May 15, 2009

Cerita Pilihan Takdir

Sedang bersedih atau mungkin sedang tertekan?

Saya agak tertekan tapi atas sebab yang positif, lebih kepada excited dan berdebar pasal hari ni kena setelkan deposit untuk program PERINTIS @Lambaian 2009 kepada Glory Beach Resort....
Haha hari ni confirm saya tak ada bakat jadi bendahari...

Emm dah tak lama lagi geng-geng @Lambaian yang best akan berkumpul semula dan harapnya kami (semua AJK Pelaksana Program/Penaja) dapat sediakan sesuatu yang dapat memuaskan hati semua yang hadir. Macam tak sangka dah masuk kali ke-3 program seumpama ini diadakan. Dua kali berjaya so harap kali ini akan lebih berjaya sebab kita akan adakan juga AGM Pertama untuk @Lambaian secara rasmi.
Pada kawan-kawan Lambaian yang tak dapat notis jangan lak rasa segan nak join SEMUA bekas Lambaian dijemput hadir.

Balik kepada cerita asal….

Korang mesti selalu dengar ayat ni....“disebalik setiap kedukaan pasti adanya kebahagiaan”. Kata-kata yang sangat klise sebab boleh jumpa "line" ni dalam banyak drama Melayu. Orang yang percaya bukan kerana tidak dapat menerima kenyataan tetapi kerana mereka optimis dengan hakikat kehidupan. Hidup ini diumpamakan seperti roda, adakala kita diatas diuliti kebahagiaan dan ada masa kita dibawah jatuh dihempas kekecewaan.

Tapi jika kita punyai keyakinan bahawa setiap yang hidup akan diuji maka kita harus bangkit dengan keikhlasan dan kesabaran. Saya juga percaya dengan yakin bahawa ciptaan Allah terlalu istimewa. Kadang-kala ada juga bila kita diduga hingga sampai ke suatu tahap yang tak terjangka dan secara tiba-tiba kita boleh rasa semuanya hilang begitu saja…pelik kan? Itulah kekuasaan yang Maha Esa dia boleh memberi dan mengambil tanpa kita sangka.

Jadi pada yang sedang berduka, menderita, kecewa dan mengalami kegagalan jangan berputus asa. Jalani hidup dengan tabah insyaAllah cahaya-Nya akan menghilangkan kegelapan itu. Jalan akan terang dan hati akan tenang.

Buat yang ada seseorang disisi memberi semangat…bersyukur dan hargailah adanya dan pada yang tiada sesiapa menemani…Allah sentiasa ada bersama, bersyukurlah jua....

- Semangatku juga kadang-kala perlu dirai…

Pilihan Takdir

Biar takdir mengakhirinya
Adanya keikhlasan
Atau hanya lakonan
Adanya kebaikan
Atau hanya permusuhan
Bukan aku bukan kamu

Usah lagi tanyakan semalamku
Kerana hari ini adalah milikmu
Kerana hari esok jua untukmu
Hadirmu memaknakan hariku
Adanya dirimu adanya cintaku

Telah aku temukan dirimu
Bukan untuk mengubati lukaku
Ku terima takdir untukku
Jalan duka yang perlu aku tempuh
Untuk tiba dihadapan pintumu

Dirimu kini segala rasaku
Dirimu kini warna cintaku
Kau, jalan hidup yang aku tuju
Tiada dua, itulah yang satu
Disampingmu, destinasi akhirku
Bersamamu, ku temukan bahagiaku

3 comments:

  1. "...oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.

    (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan..."

    Surah Asy-Syarh (94) ayat 5-6

    kak syila!!! all the best..! :D

    ReplyDelete
  2. mcm tgh sedih je...nape rumet leh tak sedar nih?hihi....

    ReplyDelete
  3. ayen: thank u doakan k

    cekgu dila: sbb x sedih tu yg rumet x perasan tu...
    emmm post tu tuk seseorang yg sedang bersedih...sekadar boleh berkongsi semangat je hehe

    ReplyDelete