Feb 5, 2009

Siapa Syila

Syila memang suka menulis, pernah juga bercita-cita menulis novel sendiri sejak jatuh cinta pandang pertama dengan novel-novel karya Ahadiat Akasyah. Malangnya Syila mengidap sejenis penyakit yang agak merbahaya. Penyakit yang boleh membawa maut juga kalau tidak dikawal dan dibiarkan tanpa rawatan. Sebab itulah agaknya percubaan dia untuk menghasilkan novel sendiri tidak pernah berjaya. Kesiankan?

Tapi anda tidak perlu bersimpati dengannya kerana simpati anda itu mungkin akan membuatkan daya tahannya menjadi semakin lemah. Walaupun telah hampir 23 tahun, Syila tidak pernah berputus asa untuk melawan penyakitnya. Dia yakin suatu hari nanti penyakitnya akan sembuh ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih.

Dia dikira bertuah kerana ada seorang doktor yang tidak pernah jemu menjaga, merawat, menasihati dan memberi semangat kepadanya untuk terus berjuang. Tapi yang paling banyak membantunya ialah sejenis ubat yang diambil sejak dia kecil lagi. Ubat tersebut umpama antibiotik yang menghalang penyakit tersebut dari terus melarat. Walaupun kadang-kadang Syila takut dengan ubat tersebut tapi dia tidak boleh lari.

Kenapa? Sebab sebenarnya Syila mengidap penyakit malas, doktor penyayang dan penyabar yang merawatnya bernama Ibu dan ubat yang paling ditakutinya itu dipanggil Abah yang garang!!! Hahaha….

Pahit akan manis akhirnya: Cerita ini adalah sebahagian dari memori zaman kanak-kanak Syila.

2 comments: