Malam tadi Syila agak teruja juga nak tengok siri baru yang gantikan cerita Puaka Niang Rapik. Tajuk dia Keliwon...pelik tapi sekali dengar pun rasa sesuai dengan tema cerita macam ni.
Permulaan cerita memang rasa seram terutama bila hantu (cucu) tu keluar dengan rupa yang dimekapkan. Cara dia tersenyum tu memang meremangkan bulu roma. Cuma bila sampai adegan Tok iman dan bomoh tu bersemuka memang kelakar betul, macam tengok cerita ultraman pulak.
Rasanya kita dah terikut gaya cerita hantu Indon. Syila pernah juga dengar cerita dari orang-orang tua pasal proses perubatan gaya bomoh ni. Tapi tak pernah pulak dengar ada adegan-adegan macam tu. Jadi dalam otak Syila terus rasa cerita ni tak real, rasa kelakar dan menghilangkan rasa seram selepas tu.
Pada Syila adegan keluar laser ke apa ke tak perlu sebab realitinya pun kita memang tak nampak. Benda yang tak nampak mesti buat orang lagi berdebar-debar dan tertanya-tanya. Itu pandangan Syila saja, tapi Syila tengok juga cerita tu sampai habis. Keseluruhannya memang lain sikit dari cerita hantu yang sewaktu dengannya cuma kalau pencahayaan yang lebih baik masa fokus pada hantu tu mungkin keseramannya akan lebih terasa kot.
No comments:
Post a Comment