Bermula dari hari Isnin lagi perjalanan ke Shah Alam mengambil masa hampir 2 jam lebih. Memang mencabar kesabaran berdepan kesesakan lalulintas dan karenah-karenah pemandu di ibukota ini. Untuk keluar dari kawasan rumah pun dah ambil masa setengah jam disebabkan kewujudan pasar ramadhan di kiri kanan jalan. Bila jalan yang dua hala dah jadi sehala ditambah pula dengan keselambaan pengunjung-pengunjung pasar ramadhan yang berlenggang-lengguk ditengah-tengah jalan dan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan tanpa mempedulikan kenderaan yang menggunakan laluan tersebut memang tertekan dibuatnya.
Paling menggerunkan bila ada penunggang motosikal dengan senang hati masuk ke laluan bertentangan dan menyelit di celah-celah deretan kenderaan. Pemandu teksi pula mengambil kesempatan menurunkan penumpang di tengah-tengah jalan. Jalan yang sesak jadi bertambah sesak. Kenderaan yang nak keluar atau masuk ke simpang pula masing-masing tak nak mengalah, akhirnya siapa yang berani menghimpit dia yang menang. Bagaikan satu pertandingan yang meletakkan nyawa sebagai taruhan. Emmm memang kecut perut dibuatnya.
Hari Selasa pulak tersekat hampir 35 minit untuk melepasi Jalan Semarak ke exit DUKE. Masuk ke DUKE perjalanan sudah lancar semula sehingga tiba ke plaza tol keadaan kembali sesak. Melepasi tol perjalanan agak lancar sehinggalah untuk sampai ke persimpangan lampu isyarat ke Pusat Bandar Shah Alam kembali menggunakan speed kura-kura. Lenguh pinggang dibuatnya untuk sampai ke tempat parking Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM.. Sudahnya sampai ke kelas dah pukul 655 petang. Masuk ke kelas terkejut bila kelas sunyi sepi dan lecturer menunjuk ke arah attendance dan helaian kertas di atas meja beliau.
Bagai nak tercabut jantung bila melihat perkataan ‘TEST 1’ di atas helaian kertas tersebut. Saya ingatkan test itu minggu depan!!! Memang logik akal saja yang dapat saya letakkan sebagai jawapan pada 2 soalan yang tertera. Test tersebut berjalan selama 35 minit dan selepas ia berakhir kami dibenarkan pulang. Tepat jam 8.35 malam saya sudah berada di rumah.
Kalau dihitung perjalanan untuk ke kelas mengambil masa lebih kurang 2 jam 25 minit, berada dalam kelas 40 minit dan perjalanan pulang 30 minit. Tapi apa boleh buat, pilihan telah dibuat jadi suka atau tidak, untung atau rugi itulah hakikatnya. Sampai di rumah sempat makan nasi dulu sebelum hantar Billa ke Terminal Putra menaiki bas pulang ke kampung. Selepas itu pula hantar Mila ke kolejnya di Jalan Semarak.
Kembali ke rumah tiada apa lagi yang terdaya untuk dibuat melainkan menikmati pembaringan sementara, membetulkan urat saraf yang kekejangan.