysia lagi. Alah pemain-pemain Malaysia mesti faham bukan selalu orang Malaysia dapat tengok Arsenal main depan mata. Kira win-win situation le kan, pemain-pemain beruntung dapat bermain sepadang dengan pemain-pemain kelas pertama bertaraf dunia dan penyokong pula dapat tunjuk sokongan bertaraf dunia live kepada kelab EPL pujaan mereka. Lepas Arsenal balik, diorang mesti sokong Malaysia je eh jap bukan bukan selepas Liverpool dan Chelsea balik kerat kuku panjang (kalau kerat jari tak cukup 10 lak jari tangan saya) diorang mesti sokong Harimau Malaya jerr....

Pasukan Harimau Malaya jangan sedih-sedih ya, tingkatkan prestasi dan mutu permainan biar setaraf dengan Arsenal lepas tu insyaAllah mesti ramai yang akan menyarung jersi Malaysia pula nanti. Kalau dah setaraf mesti Arsenal jemput Harimau Malaya main kat tempat diorang pula.

Haaa time tu kita boleh tengok berapa ramai orang-orang England dan penyokong-penyokong Arsenal pakai jersi Harimau Malaya sebab bukan selalu pasukan Harimau Malaya main kat Emirates Stadium hehe...

Apa-apa pun harap pasukan Harimau Malaya dapat belajar sesuatu dari pengalaman berdepan pasukan sekuat Arsenal dan mendapat ilham untuk meningkatkan skill juga tahap keyakinan mereka. [tiba-tiba teringat kat iklan biskut Tiger...sekuat Harimau hahaha...eh jap ke iklan sabun ekkk]

ok dah dah ni mula nak mengarut dah niii... ;)


Nota: Penyokong TRW jugok hok terbaik...stadium SMIV penuh sokmo. Lepah kaloh pun penuh jugok. Maroh-maroh saye kato ore. Mari weh kito sokong Harimau Malaya jugop sian demo tu lagipun puok-puok kito jugop tu....

Jul 1, 2011

Rasa cam dapat sentuh langit!

Macam tak percaya je dapat peluang ni!

Dah rasa macam nak kejang je mulut ni sebab tak leh berhenti senyum...(skrg pun duk gelak sorang2)

Harap sangat AZ akan nyanyikan "MUNGKIN" & "SEDETIK LEBIH" pada 16 Julai nanti....

Terima kasih tak terhingga buat sepupu kesayangan atas hadiah ini...


Gembira selepas "kecewa" memang lagi seronok! terima kasih juga wak sebab mesej tiket habis sebelum tu, bila buka email terus menjerit...excited! nasib baik takde orang datang ketuk pintu ofis hehehe...


Hehe gambar kat atas ni sekali tengok macam diambil pada hari yang samakan? tapi sebenarnya tak...itu adalah kebetulan semata-mata. Gambar favourite saya bersama sepupu merangkap bestfren kesayangan dan juga dengan AZ yg disnap oleh abah tersayang!.

Bila pakai baju tu mesti ingat kat ketiga-tiga mereka, 1 baju dengan 3 kenangan terindah! pastinya terima kasih tak terhingga kepada Allah s.w.t atas kenangan ini, Dia yang Maha Mengetahui...Alhamdulillah :)

Jun 23, 2011

Terpengaruh ke???

Boring-boring selalu singgah kat ohbulan baca gosip haha...

Baru-baru ni kan kena demam Nora Elena, saya pun layan le jugak tapi minggu terakhir dah tak tengok. Plan nak tengok final episod je tapi tak tercapai gak sebab hari tu ter'join' Mai dan Nudrah shopping kat Tesco Kulai...besssst :)

Berbalik pada cerita asal, tengah2 layan baca gosip sekali tertarik hati nak sambung baca post yang ini. [nak tau lanjut kena klik]

Gelak sampai berair mata bila baca surat yang dihantar oleh Pn. Nowa. Tak sangka begitu kuat sekali pengaruh drama Nora Elena nih, sampai ada yang tergerak hati untuk hantar surat (kalau betul surat tu wujud). Emmm ada betulnya juga ulasan Pn Nowa tu.

Masa saya layan beberapa episod drama tu ada le gak terberangan bestnya kalau dapat suami macam Seth Tan. Tapi sekejap je la sebab logik akal tak dapat bersetuju dengan banyak adegan romantik yang secara realitinya sukar untuk dijumpai terutama pada lelaki melayu. Tak tahu le kalau lelaki dari keluarga campur ni peratus untuk wujud tu lagi tinggi [sbb seth tu kan mix cina + melayu].

Akal saya masih waras untuk setkan dalam kepala itu CUMA CERITA. Cerita bererti ada realiti + imaginasi. Tambahan lagi drama itu adalah adaptasi dari novel maka makin jelas sumbernya. Biasa le kalau baca novel salah sorang hero or heroin mesti ada ciri-ciri cantik, sopan-santun, bijak, kalau tak kaya pun akan kayalah nanti, bak kata perfectlah kalau keduanya bersatu. Dunia sebenar ada ke pasangan manusia yang sempurna camtu???...

Saya yakin kebanyakan gadis dan wanita di luar sana berfikiran seperti saya. Kalau ada yang terpengaruh begitu sekali seperti yang diulas oleh Pn Nowa agak kesian le. Nampaknya gadis/wanita/lelaki/isteri/suami itu belum matang dalam menilai kehidupan sebenar.

Adegan paling tak leh blah, bila nora terseliuh tu...geli le sampai kena layan macam tu sekali. Tak rimas ker??? hehe takpe la tu kan CERITA jerrr..okeh.

Oh kalau diberi pilihan nak suami macam Seth Tan tak? emmm TAK kot hehe jangan marah yea ni cuma pendapat peribadi.

Lapar le kena gi lunch ar, makan Cadbury Mixed Nuts je rasa macam tak cukup nih!!!
daaaa...

Jun 9, 2011

Up, Close and Personal Anuar Zain

Haih kalau daun kayu bila "retus" boleh tukar jadi duit bestnye boleh gi tengok konsert penyanyi pujaan hatiku ni kat Menara KL haha...

Tapi dalam mengeluh pun kagum gak tiket mahal camtu pun masih dapat sambutan. Ingat penyanyi antarabangsa je leh letak harga paling murah RM500...hehe Anuar Zain pun boleh ler!!



Berdasarkan kiraan lagi 5 thn baru leh gi tengok show Anuar Zain plak...sabar jelah!

Pape pun Wa Jen the Best arrr! ;)