Jan 10, 2010

Ulangtahun ke-55: Cinta Pertama Kami

Selamat Ulang Tahun Kelahiran....
Tg Noorasnah Tg Abd Wahab - 10 Januari

Ibu cinta pertama kami...Syahrul, Syila, Syabilla, Syahril, Syamila dan Syahiran

Semoga Allah lanjutkan usia wanita ini yang telah melahir, membesar, mendidik dan memberikan segala yang ada demi anak-anaknya...

Semoga Allah ampuni, lindungi dan berkati wanita ini dalam rahmat dan redhanya seperti mana dia telah melindungi dan menyayangi seluruh keluarganya...

Semoga Allah pelihara dan jauhi kesusahan serta kepayahan dari hidup wanita ini kerana dia telah melalui banyak keperitan dan kesukaran demi insan-insan yang disayanginya...

Semoga Allah berikan wanita ini seluruh kebahagiaan, kesenangan dan kemudahan yang ada di dunia dan di akhirat seperti mana dia telah berikan seluruh hidupnya demi suami dan anak-anaknya....

Semoga Allah makbulkan semua impian wanita ini kerana dia telah korbankan segala keinginannya demi menunaikan kemahuan dan keperluan anak-anaknya...

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami kerana pernah menyakiti hati wanita ini...tak mungkin dengan sengaja kerana dia adalah Ibu kesayangan kami...


*************************

Orang kata kajayaan dan kebahagiaan anak-anak adalah kejayaan dan kebahagiaan ibubapa. Saya tak tahu adakah selama ini saya banyak memberi kebahagiaan atau kesedihan pada Ibu.

Ada satu dendam yang masih tinggal, waktu tu saya masih di sekolah rendah. Ada satu insiden yang telah saya saksikan dan sampai sekarang saya tak dapat luputkan insiden itu dalam ingatan walaupun keadaan telah berubah. Riak kesedihan serta kekecewaan yang tergambar di wajah Ibu masih jelas dan itulah harinya saya telah berjanji pada diri...saya tak akan maafkan mereka sampai mati.

Walaupun saya tahu Ibu gembira dapat bertemu dengan mereka semula tapi setiap kali memandang mereka hati saya sakit. Insiden dulu seolah-olah ditayangkan semula di depan mata dan selalunya ia akan membuatkan saya hilang kawalan.

Saya tahu jika Ibu yang melalui boleh memaafkan kenapa tidak saya yang melihat tapi saya tak seperti Ibu...saya tak mewarisi sifat lembut hati dan penyabar Ibu...setiap kali kami bertemu mereka, tingkah saya pasti akan melukakan hati ibu. Saya kesal dan sedar ...tapi saya tak dapat lepaskan.

Saya harap Ibu dapat maafkan semua dosa dan kesalahan saya, walau apa pun yang saya lakukan tak pernah terniat untuk menyakiti hati dan menyinggung perasaan Ibu. Biarpun Ibu tak pernah luahkan tapi saya tahu Ibu sedih dengan sikap saya. Maafkan Lala bu...

Saya akan cuba lepaskan memori itu kerana saya sayang ibu lebih dari segala-galanya....

No comments:

Post a Comment