Yup, dah terlalu lama berangan, tiba masa untuk bermula.
Langkah pertama adalah merancang strategi pengurusan dan menyediakan produk.
Sekarang dalam proses menyiapkan perancangan perniagaan dan kewangan. Dengan modal kecil yang ada ni, kena bijak merancang dan mengurus kewangan. Berniaga ni memang untung tapi risiko juga tinggi tanpa perancangan yang teliti. Betul tak?
Pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan pun tak ada, so kena banyak membaca dan cari info yang boleh digunapakai. Oh ya lupa pulak, saya berangan nak buat servis menyewa dan menggubah hiasan untuk dulang hantaran majlis pertunangan dan perkahwinan. Bukan pandai sangat pun tapi minat tu ada. Jadi keinginan untuk belajar dan berimaginasi tu tinggi le sket.
Sekarang ni tengah siapkan beberapa sample untuk hiasan dulang atau kalau kat Kelantan selalu orang panggil par.
Zaman dolu-dolu orang pakai dulang tembaga yang ada kaki bulat macam gambar kat atas tu je. Tapi sekarang dah keluar macam-macam "fesyen" dulang/par dah. Dari yang tinggi, rendah dengan bentuk yang pelbagai contohnya bentuk segiempat, bulat, sampan, sangkar burung dan macam-macamlah. Bukan setakat tembaga, jenis besi, rotan dan kayu ukir pun dah dijual. 2 minggu lepas saya ke Ayer Hitam ditemani sepupu, naik pening kepala nak pilih dulang macam mana yang nak dibeli.
Masalah pertama, nak decide pilihan yang mana sesuai dengan budget dan perancangan yang ada. Alhamdulillah akhirnya berjaya le buat pilihan sebelum hujan turun dengan lebatnya. Gambarnya nanti dulu..hehe
Hujung minggu ni, bercadang nak mencari bahan-bahan untuk sample hiasan dan siapkan 2 sample lengkap. Minggu depan harap boleh setelkan daftar perniagaan dan siapkan senarai harga utk setiap sample.
InsyaAllah jika tiada halangan 2 minggu lagi bolehlah mula mempromosikan bisnes kecil saya ni.
Oh ya, selain untuk menambah pendapatan dan memperoleh keuntungan saya juga berharap dapat membantu bakal pengantin mendapatkan hiasan dulang yang cantik tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Ya lah setiap orang mesti berharap yang terbaik dan semua "ter" untuk perkahwinan mereka. Sekali seumur hidup harapnya jadi semua nak sempurna. Itu sampai ada yang sanggup ikat perut nak simpan duit untuk menyediakan semua persiapan perkahwinan. Kalau yang berani sikit sampai buat pinjaman bank.
Jadi saya terfikir untuk sediakan perkhidmatan menyewakan dulang bersama hiasan bagi membantu bakal pengantin mengurangkan kos perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran. Yealah bila dah habis majlisnya hiasan-hiasan tu dah tak guna kalau nak buat warisan pun nanti simpan dalam almari je kan.
Kecantikan itu terlalu subjektif, benda murah pun kalau bijak menyuai padan dan menghias pun akan nampak cantik. Keyakinan inilah yang memberi semangat kepada saya untuk mencuba konsep "sustainability"...hehe
Setakat ini dulu...dah ada hasil baru kita sambung lagi. Cakap tak ada hasil tak ada faedah...buat malu je kan :)
Saya nak beli dulang nie dalam 5 buah....di mana saya boleh dapat
ReplyDeleteSaya nak beli dulang nie dalam 5 buah....di mana saya boleh dapat
ReplyDeleteD boleh belibdulsng ni
ReplyDelete