Semalam telefon abah, sempat juga Syila berborak dengan adik bongsu kesayangan Izzat Syahiran. Bercakap dengan Ijat memang seronok. Seperti biasa Syila akan tanya dia “Ijat gi sekolah ke, blaja pe?” dan seperti biasa jugak dia akan jawab “Ijat aja A B C D…” Syila tanya lagi “dari dulu kak la tanya, Ijat blaja sampai D je ke?” Ijat jawab “Takkkk, Ijat ahu abih...ak la nga Ijat aca…A B C D E F G….H I J K…” dengan pelat dia, Ijat nyanyikan lagu ABC tu sampai habis walaupun kadang-kadang Syila pun tak tahu huruf apa yang dia sebut tapi Syila tahu dia memang ingat semua huruf.
Kemudian Syila tanya dia ”Ijat dah kurus ke? Kak Mi kata Ijat makin gemuk!” maklum le adik Syila yang belajar kat UTMKL baru balik dari kampung. Dia yang bagitahu Syila Ijat makin gemuk. Nak tahu Ijat jawab apa? “takkk…Ijat urussss” lepas tu dia gelak dan senyap. Syila pelik nape dia senyap tetiba…pastu Syila tanya dia, “Ijat wat pe tu?”. Dengan selamba dia jawab “Ijat ake woh mun arrrr!”.
Rupa-rupanya masa Syila telefon tu Ijat sedang makan nasi tapi abah tegur Ijat jangan makan nasi sambil cakap dengan Kak La. Agaknya sebab abah kata tak boleh makan nasi, Ijat makan le buah tembikai (orang Kelantan panggil timun cina). Hehe kelakar layan Ijat sebenarnya sebab tu bila balik Syila suka kacau dia. Tapi awas kalau tak ready nak bergurau ngan dia, baik jangan start sebab selagi dia tak puas hati nanti dia tak akan berhenti.
Sekarang Ibu dan Abah sedang cuba mengawal Ijat dari makan nasi waktu malam. Kesian pulak, kadang-kadang Ibu dan Abah terpaksa tunggu Ijat tidur dulu baru diorang makan malam. Biasanya kalau Syila telefon abah dalam pukul 8 lebih, selalunya Ijat dah tidur. Cuma semalam tu Ibu lapar sangat, tak sempat tunggu Ijat tidur tapi tak sampai hati pulak kalau tak ajak Ijat makan sama. Itulah kasih sayang seorang Ibu kan. Masalahnya Syila rasa yang makin kurusnya Ibu dan Abah bukannya Ijat.
No comments:
Post a Comment