Aug 18, 2009

Yang telah Ditinggalkan...

Dua hari bersama seluruh ahli keluarga di Tanjung Malim meraikan hari konvokesyen Billa membuatkan saya lupa pada semua bebanan kerja. Hati riang dan fikiran pun tenang. Jarang kami semua dapat berkumpul begini melainkan pada hari raya, kadang-kadang bila saya balik bercuti abang dan adik-adik saya tak cuti.

Semakin kita mengejar hidup semakin jauh kita ditinggalkan. Hidup tidak pernah akan sempurna itulah hakikat yang harus diakui. Waktu kecil selalu berharap agar cepat dewasa tapi sekarang bila dah dewasa masih lagi merasakan kehidupan itu tidak lengkap. Seringkali terfikir seronoknya kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak.

Bila dihitung telah hampir 11 tahun saya merantau dan berjauhan dari keluarga tercinta. Entah kenapa lepas bercakap dengan Abah tadi rasa sayu sangat. Rindu dengan ibu, abah dan adik-beradik lain. Kehidupan telah banyak berubah dan tanpa sedar dalam mencapai yang lebih baik banyak juga yang telah hilang.

Hidup selalunya perlu memilih. Melihat pilihan yang ada dan menentukan apa yang terbaik waktu itu. Ada kala apabila waktu berlalu, keadaan berubah ada ragu dalam keputusan yang dipilih. Ingin berundur dan kembali ke tempat asal tapi ianya tidak lagi sama. Jadi apa yang tinggal biarpun tidak sempurna mungkin hanya itulah yang terbaik cuma kita tidak melihatnya dari sisi yang terbaik untuk kita.

Pilihan Allah adalah yang terbaik kerana Dia yang mengetahui segala-galanya. Tiada yang tersembunyi dari pengetahuanNya, semoga saya mendapat pilihan itu. InsyaAllah.

Jom layan gambar Billa konvo.....

Sementara menunggu sesi tamat....lepak tepi dewan layan budak gemok


Abah kuar awal....kecemasan tapi tak nak masuk balik...cian Ibu duk sorang


Akhirnya....dah abis

Tahniah buat Billa & Selamat menempuh alam baru dengan umur baru hehe.....

We Love U!!!!!

4 comments:

  1. aik..asal akak takde dalam itu gambar?..
    hehe~

    kak, akak dah kena tag..
    kalau rajin silelah ke blog saya yer..
    kalau busy..x pe..
    saya x paksa..
    at least jengah la blog saya keh..

    ReplyDelete
  2. Memang sudah sunnatullah setiap yang bernama makhluk itu berubah-ubah sifatnya. Ada baru ada lama. Ada datang ada pergi dan semuanya diciptakan berpasangan,yang pasti pasangan itu ada baik ada buruk tidak baik kedua-duanya ataupun buruk kedua-duanya.

    ReplyDelete
  3. Betul kata k ez tu, cuma lemahnya manusia ni tak bersyukurnya bila nilai balik sume keputusan tetap rasa tak puas ati tu ada. Setiap terjadi tu tetap ada baik buruk cuma nak menerima hakikat tu hok susah sket.

    ReplyDelete
  4. Afzan...gambar yg da akak sume dlm camera adik. Da satu tapi tak dpt kelulusan tayangan haha

    ReplyDelete