Feb 5, 2009

Kisah Ibu dan anak-anak yang Kreatif

Semalam Syila sempat bersms dengan kawan baik Syila. Memang selalu pun kami bersms bertukar-tukar cerita dan berkongsi masalah. Walaupun dia tak bekerja, melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar dan menguruskan rumahtangga sepenuh masa pun sangat memenatkan juga.

Mendengarkan kerenah dua orang heronya yang sangat comel dan cerdik tu membuatkan Syila rasa agak seram. Tapi dari sudut positif, sekurang-kurangnya Syila boleh belajar dan bersedia dari pengalaman dia.

Teringat pada Ibu Syila, kalau dua orang pun dah tak menang tangan macam mana Ibu boleh membesarkan kami enam beradik. Kesian Ibu sebab dulu Syila anak yang nakal dan degil tambah pula anak kedua memang orang kata lain macam sikit perangainya. Kak Easy pernah mengeluarkan kenyataan, bila kita dah jadi ibu barulah kita faham pandangan dari kaca mata seorang ibu. Menyesalnya selalu tak dengar cakap Ibu.

Dari kacamata seorang budak kecil bernama Syila, Ibu ibarat superwoman. Penyelamat kami adik-beradik terutama Syila dan Along kerana kami agak rapat dan sama-sama nakal cuma Along lebih mendengar kata, sebab itu dia menjadi kesayangan ramai. Abah Syila pula memang terkenal garang, orang Kelantan panggil bekeng. Tapi itu tak menghalang kami adik-beradik mempraktikkan kenakalan kami. Dari segi kreativiti ia banyak mendorong kami menjadi lebih kreatif dalam menjalankan misi supaya tidak kantoi. Selalunya misi kami berjalan dalam diam. Itulah kami mendengar nasihat orang tua juga, jadilah macam ubi…diam-diam ubi berisi. Kecil-kecil dulu memang kami selalu jadi ubi. Emmm ubi yang tak boleh dimakan tapi boleh kena tibai!! Rindu pula pada zaman kanak-kanak dulu.

Trauma:
Ingat lagi kitorang terpaksa panjat tingkap bilik tidur sebab tak sempat masuk rumah sebelum abah sampai. Yealah keluar main sebelum waktu, dah tu pintu dapur dan pintu depan pulak betul-betul mengadap porch. Siapa yang design rumah kitorang tu memang tak kreatif betul! Terpaksalah kitorang yang jadi kreatif…hehehe

No comments:

Post a Comment