Nov 3, 2009

Simpang Pelangai - Rumah Baru Billa

Setelah dua minggu dibiarkan dalam draft...

Awal November lepas, saya ditemani Mila, Sabri dan Diana telah menghantar Billa ke ‘rumah barunya’. Perjalanan sejauh 115 km melalui Lebuhraya Karak itu memberi satu pengalaman yang agak mencabar juga.

Kami bertolak jam 3.15 petang selepas makan tengahari di gerai ayam kampung kegemaran sepupu saya. Kalau tak silap nama tempat tu Velodrom. Kedudukan gerai tersebut agak tersembunyi tapi cukup selesa di kelilingi pokok-pokok besar yang rimbun menjadikan suasananya redup dan nyaman sekali.

Diawal perjalanan hujan turun dengan agak lebat, sepupu saya dah biasa bawak Putih jadi taklah saya risau. Tiba di Karak kami berhenti di R&R untuk membeli minuman dan mengisi minyak. Kami perlu melalui pekan Karak atau pekan koboi bak kata Sabri sebelum tiba di simpang menuju ke Simpang Pelangai.

Lebuhraya Karak yang berbukit dan bersimpang-siur itu sudah cukup mencabar bagi saya tapi rupanya jalan ke Simpang Pelangai lagi mencabar. Betullah kata abah, jalannya macam ular kena palu…berbukit dan selekohnya tajam cuma nasib baik jalannya berturap elok.

Kiri kanan jalan cuma hutan dan sekali sekala dihiasi kebun sawit, kebun getah, kebun betik, kebun pisang tetapi suasananya memang damai dan nyaman. Sepanjang 43 km sebelum sampai ke ‘rumah baru’ Billa, saya mula terasa pening dan loya. Nasib baik tadi dah beli makanan dan air jadi sepanjang perjalanan itu saya tak berhenti mengunyah.

Macam nilah rupa jalan sejauh 43km...fuh

Mila awal-awal lagi dah ‘gone’…kesian dia teruk juga ‘pusing’. Selepas melalui Pekan Telemong, Pekan Chemomoi dan Pekan Manchis barulah kami tiba ke istana hinggap Billa lebih kurang jam 5.30 ptg.

Amik minyak ni sapu...cian Mila hehe mabuk jalan


Sempat ler kami berehat dan solat sebelum bertolak pulang. Sabri dengan baik hati telah membantu membaiki lampu bilik dan memasang mentol baru di luar rumah dan bilik mandi. Dia ketawa besar bila Billa bertanya sebab awek ada ke jadi murah hati sangat hehe….

Cikgu baru duk ber'sms'....


Tapi sepupu saya tu sejak dari dulu memang jenis yang baik hati, suka menolong orang dan tak berkira. Saya selalu juga tumpang dia bila hendak balik ke kampung. Mungkin sebab kami sebaya dan membesar bersama jadi dah rasa macam adik-beradik bukan lagi sepupu. Pertama kali ambil Putih dari Perodua pun saya minta tolong dia sebab takut lagi nak drive hehe...

Billa sebenarnya baru saja memulakan tugasnya sebagai cikgu di SM (A) di sini. Dia turun ke KL sebab nak mencari beberapa kelengkapan untuk ‘rumah baru’nya. Walaupun rumah tersebut kecil dan nampak kekurangan tetapi saya rasa untuk permulaan itu sudah cukup baik.

Agak susah untuk keluar ke bandar berdekatan kerana jadual laluan bas yang tidak kerap tapi kira beruntung juga sebab rumah dia terletak dibelakang sekolah, hanya perlukan 5 minit berjalan untuk sampai ke sekolah. Kedai makan dan kedai runcit pun dekat jadi insyaAllah rasanya jauh lebih selesa dari kawan-kawan Billa yang dihantar posting ke pedalaman Sabah/Sarawak.


Sekitar rumah baru Billa....aman damai jer

Depan rumah......

Suasana kampung.....

Special betul bentuk betik niee....

Cabaran dan dugaan itulah yang memaknakan lagi sebuah kehidupan. Kesusahan dan kesukaran yang dialami akan memberi kita peluang untuk lebih mengenali diri sendiri, menilai kelemahan serta kekuatan yang ada dalam diri. Terpulang pada diri kita bagaimana untuk menghadapinya.

Semoga Billa tabah dan dapat menjalani kehidupan barunya dengan gembira. Selamat bertugas cikgu!!!


Eleh dari belakang umah dah nampak sekolah....tak mencabar langsung


Good luck Biiiiiii…!!!!

3 comments:

  1. maaf, saya tau ni bukan tempat yang sesuai.. tapi adik saya sedang mencari rumah atau bilik untuk disewa di Simpang Pelangai. Adik saya akan mengajar di sek keb simpang pelangai.. minta tolong dipanjangkan pertolongan saya ini pada sahabat awak.. terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  2. Semasa aku studen kat C2 (1975), blog bertingkat tuh masih padang. Aku pernah kena balun oleh cg Kamrudin menggunakan pembaris kayu yang panjang tuh sebab terlampau syok main kejar-kejar dengan Mahmud tersekah satu dahan pokok bunga puding. Dimana agaknya cg Aminah & cg Ahmad Kasim, cg Kamarudin dan si Mahmud (Mahmus Mokhtar). Kawan baik aku Mat Zan Mat Suan. Salam kpd ybhg Ust Ismail, keluarga aruah ust Yusuf, keluarga aruah ust Talib. Semoga Allah swt jua yang membalas jasa-jasa aruah mendidik aku kenal Allah dan Rasul Nya saw, sebagai hamba Allah. Lahumul Faatehah...(Allahum Maghfirlahum warhamhum wa'aafihim wa'fu'anhum).

    ReplyDelete
  3. Sy pun bersekolah di sini dulu :-). Mat Zan Mat Suan tu rumah maknya di depan rmh mak sy di Chemomoi :-).

    ReplyDelete