Tetapi dengan bakat yang terhad dan pengetahuan yang boleh dikatakan menghampiri 0 dalam bidang penulisan skrip...rasa agak kerdil diri nak mencuba. Agak-agak kalau cubaan macam dibawah ni boleh dikira ada bakat ker...
Tajuk: Drama tak berkamera
Scene 1
Lokasi : Lebuhraya BUKE menghala ke Damai
Deeya : Yang, u confirm ke dia tak ada kat rumah? I takut ler kalau dia ada.
Atie : Kan i dah cakap, dia bagitahu dia kerja pukul 8 tadi...so pukul 4 nanti baru dia balik. Apa la yang u takut sangat.
Nur : Hahaha u ni Deeya kelakar ler...
Suasana di dalam kereta riuh dengan gelak tawa bila Atie dan Deeya mula mengimbau kenangan zaman mereka belajar bersama. Sikap penakut Deeya rupanya yang menjadi sebab keakraban mereka.
Scene 2
Lokasi : Melepasi guard house Kondo Armada
Atie : Ni nak cek dulu kereta dia ada ke?
Deeya : A’ah bagus juga tu...i takut ler yang kalau buatnya dia balik awal i tunggu dalam kereta je lah yea..
Nur : Tak abis-abis dengan penakut dia...
Atie melencongkan kereta ke bahagian parking...
Atie : Ok....Wish ada...
Deeya : Alamak dia ada ker???.
Atie : Kita tengok MyVi ada ke tak...
Kereta memasuki aras 2 parking lot...
Atie : Ya Allah...MyVi ada le...
Nur : Mana?
Atie : tu...macam mana ni?
Deeya : Alaaa yang...i tunggu dalam kereta k...u naik dengan Nur je la yea. Tengok ni tangan i dah sejuk dah.
Deeya hulurkan tangan kepada Atie dan kemudian pada Nur. Atie dan Nur tergelak tak tahan melayan takut si Deeya yang nampaknya panik dengan salah jangka situasi kehadiran kami ke rumah Atie untuk mengambil barang. Seperti dipersetujui hanya Atie dan Nur yang turun.
Scene 3
Lokasi: Di unit kondo Atie
Nur menunggu Atie membuka kunci rumah. Agak terkejut apabila suami Atie berdiri di depan apabila pintu dikuak. Atie dan Nur melangkah masuk dengan tenang.
Ari : Ada cleaner datang...i panggil cuci rumah...
Atie : hah..
Atie mengikut suaminya ke tingkat atas, manakala Nur ke dapur mencuci tangan yang terasa melekit.
Seketika kemudian..
Atie : Wak!
Nur bergegas naik ke tingkat atas. Terpaku seketika bila melihat ada seorang gadis bertudung duduk di atas sofa di ruang tamu tingkat atas. Atie duduk menghadap sisi gadis tersebut manakala suami Atie berdiri mengadap mereka. Gadis itu tunduk menekur lantai. Atie cuba mengawal dirinya.
Atie : u ni sapa?
Ari : dia kawan i...
Atie : u buat apa kat rumah i...rumah anak-anak i...hah?
Ari : kan i dah bagitahu dia kawan i...staf i ...
Jika katakan:-
Situasi diatas berlaku ketika Atie dan Ari dalam proses untuk bercerai. Keesokannya adalah hari sebutan kes mereka di mahkamah syariah. Telah hampir sebulan lebih Atie dan anak-anaknya tinggal bersama ibubapa Atie. Manakala Ari kekal tinggal di rumah kelamin mereka dengan perjanjian rumah tersebut akan diserahkan kepada anak-anak mereka nanti.
Walaupun tinggal berasingan, Ari bebas untuk datang pada bila-bila masa ke rumah keluarga Atie untuk berjumpa anak-anaknya. Dia juga dilayan dengan baik oleh keluarga Atie. Anak-anak juga dibenarkan untuk bermalam bersama Ari di rumah kelamin mereka.
Adakah situasi mereka (dalam proses untuk bercerai) boleh membenarkan perlakuan suaminya membawa balik perempuan lain ke dalam rumah kelamin mereka dengan alasan hanya untuk berbual.
Emmm kalau saya tunjukkan skrip ni pada orang yang tak sekolah pun agaknya dia leh terima ker fakta-fakta dalam kes nih...emmm susah kan tulis skrip nih...
Saya terfikir juga untuk letak sebab lain yang menjadi punca perceraian (lari dari kebiasaan drama kat tv) contohnya sebab isteri tertidur ketika menidurkan anak dan tak sedar suaminya pulang jam 12 pagi.
Mungkin kalau cerita yang ditonjolkan itu berbeza dari kebiasaan mungkin akan dapat menarik lebih ramai penonton. Kalau selalu dihidangkan dengan cerita yang sama, orang pun muak nak tengok. Jangan kata orang, saya sendiri pun tak hingin nak duduk mengadap tv.
Tapi cerita saya ni lain dari kebiasaan ker????
Emmm kalau orang tanya saya pasal alasan si suami tu satu je yang saya akan buat....
HA HA HA HA HA HA !!! ko ingat aku BODOH......
Teringat petikan dari drama Korea: Boys over Flowers...lebih kurang begini bunyinya:-
---> Kalau minta maaf tu dah cukup, apa guna ada polis dan undang-undang!
Berhati-hatilah dalam perlakuan dan perbuatan kita kerana akibatnya mungkin akan menyebabkan kita hilang segala-galanya. Mungkin tidak bermaksud tetapi yang salah tetap salah. Pada yang percaya pada Allah mungkin akan bisa meneruskan hidup....