Plan asal nak temankan Tek tengok Nur Kasih the Movie, sebab dah lama tak layan movie berdua dengan bestfriend sorang nih. Tapi kemudian beralih tengok Karak sebab ada orang kata Karak best.
Berbekalkan sedikit kepercayaan dengan reputasi KRU Production, kisah-kisah seram yang pernah didengar berlaku di Karak dan juga kerana dulunya Karak adalah laluan untuk pulang ke kampung halaman maka berkeputusan untuk tengok Karak jam 1.20 ptg di Tgv, KLCC.
Setengah jam pertama memang seram, sekejap tutup mata sekejap buka...Tek siap ajak keluar lagi tapi yang seram hanya sementara hahaha...selepas tu kitorang asyik gelak dan duk mengomel je pasal jalan ceta dan watak-watak dalam ceta tu.
Paling tak suka dengan watak Ida lakonan Kilafairy ops diingatkan bukan kerana dia berjaya membawa wataknya dengan baik tapi kerana wataknya tersangat stereotaip. Setakat nak juih-juih bibir dan tayang tubuh boleh le. Shahir sebagai Nik katanya dah buat research bertahun pasal hantu/benda spiritual tapi tak kan bagi definisi je kot. Watak Jack pulak macam jadi sumber gelak je. Cuma watak Zura lakonan Syiera Ayob je macam menarik sket berbanding watak-watak lain tu. Lakonan paling ok pastinya milik Pak Malam!
Seperti biasa ceta hantu mesti ada watak yang mulut celupar, yang tak percaya ada hantu kena kacau dengan hantu. Accident pastu jumpa rumah dalam hutan...ayooo watak-watak dalam tu nampak tak cerdik dan tak ada senses langsung. Terus-terang kecewa dengan jalan ceritanya, cerita tak segah trailernye...pastu ending ntah pape.
Ending, sebenarnya ketika kereta terbabas dan melanggar pokok yang terselamat cuma Zura sebab dia tercampak keluar dari kereta. Yang Pak Malam nampak cuma Zura sorang je. Kalau tiga-tiga dah mati, yang mengikut Zura cuma roh je...yang hantu makcik tua beria gi kacau diorang gak apa motif??. Pastu dah tak faham apa relevannya ada scene Ida berkemban gi mandi kat perigi??. Tolong le scene murahan macam tu tak ada lagi baik.
Tak tahan gak scene ucapan Nik sebelum roh dia lesap. Nak kata Nik tak tahu dia dah mati pun macam pelik sebab tak ditunjukkan reaksi dia terkejut bila nampak mayat dia. Tapi kalau dia tahu dia dah mati yang dia beria2 menjerit masa jatuh dalam lubang kubur kena pegang dengan banyak tangan tu apesal plak.
Entah le, bukan selalu kalau orang experienced sesuatu yang tak normal macam tu, yealah accident yang teruk pastu kena kacau dengan hantu, pastu jumpa boyfriend & kawan-kawan yang sebenarnya dah mati...mungkin akan kebingungan tapi Zura ok je emmm menjerit jelah...
Yang best cuma background music bagi beberapa scene seram dan lawak Jack ada le sket...
So keseluruhannya saya rasa.....
laa.. ye ke.. baru nk tengok hehehe..
ReplyDeletetak pe la lala.. at least mu dah sumbangkan 1 tiket ke KRU brothers.. bukan sapa pon.. future hubby gak kan. hahahahahaha
ReplyDeleteAyen,
ReplyDeleteA'ah...pada akak x best tp klu nak tengok boleh jer mana tau awk rase best hehe..
Ning,
Ish2 aku x puah ati ar, x padan ngan taraf KRU...raso leh wat lg bagus. Future hubby Lisa Surihani le aku surrender doh hahaha!