Aug 18, 2011

BUKU: Kisah Cinta Dalam Al-Quran

Menunaikan janji lama...

Sedikit info berkaitan sebuah buku yang masih dalam proses untuk dihabis dan dihadam isinya dengan pemahaman sebagai panduan dan iktibar hidup.

Masih berbaki 3 bab untuk sampai ke kulit belakang namun rasanya perlu diulang baca untuk catatan ringkas. Maklumlah bila dah lama tinggal untuk sambung semula, nak diingat semula sampai berkerut dahi. Tetapi sekadar untuk perkongsian jika ada rakan-rakan yang sedang mencari bahan bacaan insyaAllah buku ini mampu memberi inspirasi dalam memahami erti sebenar cinta.

Apa yang menarik dari nukilan Misbah Em Majidy dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Bagi saya yang cetek ilmu agama ulasan ringkas dan mudah dari tafsiran kisah-kisah yang tercatat di dalam Al-Quran ini membuka minda untuk lebih memahami konsep cinta menurut pandangan Islam. Cinta adalah topik yang selalu diperkatakan dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Buku ini bercerita dan mengulas tentang cinta dari kisah-kisah yang disebut di dalam Al-Quran. Berbicara tentang cinta seorang ibu kepada puteranya, cinta seorang ayah kepada puteranya, cinta seorang ibu kepada putera angkatnya, cinta seorang wanita kepada pemuda tampan, cinta seorang gadis kepada pemuda gagah perkasa, cinta seorang raja kepada seorang ratu, cinta para wanita kepada Tuhan Mereka,cinta manusia kepada Harta dan Kemegahan Dunia dan cinta Manusia kepada kekuasaan Duniawi.


Pasti rakan-rakan semua tahu tentang kisah perpisahan Nabi Musa as dan bondanya, kasihnya Nabi Ya'qub kepada puteranya Nabi Yusuf as, kisah Nabi Musa dibawah penjagaan Asiyah isteri Firaun, kisah cinta Zulaikhah kepada Nabi Yusuf as dan Kisah Nabi Sulaiman dengan Balqis bukan? Ya, itulah antara kisah yang diulas didalam buku ini bersama beberapa lagi kisah lain. Bacalah, anda pasti akan kagum dengan kekuatan cinta yang ada dalam setiap kisah. Bagaimana pengajarannya akan menggerakkan hati dan jiwa kita untuk turut berusaha agar memperolehi cinta yang paling agung iaitu cinta kepada Pencipta - Allah swt.


Satu-satunya cinta yang tidak akan menghampakan kita dunia dan akhirat.Bukan mudah untuk mendapat cinta yang suci, cinta yang diberkati adalah cinta yang tidak dizahirkan menurut hawa nafsu tetapi yang ditatang dengan syariat Islam yang benar. Paling penting adalah untuk menjaga cinta utama kita: cinta kepada Allah swt, Rasulullah saw dan ibubapa.


Emm kalau nak tahu lebih kenalah dapatkan buku ini yea. Terima kasih kat adik saya yang halalkan saya pinjam buku ini (sebab ambil dulu baru minta izin hehe). Oh buku ini terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd dan harganya RM23.00 (Semenanjung) dan RM26.00 (Sabah/Sarawak). Saya tahu mesti ramai yang nak tahu harganya kan? hehe apa salahnya berbelanja lebih untuk sebuah buku yang bermanfaat, yang saya baca ini sudah cetakan kedua tahun 2009, kiranya dah lama le kat pasaran. Kalau tak nak beli boleh pergi pinjam kat library.


Pada yang sedang/ingin bercinta tu, harapnya jagalah batas pergaulan bersama pasangan. Apa yang haram jangan dihalalkan nanti hilang keberkatan dan berganti kemurkaan Allah.


Apakah akan bahagia orang2 yang dimurkai Allah?


Fikir-fikirkan semoga jalan yang kita pilih tidak akan membawa kita ke neraka. Mohon dijauhkan.


Selamat membaca :)


No comments:

Post a Comment