Yup. Ia adalah tajuk sebuah drama Korea dan semesti bercerita tentang cinta ops cinta pada ibubapa, sahabat dan kekasih. Drama ni cool sebab saya rasa ia bercerita dengan jujur dan bukan termasuk dalam "happily ever after"!! hehehe...
Moodnya masih terasa walaupun sirinya dah tamat Jumaat lepas. Jalan ceritanya sangat menarik dan penuh kejutan. Selalunya tekaan saya betul tetapi 49 Days benar mencabar imaginasi dan telahan saya tersasar.
Pujian untuk penulis skrip, pengarah dan pelakon-pelakon 49 Days. Macam-macam perasaan ada bila menonton drama ni. Setiap emosi ditonjolkan dengan berkesan dan setiap watak dikembangkan dengan seimbang seolah-olah dalam cerita tu tak ada yang baik atau yang jahat.
Paling saya suka ia tak lari dari realiti. Setiap perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya- itu semestinya tapi cara ia menonjolkan "pembalasan" itu tidaklah terlalu "menghukum". Hidup ini hanya satu persinggahan walau sekuat mana kita berusaha sampai masa kita akan mati - sedih heroin dia mati jugak walaupun sedar dari koma. Semakin dalam kita menyayangi seseorang semakin sukar untuk kita memaafkan tapi tidak mampu untuk membenci - bila sahabat baik boleh menikam dari belakang dan kemudian sedar kesilapan yang dilakukan. Cinta boleh mengelabui pertimbangan dan cinta juga boleh menjadi semangat untuk meneruskan hidup - bila mudah percaya dengan apa yang dilihat dan menyembunyikan perkara sebenar.
Kisah tentang kasih-sayang keluarga, konflik persahabatan dan percintaan tetapi asasnya ia kembali kepada keikhlasan. Mungkin budayanya berbeza dengan kita tetapi dari segi perasaan tiada bezanya kerana ia adalah fitrah manusia. Betul tak?
Saya kagum dengan olahan ceritanya, manusia yang baik boleh berubah wajah bila ia hidup dengan dendam dan mengikut emosi. Mata manusia yang baik juga tidak dapat melihat kebaikan orang lain jika ia tidak memandangnya dengan mata hati. Mulut manusia selalu suka mengucapkan sesuatu yang berbeza dari apa yang dirasakan kerana cinta, maruah atau ego semata. Cinta boleh membuat manusia derita atau bahagia tetapi baik atau buruk pilihannya ditangan manusia itu sendiri. Penutup yang baik akan membantu manusia meneruskan kehidupan tanpa kesalan. Manusia boleh berubah menjadi baik bila dia sedar dan menyesali kesilapannya.
Apa yang saya rasa selepas menonton drama ini? - Menghargai setiap orang yang menyayangi saya seperti hari ini adalah hari terakhir hidup. Meninggalkan memori yang indah agar tetap kekal hidup di dalam hati mereka. Semoga doa mereka sentiasa sampai untuk menerangi liang lahad saya nanti.
Setiap hari kita bercerita tentang cinta, tetapi jika kita duduk sebentar dan renungi semula....
Adakah kita benar-benar memahami apa itu cinta?
Apakah cinta kita itu adalah cinta yang sebenarnya?
Adakah cinta kita punya syarat dan alasan untuk ia kekal dan hilang?
Emosi dan perasaan selalunya mempengaruhi cinta kita. Jika cinta boleh dipengaruhi oleh emosi dan perasaan maka cinta boleh berubah? Jika boleh berubah adakah cinta itu benar?
Kita hidup dengan pilihan. Ia mengingatkan tentang sebuah buku bertajuk "Kisah Cinta dalam Al-Quran" karangan TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Mengaitkan secara mudah apa yang dilihat dan dibaca. InsyaAllah nanti saya kongsikan sedikit ulasan dari pembacaan yang sudah sebulan tapi tak habis-habis lagi. :)
Memang benar tiada siapa yang tahu kesudahan yang mana paling baik dalam hidup seseorang manusia itu selain Allah swt. Manusia itu sendiri tiada upaya untuk menentukan jalan hidupnya melainkan apa yang telah diusahakan dan yang diizinkan Allah swt untuknya. Maka manusia selalu mengikut contoh terbaik yang pernah mereka temui dan menjadikannya ikutan. Sehingga ikutan itu tanpa sedar menjadi pegangan dan terlupa bahawa apa yang terjadi semuanya datang dari Allah.
Setiap orang ingin hidup bahagia, cuma mungkin jalannya berbeza. Kebahagiaan dan penderitaan adalah ujian dan juga nikmat dalam hidup kita. Berdoalah semoga bahagia dan derita itu tidak menjauhkan kita dari jalan menuju keredhaan Allah.
Oh ya selalunya kalau tengok cerita yang sad ending pasti mood hari tu akan terganggu. Tapi kali ini berlainan emmm ia rasa hebat dan cool !
suka jugak :)
ReplyDeletesiap download lagi..hehehe
Yaya,
ReplyDeleteMesti byk kali ulang tgk kan... :)