Mar 25, 2010

Tidak Seperti Biasa


Bila demam selalunya emosi juga akan terganggu...badan penat dan otak akan mula fikir macam-macam...

Kalau saya demam, nak jumpa orang pun tak ada mood, sisihkan diri dari orang sekeliling dan berkurung dalam bilik....sms dan call pun saya biarkan kecuali dari parents dan kawan baik je. Sebabnya saya terlalu mudah naik angin dan sensitif time ni.

Masa ni le mula rindu lebih-lebih kat ibu, abah dan budak ghemok. Kalau telefon siap boleh nangis. Hahaha.....pastu mula le fikir nak balik kerja kat kampung. Ramai orang yang kenal saya kata saya baik...tapi kalau yang kenal saya masa keadaan saya tak stabil ni mesti tak fikir macam tu...saya boleh menonong je jalan tanpa hiraukan orang, malas bercakap dan tak peduli apa yang orang kata....buat hal sendiri!

Tadi saya ada terbaca dalam satu artikel kesihatan, ada dinyatakan antara cara untuk memulihkan demam selsema memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam - yang ni memang tak ada masalah untuk diikuti :). Duduk dalam bilik yang panas dan lembap sebab boleh melancarkan pernafasan dan membantu menyingkirkan lendir dan kahak - ini susah sket bila waktu kerja sebab bila pasang air-cond nanti hidung mula tersumbat. Minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari - haa yang ini sangat susah sebab bila minum banyak air maka banyak kalilah perlu berulang ke bilik kecil. Memang tak tahan....

Apa pun bila sakit memang semua rasa serba tak kena. Tapi bila ada kawan-kawan yang selalu bertanya khabar sedikit sebanyak menyenangkan hati juga walaupun responnya tak serta merta. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesembuhan saya. Maaf juga sebab tak happening seperti biasa haha...bak kata Ain, "Kak Syila tak best bila demam...." ini dialog dia masa kami ke Jamuan Akhir Tahun dan Alumni KLM Ahad lepas.

Muka sembab bangun tido je terus pergi jamuan

Ok cerita sikit le pasal jamuan tu, sebenarnya hampir saja saya membatalkan niat untuk hadir tapi sebab KLM dan Ain yang sudi tumpangkan maka sampailah juga ke 'Retro Night' dengan baju Kebaya raya tahun lepas yang entah menepati tema atau tidak.

Walaupun mood sendiri tak meriah tapi jamuan malam tu tetap menghiburkan hati dan mengenyangkan perut. Dengan nasi goreng cili padi, ayam goreng rempah, mee kuah apa ntah namanya, pengat pisang, bubur kacang, kuih lupe nama hehehe dan kek coklat betul-betul buat perut sendat.

Persembahan nyanyian dan game "Bertukar" betul-betul mengamatkan suasana sebelum berganti sendu bila diakhiri dengan slot khas untuk menghargai pembantu felo penasihat KLM yang akan menamatkan khidmatnya bersama KLM secara rasmi. Untuk Alumni yang hadir mungkin tidak terasa tetapi untuk adik-adik mungkin sedihnya lebih sedikit.

Kebiasaan untuk bergambar beramai-ramai

Haa...adik-adik KLM kena join @Lambaian kerana bersama @Lambaian tak ada selamat tinggal :) kontraknya adalah untuk seumur hidup...

Tak lupa untuk adik-adik KLM yang akan grad sem ni tahniah dan welcome to @Lambaian :)

1 comment: