Oleh kerana sekarang aku suka layan cerita Korea jadi aku nak kongsi sedikit perbandingan 'rasa' tonton cerita Korea dan cerita tempatan.
Biasanya aku akan pilih drama/filem berdasarkan 3 sebab utama iaitu hero, heroin dan jalan cerita.
Flownya mula-mula aku akan tengok adakah heronya adalah Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Lee Dong Wok, Kim Hyun Joong, Hyun Bin, Jang Keun Suk, Daniel Choi, Lee Min Ho atau Daniel Henney. Setakat ini aku dah tonton lebih dari 2 drama/filem lakonan setiap mereka dan aku rasa mereka pelakon yang berbakat bukan bersandar pada rupa semata-mata.
Begitu juga dengan heroinnya. Kalau dia adalah Yoon Eun-hye, Jang Nara, Eugene, Kim Sun Ah, Song Hye Kyo, Ha Ji Won, Shin Min Ah atau Lee Yo-Won memang mantap.
Kemudian baca pula jalan ceritanya bagaimana, kalau rasa menarik baru aku akan tengok. Tapi kalau bukan pelakon-pelakon favourite biasanya aku akan refer pada jalan cerita.
Setakat ini aku dah tonton hampir 30 buah drama dan filem Korea dari genre yang berbeza antaranya berunsur romantik, komedi, thriller, kekeluargaan, hantu, politik dan sejarah.
Tak silap cerita pertama yang aku tengok adalah Winter Sonata dikeluarkan pada tahun 2002. Tetapi aku mula berminat ikuti bermula 6 tahun lepas cuma sejak ada officemate yang mempunyai koleksi drama/filem Korea dan access internet, drama/filem Korea ni dah jadi 'makanan' harian aku hehehe...
Mungkin kerana aku dah muak tonton drama/filem Melayu. Sejak aku kecil sampai sekarang isunya sama saja, kalau berubah mungkin pelakon, wardrobe & lokasi.
Boleh muntah hijau dengan sajian yang sama gaya korporat yang tak korporat macam orang Malaysia, Melayu terutamanya kaya-kaya belaka.
Bila buat cerita Islamik pula isu yang dibawa lebih banyak menceritakan kelemahan Islam. Hal poligami, hal keruntuhan akhlak dan banyak lagi isu yang dikupas dari persepektif yang bila tengok buat aku rasa sakit hati. Paling geram Islamiknya sekerat jalan...adoyaiiii....boleh jadi ajaran sesat kalau salah tafsiran.
Kalau nak tengok yang 'rupa' Melayu sikit selalunya ditayang di TV1 atau TV2.
Seperti biasa konsepnya yang baik dibalas baik tapi pasti akan ditindas dulu sebelum berjaya dan yang jahat pastinya akan tumpas...cerita-cerita begini aku sudah tonton dari zaman hingusan lagi. Bukan nak kata tiada yang bagus tapi susah nak jumpa.
Bila aku tengok cerita Korea memang ada adegan yang buat aku tertanya-tanya dan rasa tidak selesa tetapi kerana latar budaya yang berbeza membuatkan aku mudah untuk let go rasa tidak puas hati itu.
Kalau ada babak cium ke peluk-peluk ke tak ada le menganggu emosi sebab mereka bukan Islam tetapi bila tengok cerita Melayu yang pelakonnya Islam tetapi berpeluk-peluk, cium pipi/dahi sikit-sikit hish tak boleh terima.
Apa yang aku perasan drama kita lebih banyak menonjolkan gaya hidup barat. Kita dimomokkan dengan konsep kemodenan datang dari barat jadi semua kena ikut barat dari segi pakaian, percakapan dan gaya hidup. Adegan umat Islam mabuk dan terkinja-kinja dalam disko bukan satu perkara yang pelik lagi.
Paling pelik mentaliti pembikin filem yang kononya buat filem macam bohsia dan rempit dengan alasan untuk memberi pengajaran. Berapa kerat sangat yang dapat 'hidayah' lepas tonton drama/filem, paling kurang terkesan dua tiga hari lepas tu dah lupa. Berapa banyak pula yang mudah mengikut aksi/dialog tidak baik dalam drama/filem begitu. Bak kata Nabil, "Lu fikir le sendiri!"...
Apa yang aku perasan dalam drama/filem Korea susah nak cari mereka speaking orang putih kecuali kalau ada keperluan contohnya mereka pergi melancong ke luar negara atau perlu berkomunikasi dengan bangsa asing.
Mereka juga banyak tonjolkan adegan watak utama/tambahan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Kalau yang ada kereta pun disebabkan status yang tinggi dalam masyarakat atau ahli perniagaan yang berjaya. Banyak kali terjumpa adegan watak-watak dalam drama/filem yang excited bila dapat pergi ke tempat-tempat menarik di negara sendiri.
Aku pun tak tahu kalau memang ada perjanjian antara produksi dengan pihak kementerian pelancongan di sana tetapi kebanyakan drama akan ada scene yang akan fokus pada pemandangan sekeliling. Aku tak pandai le nak guna perkataan-perkataan berkaitan shooting ni tapi yang aku nampak 'gaya mereka fokuskan' setiap scene itu memang berbeza dengan drama/filem kita. Nanti aku cari rujukan sikit apa nama teknik yang boleh sharp & blurkan fokus tu hehehe...
Aku pun tak tahu kalau memang ada perjanjian antara produksi dengan pihak kementerian pelancongan di sana tetapi kebanyakan drama akan ada scene yang akan fokus pada pemandangan sekeliling. Aku tak pandai le nak guna perkataan-perkataan berkaitan shooting ni tapi yang aku nampak 'gaya mereka fokuskan' setiap scene itu memang berbeza dengan drama/filem kita. Nanti aku cari rujukan sikit apa nama teknik yang boleh sharp & blurkan fokus tu hehehe...
Ini susahnya nak bercerita tapi tak ada maklumat tepat nanti maksud tak kesampaian.
Setiap yang baik pasti ada juga kekurangannya tapi bagi drama/filem Korea, kekurangan itu dalam bentuk kelebihan dalam paparan aksi intim yang boleh diklasifikasikan sebagai melampau.
Terkejut aku tengok ops tertengok sebenarnya masa cari drama yang ada subtitle English di YouTube. Ada rasa terkilan juga sebab hero yang aku suka dulu pun berlakon cerita macam tu so sekarang namanya dah digugurkan dari senarai favourite. Macam respect pada pelakon tersebut dah hilang...
Aku rasa walaupun perkara-perkara sensual itu fitrah tetapi tidak sesuai ditayangkan pada umum. Pengarah yang kreatif pasti dapat deliver maksud tanpa paparkan adegan secara nyata.
Antara drama & filem yang masuk senarai kesukaan (definisi kesukaan = boleh tengok ulang-ulang & feel masih sama macam tengok 1st time) aku adalah:-
Its Okay Daddy's Girl (drama 17 ep) - tak ada seorang pun pelakon fovaurite aku tapi jalan ceritanya best buat aku menangis dan rasa macam nak balik peluk family aku huhuhu...
Its Okay Daddy's Girl (drama 17 ep) - tak ada seorang pun pelakon fovaurite aku tapi jalan ceritanya best buat aku menangis dan rasa macam nak balik peluk family aku huhuhu...
Chilling Romance (filem genre Seram + kelakar) - jalan cerita yang best tetapi mungkin kurang sesuai buat yang ada lemah jantung
My Girlfriend is a Gumiho (drama 16 ep) - berdasarkan cerita dongeng zaman dulu kala memang menarik ada romance, comedy & fantasi. Lepas tengok cerita ni terus jatuh cinta sekejap dengan No Min Wo hohoho....
City Hall (drama 20 ep) - bertemakan romantik dan berlatarkan perjuangan politik di sebuah bandar kecil. Gandingan mantap Cha Seung Won & Kim Sun Ah.
Aku kongsikan dulu 4 drama/filem ini (dalam setahun ini aku aku baru tengok), yang lama-lama kena check balik dah lupa tajuk hahaha....
Oh sebut pasal Cha Seung Won, aku nak kongsikan sedikit kejadian yang menimpa aku disebabkan aktor ini. Chewah macam kenal-kenal aje kan....hahaha...
Bukan begitu, ceritanya macam ini....Hana (officemate) cadangkan aku tengok cerita The Greatest Love lakonan Seung Won & Hyo Jin
Seung Won (lelaki yang duduk tu, incase korang tak kenal - credit gambar: wikipedia )
Bila aku tengok episod 1 aku rasa Seung Won tu tak hensem (bukan taste aku ler)...terus rasa tak nak tengok. Tapi cara Hana cerita macam drama ni best gile so aku teruskan juga tonton. Habis saja episod 2 aku rasa aku dah jatuh suka pada Seung Won ni. Serentak dengan itu juga tetiba aku nampak Seung Won ni hensem pulak. Padahal sama saja penampilannya tiada yang berubah pun.
Pelik tapi benar dan aku simpulkan kejadian ini dengan satu rumusan. Karektor dan sikap memainkan peranan penting dalam menonjolkan imej/penampilan seseorang. Haha sekarang aku faham kenapa perempuan cantik boleh jatuh cinta dengan lelaki yang kurang hensem walaupun tak berpangkat besar.
Boleh?? :)
Oh lupa, kalau yang suka cerita romantik remaja yang jiwang-jiwang boleh tengok You're Beautiful, Heartstrings, Princess Hour, Coffee Prince dan drama terbaru boleh tengok dekat epdrama, dramacrazy or mysoju.
Menunggu bila drama kita akan menjadi hebat & lebih berjiwa dari sekarang....
Try la tengok my girl..kelakar,sedih,semua ade..confirm suke dgn lee da hae n lee dong wook..then cerita stairway to heaven..sedih gila!!terbaru cerita rooftop prince..mmg gelak tebahak2..
ReplyDeleteHi Ana...
ReplyDeleteA'ah my girl tu mmg best suke tgk LDH & LDW tp kesian kat LJK...yg last episod kreatif gak pengarah tu masukkan hero & heroin My Sassy Girl Chun Hyang sbg cameo...best2!
Yup stairway to heaven tu sedih giler over dramatik...trus kacau mood ari tu...down huhu...
Rooftop tu pun kelakar kan..cuma ending dia kesian kat crown prince tu...yg girl tu ok ler da Tae Yong...
Sekarang tgh follow Cheongdamdong Alice....menarik gak :)