Buku ini bercerita dan mengulas tentang cinta dari kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran. Berbicara tentang cinta seorang ibu kepada puteranya, cinta seorang ayah kepada puteranya, cinta seorang ibu kepada putera angkatnya, cinta seorang wanita kepada pemuda tampan, cinta seorang gadis kepada pemuda gagah perkasa, cinta seorang raja kepada seorang ratu, cinta para wanita kepada Tuhan Mereka,cinta manusia kepada Harta dan Kemegahan Dunia dan cinta Manusia kepada kekuasaan Duniawi.
Pasti rakan-rakan semua tahu tentang kisah perpisahan Nabi Musa as dan bondanya, kasihnya Nabi Ya'qub kepada puteranya Nabi Yusuf as, kisah Nabi Musa dibawah penjagaan Asiyah isteri Firaun, kisah cinta Zulaikhah kepada Nabi Yusuf as dan Kisah Nabi Sulaiman dengan Balqis bukan? Ya, itulah antara kisah yang diulas didalam buku ini bersama beberapa lagi kisah lain. Bacalah, anda pasti akan kagum dengan kekuatan cinta yang ada dalam setiap kisah. Bagaimana pengajarannya akan menggerakkan hati dan jiwa kita untuk turut berusaha agar memperolehi cinta yang paling agung iaitu cinta kepada Pencipta - Allah swt.
Satu-satunya cinta yang tidak akan menghampakan kita dunia dan akhirat.Bukan mudah untuk mendapat cinta yang suci, cinta yang diberkati adalah cinta yang tidak dizahirkan menurut hawa nafsu tetapi yang ditatang dengan syariat Islam yang benar. Paling penting adalah untuk menjaga cinta utama kita: cinta kepada Allah swt, Rasulullah saw dan ibubapa.
Emm kalau nak tahu lebih kenalah dapatkan buku ini yea. Terima kasih kat adik saya yang halalkan saya pinjam buku ini (sebab ambil dulu baru minta izin hehe). Oh buku ini terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd dan harganya RM23.00 (Semenanjung) dan RM26.00 (Sabah/Sarawak). Saya tahu mesti ramai yang nak tahu harganya kan? hehe apa salahnya berbelanja lebih untuk sebuah buku yang bermanfaat, yang saya baca ini sudah cetakan kedua tahun 2009, kiranya dah lama le kat pasaran. Kalau tak nak beli boleh pergi pinjam kat library.
Selamat membaca :)