Jul 24, 2009

Ikut Kata Hati

Hahaha....(mcm baru lepas wat jahat je intro gelak)
Hari ni seronok jalan-jalan (credit pada Tek) lunch yang best padan dengan jauhnya nun di Shah Alam....
On the way balik, Tek drop kat LRT Setiawangsa then baru teringat nak potong rambut lah! Apalagi singgah mendaki ke Salon Hasroy Rohaya. Tapi masa tengah mendaki tangga tu terfikir nak cakap macam mana nih...maklum le orang tak ikut peredaran fesyen tak tau nama-nama potongan tapi nasib baik ada beberapa keping gambar artis tertampal di dinding salon konsep di rumah tu. Ada fesyen rambut pendek Siti Nurhaliza, Hetty Sarlene, Misha Omar dan artis luar yang tidak dikenali.
Saya pilih gaya Hetty yang paling pendek, teringat kat aksesori rambut yang baru dibeli beberapa minggu lalu. Takpe korang masuk laci dulu 3 tahun lagi kita jumpa. Azam baru dalam tempoh 3 tahun ni memang rambut tak akan panjang melepasi bahu. Lagipun susah nak jaga panjang-panjang...akak tadi pun bagitahu suruh amal pakai tonik bagi rambut lebat balik. Bila dah panjang banyak yang gugur.
Akak tu kata rambut perempuan lagi cepat tumbuh berbanding lelaki, betul ke? Katanya lagi lelaki bila dah botak memang susah nak ada rambut balik. Hehe tak sempat nak fikir hal rambut dah sekarang kak. Lebih kurang 20 minit kepala dah terasa ringan dan bila bangun dari kerusi ternampak rambut-rambut yang dah jadi arwah. Tak ade perasaan...
Beredar dari salon selepas menyerahkan sekeping not merah, sambil turun tangga tersenyum sorang....emmm esok kena kerja, lusa pun, teringin nak tengok Harry Porter...
Oklah, jumpa Harry le pulak....daaaa

Jul 17, 2009

Hidup ini susah bila tak dapat Memahami

Susah nak jaga hati orang...susah lagi nak jaga hati sendiri.....

Bila nak jaga hati orang, kena korbankan hati sendiri sebab yang berlaku itu ada 'harganya'. Selalu terpaksa berpura-pura seperti tidak apa-apa kerana memahami apa yang dirasai.

Sangat susah bila kita menjadi seseorang yang memahami kerana bila kita tak lagi dapat memahami ia akan menjadi suatu kesalahan. Mengapa hanya kita yang kena faham? Mengapa kita sahaja yang bersalah?

Kita baik bila kita dapat memahami orang lain, tetapi adakah kita akan jadi jahat kerana memahami diri sendiri?

Sangat letih bila selalu perlu memahami orang lain.....
Paling sedih bila yang diharap hanya "tak apa..."
Mahalnya sebaris kata....
Seolah semua yang telah berlaku itu tiada harga...

Mahu berhenti memahami orang lain, tapi akal akan kata...kau pentingkan diri sendiri!
Dan hati akan jawab...kalau aku selalu pentingkan orang, siapa nak pentingkan aku?
Berbalas soal jawab dan akhirnya hati akan mengalah kerana orang yang kita sayang....

Jadi jangan sayang orang supaya dapat jaga hati sendiri?

Mood tak Baik

Jul 16, 2009

Lindungi orang-orang yang anda sayang

Semalam ketika saya melalui kawasan parking antara Convention Centre dan KLCC, ada sepasang suami-isteri bersama dua orang anak sedang berjalan bertentangan dengan saya. Anak lelaki (dalam lingkungan 4 tahun) sedang berkata sesuatu yang membuatkan kedua-dua emak dan ayahnya ketawa.

Mereka nampak sangat bahagia, si emak berjalan dengan anak lelaki di sisinya manakala si ayah pula mendukung anak perempuan (dalam setahun). Tetapi selepas menghampiri mereka saya agak terkejut melihat si ayah tiba-tiba meletakkan sebatang rokok dibibir dan memalingkan muka ke kanan untuk menghembuskan asap rokok tadi. Spontan saya mengeleng-gelengkan kepala (tabiat selepas dah tua ni).

Secara mudah memang patut dia berpaling ke kanan kerana anak perempuannya didukung disebelah kiri tetapi secara logik asap bukan air, walaupun dihembus ke kiri tapi faktor angin tetap ada. Setakat beberapa sentimeter je kepala si anak tu dengan muka si ayah takkan le asap tersebut tak terkena pada si anak. Kesian betul dapat ayah yang cetek akal macam tu, konon nak elak kena pada anak yang didukung, tapi dihembus ke arah isteri dan anak lelaki yang berjalan sebelah kanannya tak apa pulak!

Ish ish tak tahulah apa yang si ayah ni fikir, ingat yang hisap rokok je ke yang dapat efek, yang menghidunya selamat?. Anak yang masih bayi dah didedahkan dengan benda berbahaya, bila besar anak dapat penyakit itu ini mula le mengeluh. Cuba fikir angkara siapa?

Pada ayah-ayah yang merokok tolong ler merokok jauh-jauh dari anak-anak anda. Asap rokok tu BAHAYA (kalau tak tahu). Abah saya pun merokok jugak tapi dia mesti duduk jauh-jauh dan tak bagi kitorang datang dekat bila dia sedang berasap. Dah beberapa bulan abah berhenti merokok hope abah berjaya membuang terus tabiat yang tak menguntungkan langsung tu….

Malas nak komen panjang-panjang nanti ada yang terasa pulak...tak kisah ler apa "kebaikan" bila merokok tapi jangan menyusahkan orang-orang yang anda sayang kerana "kebaikan" yang sementara tu.....

Jul 10, 2009

Catatan Seorang Pelajar: Berkongsi Pengalaman Pn N

Kisah dia begini….(setelah dialih bahasa dan dipendekkan mengikut kefahaman sendiri)

Sewaktu belajar di oversea ada sekali Pn N telah tersalah melihat jadual final paper untuk satu subjek. Pn N ingatkan paper tu esok tapi tarikh sebenar ialah pada hari itu dan ketika dia sedar masa untuk menduduki paper tersebut telah pun tamat. Terpaksalah Pn N pergi berjumpa dengan Profnya, jika tidak dia perlu mengulang semula subjek tersebut.

Setelah Pn N menerangkan kepada Prof tersebut bagaimana perkara itu boleh terjadi, Prof Pn N bertanya kepadanya samaada dia ada membuat assignment yang diberi.

Ya” jawab Pn N

Haaaa tahu apa yang Prof tu cakap kat Pn N?

Jangan risau since you dah buat assignment, paper tadi I bagi you A. I trust you because you’re MUSLIM

Sewaktu mendengar ayat terakhir tu berderau darah saya. Begitu tinggi penghormatan yang diberi oleh seorang Prof kepada seorang penganut agama Islam. Tambahan pula Prof tersebut bukan seorang muslim.

Kenapa? Sebab kata Prof tersebut seorang MUSLIM tidak akan menipu, dia tahu ISLAM melarang umatnya bercakap bohong.

Kalaulah peristiwa itu berlaku sekarang, di sini adakah masih ada seseorang yang mempunyai keupayaan untuk bertindak seperti Prof itu tadi?

Jangan kata orang lain, tanya diri kita sendiri adakah kita mempunyai nilai TRUST yang sama terhadap saudara seagama kita sebegitu rupa? Bukan kerana kita KENAL peribadinya tapi HANYA kerana dia seorang MUSLIM. Mampukah kita?

Melihat senario sekarang alangkah ruginya kita bergaduh sesama sendiri, asyik mempertahankan parti masing-masing hingga membelakangkan “PARTI” yang lebih besar yang kesannya boleh menghilangkan nilai “TRUST” ini bukan sahaja dari non-muslim tapi dari saudara seagama sendiri.

Kita semua patut menoleh ke belakang, melihat sejenak segala yang telah kita lakukan samada ia telah memberikan kesan yang baik kepada agama suci KITA atau sebaliknya. Adakah kita mempraktikkan apa yang sebenar terkandung dalam Kitab Suci Al-Quran. Belum terlewat untuk membetulkan apa yang silap, masih ada masa untuk menguatkan “PARTI KITA” jika kita mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh pemimpin agung Rasulullah s.a.w . Baginda menganjurkan musyawarrah dan tidak pernah bercakap sesuatu yang menyakiti hati waima musuh baginda sendiri. Orang kata, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Bukankah begitu?

Pengajaran untuk diri sendiri:

Bukan senang untuk meletakkan TRUST pada tempat dan orang yang betul kerana mata kadang-kala boleh tertipu.

Jul 8, 2009

I’m the Lucky One - Shoutout untuk Tek…


Wak...u are the best!!!

Thanks coz menangis dulu untuk saya, memang blur…so many things to be done…very grateful that you’re here…being my crying shoulder…support me even we both knows it’s going to be hard.

Thanks coz always make me believe in myself…never stop me from “dreaming” even we both knows it’s hard to be true.

Thanks for whatever u’ve done for me…

Thank you…thank you… thank you…


macam banyak nak cakap sebab tu tulis dalam english so kena tulis pendek sebab tak pandai karang panjang-panjang….hahaha

Last sekali………….

Special tuk awak “I’m the Lucky One” (versi bestfren edit sendiri)

Ku persembahkan
Satu cintaku setulus hati
Hanyalah untukmu
Kan kulakukan semampu aku
untuk menyayangimu
Hingga kau merasa jadi sahabatku
Mesti berkawan kadang tak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan I’m the lucky one
Nikmati persahabatan lebih dari segalanya

Jiwaku ini yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
Menjauh darimu
Kerna kau yang bisa
Buat ku ketawa
Mesti berkawan kadang tak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan I’m the lucky one
Nikmati persahabatan lebih dari segalanya

Caramu membuat ku tak berdaya
Mata hati ku pun ikut terjaga
Kau buat hidupku jadi sempurna
Mesti berkawan kadang tak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan I’m the lucky one
Nikmati persahabatan…..
Nikmati persahabatan….
I’m the lucky one…..
Nikmati persahabatan….
lebih dari segalanya…..

Yup, very lucky ada seseorang macam awak jadi bestfriend, sepupu dan kakak saya…..
Semoga Allah berkati awak dan keluarga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, dunia dan akhirat.

Jul 7, 2009

Catatan Seorang Pelajar : Kelas Kedua

Agak lambat keluar dari ofis, jadi berlari lebih laju hari ini. Sampai ke platform 5 tren baru sampai…sekali lagi berlari-lari dan sempat masuk sebelum pintu ditutup. Nasib baik awal beberapa saat, kalau tak memang lama lagi kena menunggu. Terlelap sekejap dalam tren shutter hentian terhad tu yang hanya berhenti di beberapa stesen sahaja.

Hari ini naik bas dari komuter, tapi kena beli kad touch n go sebab diorang tengah try system bayaran pakai kad le pulak. Adoi macam-macam dugaan betul! sampai kat section 2 dah pukul 6.15 ptg. Ambil bas ke UiTM dan 6.40 ptg baru sampai ke fakulti tapi sebelum tu berdebar se”round” sebab bas tu pulak ikut laluan lain, masa saya datang dulu bas ni tak ikut laluan ni pun. Nasib baik saya cam kolej Perindu tu kalau tak ntah ke mana-mana le nanti.

Mula-mula tu saya ke kelas business law dan jumpa Aini di situ tapi lecturer tak datang lagi. Kitorang pelik sebab kawan yang lagi sorang tak ada kat situ. Agak lama baru kitorang cuba ke kelas management, dari balik tingkap kecil kat pintu tu ternampak Ina di dalam kelas. Emm salah kelas rupanya kitorang ni, dengan bacaan bismillah saya ketuk pintu dan masuk. Nasib baik lecturer tu memandang kami dengan senyuman.

Selepas menerangkan silibus dan pembahagian markah kami mula belajar chapter 1 sampai habis. Di akhir kelas Pn N telah mengejutkan kitorang bila dia meminta kami mengeluarkan kertas untuk pop kuiz pertama. Rasa nak gugur jantung…memang lrt betul hari pertama dah da kuiz…pop plak tu hahaha tapi kerana masalah teknikal kuiz tu dibatalkan. Syukur Alhamdulillah…..

Ada satu cerita menarik yang saya nak kongsi dari pengalaman Pn N semasa dia belajar kat oversea dulu. Meremang bila dengar cerita dia dan kemudian buat saya terfikir betapa ruginya kita sekarang…tunggu kat entry baru nanti hehe...sekarang tak leh fokus...

Jul 6, 2009

Catatan Seorang Pelajar : Kelas Pertama

Penat berlari dari KL ke Shah Alam sampai kat fakulti pun dah 6.40 ptg. Huh penat macam nak pengsan je…maklumlah lama tak exercise, stamina tahap mak nenek dah. Pastu nak cari kelas satu hal sebab kedudukan fakulti tu memang unik. Kelakar campur letih, bila dah jumpa kelas datang pulak sorang encik buat announcement kelas hari ini BATAL!

Ceh, rasa macam nak menjerit je kat situ, tahu tak macam mana susahnya nak sampai ke depan pintu ni? Sedih tetiba mungkin dipengaruhi faktor usia jadi emosional pulak. Nasib baik ada 5 orang kawan baru Aini, Ina, Mima, Rina dan Wan. Kitorang sempat berkenalan depan pintu bertukar-tukar no telefon dan email address, bukan selalu dapat jumpa jadi sangat penting untuk dapatkan contact no diorang.

Tengah kitorang syok wat ice-breaking (masih di depan pintu) datang seseorang gaya macam lecturer, kitorang tertanya-tanya kata kelas batal tapi ni sape? Setelah bersoal jawab dengan encik yang buat announcement tadi confirm le dia adalah guru bahasa Mandarin kitorang. Melihat dia masuk juga ke kelas kami ikut masuk sama, nampak mukanya kembali berseri. Mungkin dia agak kecewa kerana penat-penat datang tapi kelas dibatalkan pulak. Agak ramai juga yang masih ada dan kemudian ada yang baru tiba jadi Ms L teruskan dengan menerangkan pada kami silibus dan cara kelas akan berjalan. Walaupun sekejap tapi cukuplah untuk tidak mensia-siakan tambang dan tenaga yang terbuang.

Sebelum balik sempat solat maghrib dulu dan kemudian Aini tolong hantarkan ke bus stop. Lebih kurang pukul 940 malam sampai kat rumah. Kebetulan berselisih pulak dengan kawan saya yang datang mengambil barang-barangnya yang ditinggalkan di rumah saya Ahad lepas. Sebelum naik ke rumah mereka temankan saya tapau makanan dulu, dari dalam komuter teringat sangat kat kailan goreng ikan masin..fuhh bestnye (satu-satunya sayur yang saya boleh makan dengan banyak) ingatkan saya je yang mengidam rupa-rupanya kawan yang berdua tu pun sama naik. Habis 4 jenis kuih dibeli dan cari pulak air buah, tengah-tengah tunggu air siap ada hati lagi nak gi cari durian!!!! Mak aiii esok masih ada ler…mahu muntah hijau nanti…

Apalagi malam tu memang makan besar le kitorang sambil bergosip. Kekenyangan tahap ular sawa telan gajah memang tak boleh bergerak. Tersandar kat kepala katil sampailah perut dah rasa ringan sket. Lepas tu mandi dan zzzzz sebab esok kena kerja lagi. Penat!

Pengajaran hari ini:-

1) Beli makanan dulu sebelum datang kerja buat bekalan ke kelas
2) Jangan makan terlalu banyak bila letih
3) Jangan terlalu percaya dengan air vendor machine - air ada tapi tulis sold out pastu duit tak refund, rugi jek

Jul 2, 2009

Tukar waktu Kerja

Alhamdulillah…hepi sangat!!
Tadi sempat jumpa boss...mintak anjak waktu kerja…
dan permohonan dah diluluskan yey!! (siap senyum tu tandanya dia ikhlas la)

Tapi sempat juga boss tanya...”Ni skip lunch then you tak makan ke?

Dengan jujur saya jawab ”Alaa I makan le sambil buat kerja, makan roti je, sekarang kena jimat bos!”

Sambil tersenyum dia balas “Betul ke?”

“Betul bos.” Hehe macam le tak biasa pulak makan sambil keje…pagi-pagi saya selalu buat apa.

Sangat terharu dengan sikap fleksibelnya, mungkin itulah salah satu kelebihan boss Khoo. (yang selalu buat saya fikir panjang bila nak tukar kerja)

Thank you boss....very appreciated that, May God bless you!

Apa-apa pun syukur pada Allah kerana telah permudahkan ‘perjalanan’ ini…
Bertambah semangat nak kerja hari ini hehe...
So waktu kerja baru except for thursday…8.30am till 4.30pm then rush ke class laks…uhh

Emm kena ready tuk next step plak

Jul 1, 2009

Bila Abah Pencen - Apa Motif?

Benda pertama yang saya perasan bila balik ke kampung selepas abah pencen, ada 2 topi keledar di atas kabinet bersebelahan pintu utama. Emm saya melangkah ke dapur apa yang saya fikirkan tepat, ada sebuah motosikal di situ.

Lalu dengan gaya CNN saya bertanya pada Ibu, “Bakpo abah beli motor?”
Jawab Ibu, abah cakap naik motor jimat minyak.
Ooo so saya tanya lagi “Abah gi atar Ijat skoloh nga motor ko?”
Ibu cakap tak, sebab takut tak selamat untuk Ijat

Dekat-dekat Zohor ternampak abah bersiap-siap nak ke masjid.

Saya tanya Ibu lagi, “Abah gi masjid nga motor ko?”
Ibu jawab tak, sebab lately banyak motor yang kena curi area masjid tu.
“Pastu abah bawak motor gi mane?”
“Gi pusing-pusing area kampung le!!”
jawab Ibu sambil menahan senyum tapi tak sampai sesaat kami sama-sama tergelak besar. Tak faham motif…hehe