Nov 3, 2009

Simpang Pelangai - Rumah Baru Billa

Setelah dua minggu dibiarkan dalam draft...

Awal November lepas, saya ditemani Mila, Sabri dan Diana telah menghantar Billa ke ‘rumah barunya’. Perjalanan sejauh 115 km melalui Lebuhraya Karak itu memberi satu pengalaman yang agak mencabar juga.

Kami bertolak jam 3.15 petang selepas makan tengahari di gerai ayam kampung kegemaran sepupu saya. Kalau tak silap nama tempat tu Velodrom. Kedudukan gerai tersebut agak tersembunyi tapi cukup selesa di kelilingi pokok-pokok besar yang rimbun menjadikan suasananya redup dan nyaman sekali.

Diawal perjalanan hujan turun dengan agak lebat, sepupu saya dah biasa bawak Putih jadi taklah saya risau. Tiba di Karak kami berhenti di R&R untuk membeli minuman dan mengisi minyak. Kami perlu melalui pekan Karak atau pekan koboi bak kata Sabri sebelum tiba di simpang menuju ke Simpang Pelangai.

Lebuhraya Karak yang berbukit dan bersimpang-siur itu sudah cukup mencabar bagi saya tapi rupanya jalan ke Simpang Pelangai lagi mencabar. Betullah kata abah, jalannya macam ular kena palu…berbukit dan selekohnya tajam cuma nasib baik jalannya berturap elok.

Kiri kanan jalan cuma hutan dan sekali sekala dihiasi kebun sawit, kebun getah, kebun betik, kebun pisang tetapi suasananya memang damai dan nyaman. Sepanjang 43 km sebelum sampai ke ‘rumah baru’ Billa, saya mula terasa pening dan loya. Nasib baik tadi dah beli makanan dan air jadi sepanjang perjalanan itu saya tak berhenti mengunyah.

Macam nilah rupa jalan sejauh 43km...fuh

Mila awal-awal lagi dah ‘gone’…kesian dia teruk juga ‘pusing’. Selepas melalui Pekan Telemong, Pekan Chemomoi dan Pekan Manchis barulah kami tiba ke istana hinggap Billa lebih kurang jam 5.30 ptg.

Amik minyak ni sapu...cian Mila hehe mabuk jalan


Sempat ler kami berehat dan solat sebelum bertolak pulang. Sabri dengan baik hati telah membantu membaiki lampu bilik dan memasang mentol baru di luar rumah dan bilik mandi. Dia ketawa besar bila Billa bertanya sebab awek ada ke jadi murah hati sangat hehe….

Cikgu baru duk ber'sms'....


Tapi sepupu saya tu sejak dari dulu memang jenis yang baik hati, suka menolong orang dan tak berkira. Saya selalu juga tumpang dia bila hendak balik ke kampung. Mungkin sebab kami sebaya dan membesar bersama jadi dah rasa macam adik-beradik bukan lagi sepupu. Pertama kali ambil Putih dari Perodua pun saya minta tolong dia sebab takut lagi nak drive hehe...

Billa sebenarnya baru saja memulakan tugasnya sebagai cikgu di SM (A) di sini. Dia turun ke KL sebab nak mencari beberapa kelengkapan untuk ‘rumah baru’nya. Walaupun rumah tersebut kecil dan nampak kekurangan tetapi saya rasa untuk permulaan itu sudah cukup baik.

Agak susah untuk keluar ke bandar berdekatan kerana jadual laluan bas yang tidak kerap tapi kira beruntung juga sebab rumah dia terletak dibelakang sekolah, hanya perlukan 5 minit berjalan untuk sampai ke sekolah. Kedai makan dan kedai runcit pun dekat jadi insyaAllah rasanya jauh lebih selesa dari kawan-kawan Billa yang dihantar posting ke pedalaman Sabah/Sarawak.


Sekitar rumah baru Billa....aman damai jer

Depan rumah......

Suasana kampung.....

Special betul bentuk betik niee....

Cabaran dan dugaan itulah yang memaknakan lagi sebuah kehidupan. Kesusahan dan kesukaran yang dialami akan memberi kita peluang untuk lebih mengenali diri sendiri, menilai kelemahan serta kekuatan yang ada dalam diri. Terpulang pada diri kita bagaimana untuk menghadapinya.

Semoga Billa tabah dan dapat menjalani kehidupan barunya dengan gembira. Selamat bertugas cikgu!!!


Eleh dari belakang umah dah nampak sekolah....tak mencabar langsung


Good luck Biiiiiii…!!!!

Oct 30, 2009

Tak Bisa Memilih

Antara dua...

Main point : UTM atau UiTM?

Alasan lain : bestfren, Mila, Bila dan .....

Ya Allah permudahkan urusanku...
Ringankan bebanku....
aku serahkan segalanya pada-Mu
kerana aku yakin hanya pilihan-Mu yang terbaik untukku...
Berkatilah perjalananku....

Oct 29, 2009

Bau dan Peristiwa

Pernah tak bila tercium sesuatu bau, terus buat anda teringatkan sesuatu? Tak kiralah peristiwa ke...menda ke....orang ke….apa ke....

Sebab dua hari lepas, masa tengah shopping kat kedai runcit saya terpandang Syampu Herbal Essences nampak menarik lalu saya ambil dan cuba hidu baunya. Macam magik sebaik saja bau itu menusuk hidung, terus saya teringatkan hari pertama saya di KMK, menangis ketika mandi di asrama Tun Teja.

Menangis bukan sebab terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga buat pertama kali tapi sebab terharu dengan apa yang abah dah buat untuk saya. Itulah syampu yang saya pakai masa menangis tu, selepas 11 tahun rupanya bau itu masih segar dalam ingatan walaupun saya sendiri telah lupa saya pernah gunakannya.

Oh ya, bau Parkson pun ada kenangan juga. Saat indah terserempak dengan Anuar Zain yang boleh buat saya senyum sorang-sorang macam orang gila kalau orang nampak!!!

Sebenarnya dah banyak kali peristiwa macam tu jadi tapi saya buat tak kisah je sebelum ni. Tapi hari tu saya terfikir agaknya berapa banyak bau yang telah melekat bersama peristiwa yang pernah berlaku pada saya? Nampaknya lain kali saya kena tulis dalam note book kecil saya bila menda macam tu jadi lagi.

Dan selepas itu saya boleh kira berapa banyak bau yang telah meng’kod’kan peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup saya.

Mana tahu jugak kalau suatu hari ditakdirkan saya hilang ingatan, bolehlah famili dan kawan-kawan saya guna bau-bau itu untuk mengembalikan semula ingatan saya. Ceh…macam cerita Hindustan pulak!!!

Emm lagi satu, bau dalam Putih pun mengingatkan saya pada sesuatu. Tapi dengan berat hati bau itu telah saya gantikan. Sebab sesuatu itu kadang-kadang boleh kekal sebagai sesuatu kalau kita biar dia sebagai sesuatu sahaja.

Pening??

Maksudnya kalau kita tak nak sesuatu itu berubah jadi jangan ubah atau buat sesuatu yang boleh mengubahnya.

Betul tak?

Nasib baik saya cepat sedar kalau tak mungkin semuanya tak akan sama lagi….fuhhh selamat!!!

Oct 26, 2009

Dah lama tak rasa macam ni!

Berdebar…takut…cuak…risau…
Semua ada….

Bukan setakat ketika sedar…
Dalam mimpi pun boleh ingat…
Time bercinta pun takde seteruk ni angaunya…

Hampir 3 tahun tak rasa macam ni….
Dalam bimbang tu terselit juga rasa seronok…
Bila teringat kenangan lama…
Zaman muda study ngan kawan-kawan…
Boring study kat bilik, lepak kat PSZ tapi tak lama…
Sebab setengah jam je leh fokus pada buku…
Pastu ralit tengok orang haha….memang bukan type minah library !!

Dah lama tinggal buku…
Malasnya Tuhan saja yang tahu…
Tapi semangat masih ada…
Cuma perlukan sedikit dorongan tiap kali…

Yang paling best tengah-tengah study…
Tiba-tiba perasaan tu datang….Dejavu!
Aku rasa pernah jadi macam ni dulu…

rasa muda sekejap…haha

Final Exam…..
buat hidup ku tunggang terbalik sekali lagi ;p

doakan saya yup!!!

Oct 24, 2009

Penutup Raya

Minggu terakhir raya saya menyertai geng @Lambaian ke majlis akikah anak kepada Fariz a.k.a Abong dan isteri. Mula-mula saya ingat nak cuba cari jalan sendiri tapi kemudian bertukar fikiran bila mengenangkan saya tak pernah sampai ke Kajang lagi. Pada mulanya Roza pun nak ikut sama tapi last minute tak jadi pulak.

Dan seperti selalunya tempat berkumpul adalah di Bangi. Saya sampai lewat sedikit dari masa yang dijanjikan itupun sebab tersalah budget time. Tersekat kat tol Sg Besi, itulah terlupa nak top up touch ‘n’ go. Padan muka!

Kitorang konvoi tiga buah kereta…seronok tapi berdebar gak…mula-mula follow keta Fakhrul pastu Azam lak lead then lepas dua kali pusing barulah jumpa rumah Abong. Tengok kat map macam complicated je jalannya tapi rupanya senang…yealah bila dah tahukan…

First time jumpa Kak Min yang sedang mengandungkan anak kedua, nampak makin berseri lak. Pasti baby yang bakal lahir nanti secomel kakaknya Nanur…katanya baby boy, wah lengkap sepasang le nanti yup!

Kak Easy, Adam, Aqil dan Ammar pun ada, jauh datang dari JB. Sangat suka melayan Ammar yang banyak cakap sekarang. Comel gile bila tengok dia bercakap dengan mulut kecil dia terkumat-kamit. Aqil pula agak senyap hari tu bila nak balik barulah tersenyum lebar. Tak sabar nak jumpa geng agaknya.


Hidangan hari tu memang best tapi tak dapat makan banyak sebab takut perut buat hal lagi. Bukan diet tapi sebelum subuh dah terkejar ke toilet, sampai ke tempat kenduri pun masih lagi rasa tak selesa.

Ada beberapa wajah yang macam kenal kat kenduri tu tapi tak berani nak tegur lagipun mood tak berapa baik hehe...baik jangan cara pasal memalukan diri sendiri pulak.

Usai makan kami masuk tengok baby Adam, sangat comel bila dia asyik sekali dengan mainan yang bergantungan kat kerusi sampai tak kisah pun dengan orang yang duduk mengelilinginya. Fokus betul!!

Annur sekeluarga sampai bila Adam, Kak Easy dan anak-anak dah nak bertolak ke Cheras tapi kami sempat bergambar beramai-ramai bersama Abong, isteri dan yang dirai baby Adam. Kesian kat baby bergambar kat tengah-tengah panas terik. Teruk betul uncle2 dan auntie2 ni kan, maklumlah kitorang hati muda haha…

Balik dari kenduri saya ke rumah Annur, niat untuk kenal rumah. Sebelum bertolak Annur sempat berbisik minta saya tolong “editkan” pencicah cucur udang. Tergelak juga sebab saya pun tak pernah buat pencicah sendiri macam mana nak “editkan” orang punya.

Kat rumah, ibu yang selalu buat dan kalau kat rumah sewa saya selalu makan cucur dengan sos cili Life je…hehe makan sorang tak payah nak beria sangatkan.

Tapi untuk tidak menghampakan permintaan adik sorang ni, saya cuba ingat cara ibu buat pencicah dia dulu. Selalu masa ibu ajar saya memasak sesuatu, ibu akan bagitahu kenapa kena tambah menda ni, kenapa yang tu kena banyak, yang ni kena sikit, so saya cuba gunakan logik untuk selesaikan masalah pencicah cucur udang Annur. Biar betul ni!!

Dengan dada berdebar-debar saya tambahkan gula untuk hilangkan rasa masam dan sos cili untuk neutralkan rasa manis, Betul ke?

Hasil akhir tak tahu jadi apa, rasa masam tadi dah kurang. Nak kata sedap tu tak gak, macam ada sesuatu yang tak cukup tapi dengan pengalaman memasak yang cetek ni memang tak tahu nak wat apa dah. Tawakal sajalah. Sorry Annur tak banyak boleh tolong.

Tapi salute juga dengan Annur walaupun mee kari tu pertama kali dimasak tapi rasanya dah sedap. Memang menjadi dan cucur udang juga. Air tangan seorang isteri dan ibu mesti ada specialnyakan.

Hampir jam 4.30 ptg barulah saya bertolak pulang, dah keluar tol Batu 9 Usop telefon tanya nak beraya ke rumah Annur. Alahai kesian dia…akak dah on the way balik!!! Rasa bersalah la pulak…

Oct 23, 2009

Beraya & Assignment Mandarin

10/10/09 - Sabtu

Seawal 10 pagi saya dah ada di Puchong. Dalam mood raya ni kena kerja memang tertekan jadinya. Sepatutnya appointment saya sampai ke petang tapi mengenangkan janji pada Airin, saya arrangekan date lain untuk klien yang dah buat appointment sebelah petang tu.

Rasa tak sedap hati juga nak hampakan jemputan Abg Robin dan Airin yang selalu bagi support pada setiap program yang dianjurkan oleh @Lambaian.

Dalam duk beringat mengejar masa terbabas juga, biasalah macam-macam orang yang kita boleh jumpa jadi hampir pukul 2.30 ptg baru sampai depan rumah Sport. Dah le kawan tu ada majlis pulak pukul 4.30 ptg nanti. Ala-ala pecut juga untuk sampai ke Seremban.

Lebih kurang jam 4.15 ptg baru kami sampai ke tempat yang yang dituju dengan memfollow kereta kawan abang Robin. Ramai juga jemputan yang datang siap ada khemah cantik depan rumah. Paling menarik mee kari yang ada udang besar tapi rendangnya lebih membuka selera. Puding pun sodapp….

Tak lama kami disana, terima kasih banyak-banyak pada tuan rumah berdua…insyaAllah lain kali kitorang bawa geng @Lambaian yang lain sekali. Kebanyakkan dah ada plan sebab tu tak dapat ikut serta. Maklumlah raya belum habis, ingat nak snap dua tiga gambar tapi tetiba rasa segan lak hehe…


Keesokannya....

Pagi-pagi dah ada kat tasik Seksyen 7 Shah Alam untuk siapkan Assignment kelas Mandarin. Tetiba jadi pelakon pulak hari nih…tapi disebabkan masalah teknikal jadual shooting yang sepatutnya bermula jam 9 pagi terpaksa dianjak ke jam 1 ptg.


Saya dan Aini putuskan untuk habiskan masa menunggu tersebut dengan menghafal skrip dan mengulangkaji untuk writing test hari esok. Dah lama tak pergi tasik…emm teringat zaman kat UTM dulu kitorang selalu celebrate birthday geng Lambaian kat Tasik UTM. Seronok sangat masa tu…air garam!!!!

Aini, penulis skrip group kitorang....thanks wak

Cuma hari ni kitorang makan KFC a.m Riser tuk breakfast dan lunch sekali. Best juga sekali sekala study tempat terbuka macam ni.

Jam 1.30 ptg, Ina sampai dan kitorang mulakan shooting-ambil-sendiri-gilir-gilir pakai camera compact je. Tanpa tengok pun rasa sangat kelakar sampai sendiri segan nak tengok hasil akhirnya.

Jam 3.40 ptg kami singgah solat di masjid berdekatan dan ambil scene last kat sana konon-konon kat kawasan ofis, asal boleh tul!

Agenda selepas itu menuju ke Putrajaya, rumah kawan baik saya sejak dari sekolah menengah. Niat untuk “berjumpa” dengan baby boy barunya, Haris dan beraya juga.

Setelah beberapa kali berbalas panggilan dengan Elon, kami putuskan untuk berjumpa di Alamanda memandangkan saya tak pernah sampai ke sana. Kesiankan?

Tapi dugaan betul untuk sampai ke sana (terutama untuk orang yang buta jalan macam saya) sebab tak ada satu pun signboard yang boleh membantu menunjuk arah. Alamanda tu kat Precint berapa pun saya tak tahu. Dengan bantuan Elon dan suami barulah saya berjaya sampai dan kelakarnya dah nampak bangunan tu baru ada signboard bertulis Alamanda…tolong lerr!!!

Selepas mendapatkan hadiah dan makan barulah kami ke rumah Wanie. Memang seronok berborak dan bergossip, lama tak jumpa sampai lupa nak ambil gambar si kecil. Ketika jam menunjukkan 10.30 mlm barulah kami beredar. Thanks Ning…biskut sampan tu sedap arr!!!

Dalam perjalanan pulang, teringat kenangan zaman sekolah dulu. Sedar tak sedar dah hampir 12 tahun kita tinggalkan zaman tu dan alhamdulillah sampai ke hari ini persahabatan kita masih utuh.

Terima kasih sahabat :)

Oct 18, 2009

Jangan, Jangan dan Jangan

Nak cakap direct tak berani….
Nak cakap depan-depan tak sempat…
Nak tegur nanti tak pasal-pasal kena belasah…


Jadi tulis aje ler kat blog ni, kalau ada yang baca dan pernah buat macam kat bawah ni tolong le berhenti ok!
Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku di depan mata, ada sesetengahnya dah banyak kali nampak dan sangat kesal kerana masih ada yang kurang peka pasal keselamatan diri dan orang sekeliling terutama keluarga sendiri.

Parking Lot Pasaraya C…
Dua orang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kenderaan mewah dengan enjin dihidupkan.
Yang abang dalam lingkungan 5 tahun sedang tidur manakala yang adik lebih kurang 3 tahun sedang duduk di seat depan sebelah pemandu, bermain-main seorang diri dan tersenyum bila saya melambai kearahnya.
Bayangkan budak sekecil itu yang boleh respon dengan mudah pada orang yang tak dikenali bukankah berbahaya?
Kita abaikan kemungkinan dia boleh gerakkan gear or turunkan handbreak.
Bayangkan kalau ada yang berniat jahat dan menculik kanak-kanak tersebut macam mana?

Jalan Raja Abdullah…
Lampu isyarat hijau tetapi jalan jammed, kereta tak bergerak tiba-tiba sebuah motosikal A dari arah bertentangan meluru melintasi barisan kereta yang panjang dan hampir-hampir bertembung dengan motosikal B.
Nasib baik motosikal B sempat brek.
Memang bodoh betul penunggang motosikal A tu dah le melanggar peraturan jalan raya, kalau tak sayang nyawa sendiri tak kisah tapi janganlah membahayakan nyawa isteri/girlfren yang membonceng dibelakang.
Tolong le jangan tunjuk hero dengan benda-benda macam tu, konon terer boleh menyelit dan ambil kesempatan, tak hebat langsung!!!!

Stesen LRT…
Dua orang gadis berpakaian sekolah sedang berborak-borak menunggu tren tiba. Gadis A memberitahu dia sangat sayang dengan boyfrennya sampai rasa sangat marah kalau ada orang mengata yang buruk pasal boyfren dia.
Gadis B tekun mendengar dan mengangguk-gangguk mungkin bersetuju dengan hujah Gadis A.
Dengan penuh perasaan Gadis A berkata dia sanggup melakukan apa saja demi boyfren dia.
Fuh sekolah tak habis jiwang lebih..sanggup buat apa saja????
Inilah masalahnya dengan gadis yang dilamun cinta.
Rasa macam nak luku je kepala Gadis B bila dia sekali lagi terangguk-angguk bersetuju.
Hooi kalau sayang kat kawan tu nasihatkan kalau cinta sayang macam mana pun jangan lebih-lebih sampai sanggup buat apa saja. Kalau untuk mak bapak yang menjaga dari sebesar tapak tangan tak pulak sanggup buat apa saja…nampak sangat pendek akal.


Kalau betul sayang bukan setakat cakap saja, tindakan pun kena seiring jangan sampai menyesal kemudian hari. Sebab yang “pergi” tak akan kembali dan yang “hilang” ada yang tidak akan berganti.


Hargai apa yang kita ada, fikir dulu sebelum buat sesuatu yang mungkin akan dikesali seumur hidup.