Apr 30, 2009

Cerita saya dan Abah

Hari ini hari lahir abah yang ke-55…
Hari ini juga adalah hari terakhir abah bekerja…

Pagi tadi saya sempat bersms dengan abah. Sejak dulu kami sekeluarga tak pernah meluahkan perasaan dengan kata-kata. Jadi sms memudahkan kami menyatakan sesuatu yang sukar untuk dilafaz. Mungkin bukan cara kami sekeluarga sejak dari dulu, sebab tu kot saya susah nak beritahu perasaan saya pada orang kecuali pada Tek dan Kak Easy. Walaupun abah tak pernah "bersayang-sayang" dengan kami adik-beradik tapi kami tahu betapa dalamnya kasih sayang abah pada kami. Bukan ke setiap orang punya style dan cara tersendiri?.

Tapi sekarang abah dah terlalu jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman kanak-kanak saya dulu. Saya agak trauma dengan sikap garang dan tegasnya sampaikan saya boleh cam bunyi derap kaki abah setiap kali abah datang kejutkan saya dan along untuk ke sekolah. Selalunya kalau ibu yang datang kejut saya dan along memang liat tapi bila dengar derap kaki abah je automatik jadi segar. Kenangan yang tak akan saya lupakan buat selama-lamanya.

Zaman dah berubah, sedikit demi sedikit saya belajar untuk meluah dan menunjukkan rasa sayang saya pada abah, ibu dan ahli keluarga lain. Orang selalu kata muka saya macam ibu tapi perangai saya lebih banyak mewarisi sikap abah. Jika dulu saya banyak bercerita dengan ibu tapi sekarang saya boleh melakukan benda yang sama dengan abah. Bercakap tentang kerja, tentang penyanyi kesukaan…Anuar Zain, tentang kawan-kawan saya dengan abah bukan lagi perkara pelik.

Saya pernah menulis sebuah sajak untuk abah. InsyaAllah saya akan kongsikan dengan kawan-kawan semua disini nanti. Tapi bukanlah sebuah sajak yang hebat cuma cetusan rasa yang datang dari hati.

Buat Abah tersayang,

Terima kasih atas segala-galanya, terlalu banyak yang telah abah lakukan untuk anak-anak abah. Saya berdoa dan berharap agar Allah memberi kesempatan kepada kami untuk memberi kesenangan, kebahagiaan dan dapat menjaga abah seperti mana abah telah menjaga kami selama ini. Semua anak-anak Abah sayangkan Abah cuma kami tak pandai nak luahkan.
Selamat Hari Lahir dan selamat berehat :)

Apr 24, 2009

Cerita dari @Lambaian...

Haaaa...

Hari ni saya nak bercerita pasal Alumni Lambaian Masyarakat atau nama manjanya @Lambaian. Manja ke? @Lambaian memang tak manja tapi orang-orang di dalamnya mungkin ada yang manja. Mungkin? Taklah memang ada yang manja, Aqil dan Amar manja. Boleh? (teringat kat Pilo dan intonasi bila dia menyebut perkataan tu)

Emm Aqil dan Amar adalah anak-anak kepada pasangan yang berputik cintanya ketika sama-sama menerajui Lambaian. Betul ke? Kalau tak percaya boleh tanya tuan punya badan hehe..

Saya pasti setiap ahli Lambaian mempunyai kenangan istimewa bersama keluarga Lambaian. Kenangan yang kadang-kadang membuatkan kita rindu dan berharap kita dapat mengulangi semula segala keindahannya. Chewah macam jiwang je, tapi bukan saya sorang je yang rindu....ramai lagi....nak saya sebutkan sorang-sorang ke? Tak yah le Kak Easy, Adam, Sport, Abg Gap, Ayu, Azwar, Ikin, Usop, Ain kan kan...

Diorang sume geng Lambaian yang sekarang sedang berusaha keras untuk mengadakan AGM pertama dan Family Day @Lambaian 2009. Plannya pada 6 & 7 Jun nanti cuma tempatnya belum confirm lagi. Pada semua ahli Kelab Lambaian Masyarakat, KTC, UTM yang telah menamatkan pengajian tapi tidak menerima apa-apa berita lagi berkaitan perkara ini jangan berkecil hati kawan-kawan semua dijemput hadir sama. Maklumat lanjut bolehlah anda rujuk kepada blog rasmi @Lambaian di http://alumnilambaian.blogspot.com/ yup.

Tapi selain dari kitorang ada lagi yang selalu berkata pada saya "Rindunya nak jumpa geng-geng Lambaian dulu...bestkan kalau dapat kumpul ramai-ramai"

Itu cuma salah satu dari dialog yang pernah saya dengar. Pada Kak Ti, Kak Edd, Nogie, Dila, Dee, Nicko, Emy, Nani, Izan, Zie, Mimi, Checah, Syidah, Kiah, Alan, Wazir, Suject, Komeng, Pudin, Kak Umi, Kak Yus, Kak Lida dan geng-geng batch 1999 yang lain...giler rindu nak jumpa ngan korang!! contact ler kitorang di @Lambaian ni cepat-cepat. Pada batch-batch lain jangan kecik hati korang tak saya lupakan.

@Lambaian adalah hak milik semua alumni Lambaian, jadi jangan segan-segan hubungi kitorang sebab kami cuma membantu secara ikhlas supaya kita semua dapat berkumpul semula. Kenangan manis serta sahabat-sahabat yang best dalam Lambaian telah menguatkan semangat kami secara sukarela untuk merealisasikan perjumpaan ini. @Lambaian memerlukan kehadiran dan paling penting pandangan serta idea korang semua untuk menentukan hala tuju serta peranan sebenar yang boleh disumbangkan oleh @Lambaian kepada ahli-ahlinya. Setakat ni kami dapat mengumpulkan hampir 90 orang alumni Lambaian dari batch 1997 hinggalah batch 2005.

Harap-harapnya ramai yang dapat join AGM dan Family day nanti..........

Jumpa korang semua di sana nanti OK!

Yang sedang terkedek-kedek dalam kepala: Teringin nak tengok Final Piala FA, Kelantan vs Selangor malam esok secara Live dan tengok movie Jangan Tegur yang kata orang yang dah tengok cerita tu memang menakutkan. Betul ke?


Apr 23, 2009

Cerita dari Hospital….

sambungan dari post yang lepas….

Sebelum pukul 5 petang kami dah sampai ke Hospital Raja Perempuan Zainab dengan berbekalkan 2 plastik stok makanan dan beg pakaian. Sekali pandang orang mesti ingat kitorang nak pergi piknik hehe…ibu pun terkejut tengok bekalan kitorang. Ijat nampak seronok duk hospital, kata ibu dia hepi sebab ramai nurse pelatih yang datang berborak dengan dia. Tapi memang betul pun Ijat memang jadi tumpuan pelawat yang keluar masuk wad Anggerik, wad kanak-kanak. Mungkin kerana dia sorang je pesakit yang tak nampak macam sakit. Yealah Ijat ditahan untuk dia bersunat, memandangkan dia adalah kanak-kanak down sindrom jadi terpaksa guna prosedur pembedahan kecil. Itulah juga sebabnya ramai pelawat lain kerap singgah bertanyakan ‘penyakit’ Ijat. Insan istimewa pasti dapat tumpuan yang istimewakan.

Ibu kata masa awal-awal datang tadi, Ijat duk bercerita sebab tu ramai yang ‘kenal’ dia. Entah orang yang mendengar cerita tu faham ke tidak apa yang Ijat cakap sebab pertuturannya tidak jelas. Saya pun kadang-kadang terpaksa meminta abah atau ibu terjemahkan butir-butir katanya. Abah pun tergelak tengok telatah Ijat, orang lain kalau boleh tak nak masuk hospital. Dia pulak excited nak masuk wad dari hari isnin tak nak pergi sekolah sebab nak pergi hospital, jenuh jugak le ibu memujuk nak tunggu hari Rabu tu.


“Ijat make nasik doh ko?”
“Ake doh” katanya yang terbaring diatas katil. Nampak gaya macam dah boring.
“Ibu make doh?” saya berpaling ke arah ibu.
“Make doh ngan Ijat tadi, bagus loni spital wi nasik ko ore hok jago skali” kata Ibu sambil menyimpan bekalan yang kami bawa tadi ke dalam almari kecil. Saya labuhkan punggung di tepi katil Ijat. Agak tak seronok sebab katil Ijat berada betul-betul di depan kaunter nurse dan kawasannya agak terbuka mengadap pintu masuk pulak tu.
“Abah make nasik doh ko?” agaknya sebab terpandang 2 bungkus lagi nasi ayam berempah ibu bertanya. Abah yang masukkan dalam plastik tadi kot, yealah kalau bukan saya yang buat sapa lagi, takkan han** kot.
“Make doh, abah oyat mok cik jual tu saloh wi 3 bu’kus, abah odar 2 yah dio wi 3, abah baya ya lah” terang saya bila melihat reaksi ibu yang agak pelik.
“Doh saloh, bayar jugok?” ada nada tak puas hati di situ.
“Taahu abah” hehe saya berani kerat jari kalau abah ada kat situ mesti ibu tak akan bagi komen begitu.
“Gapo ni?” tudung tupperware berisi buah pauh tadi dibuka.
“Lala kerat ko” saya angguk. Ibu tarik tirai yang memisahkan katil Ijat dan katil bayi disebelah. Berkerut dahi saya.
“Sie dia tok leh make” ujar ibu menerangkan tindakan dia tadi.
Saya toleh ke arah bayi berumur lebih kurang 3 tahun tu. Ada tiub dileher dan kesan tebukan juga. Bahagian lengan dan pinggang pun disambung dengan tiub halus. Betul-betul kesian melihat keadaannya. Saya lemparkan senyuman kepada mak dan nenek yang menjaga bayi tersebut tanda menegur.

Apr 22, 2009

Cerita dari Kampung….

Dah lama tak update blog, tak sempat nak susun ayat sebab banyak yang perlu diutamakan. Semangat nak bekerja pun agak berkurangan, mana taknye 5 hari bersenang-lenang melayan karenah budak gemok kesayangan memang syok. Lagi satu bekalan makanan kat rumah yang ala-ala stok kedai tu betul-betul buat saya lupa diri sekejap. Agak terkejut juga melihat 5 hingga 6 jenis minuman segera dengan Nescafe 3 in 1, Gold choice Mocha, White Coffee, Cappuccino, Ali café Tea dan Coffee. Fuh dah leh buka gerai minuman dah stoknya. Tu belum masuk stok susu Anlene, Tropica fresh Orange, Yakult dan vitagen dalam peti ais lagi. Makanan pulak dengan kek London Rolls Coklat, pandan dan strawberry, snek double decker mini perisa udang dan ayam, buah pauh (mangga), tembikai dan roti canai segera serta pelbagai jenis kuih instant lain.

Memang boleh gemuk dalam masa 2 hari jer kalau balik rumah. Nak kata kat KL ni tak makan tak juga tapi bila balik ke rumah sendiri selera dia lain macam sket. Memang tak boleh berhenti mengunyah. Saya sampai kat rumah dalam pukul 6 pagi, abah ambil dari stesen bas Kota Bharu yang hanya 5 minit dari rumah.
Sampai-sampai saja budak gemok tu dah bangun dan peluk saya. Saya hulurkan hadiah dari Tek, tersenyum dia membuka hadiah dari sepupu kesayangan saya tu.
“Wah, Ijat dapat trak panje”
Saya hulurkan satu lagi plastik…matanya bersinar.
“Bah, ak La eli oboot!” katanya sambil menunjukkan kotak robot tersebut kepada abah.
“Meh abah tengok, robot buleh jadi keto ko?” kata abah apabila melihat Ijat terkial-kial dengan mainan barunya.
Seronok saya melihat adik kesayangan saya tu gembira. Selepas berborak dengan ibu dan abah seketika saya masuk ke bilik untuk berehat, menghilangkan lenguh-lenguh badan dengan tidur yang panjang.

Lebih kurang pukul 8 lebih saya tersedar apabila terdengar pintu bilik di buka.
“Ak La ake asik” Ijat senyum
“Tak po ler, Ijat ake dulu ekk” dia angguk dan menutup semula pintu bilik. Saya menyambung tidur, kepala masih terasa berat.
Tak lama kemudian saya tersedar lagi apabila terdengar suara ibu.
“Ibu pinje beg ni deh?” kata ibu sambil mengambil beg plastik yang saya isi hadiah untuk Ijat tadi.
“Awalnyo nak gi doh ko bu, ke pukul puloh dia keno dafta. Lagipon tok sapa 5 minit eh bo nak gi spita tu?” tegur saya. Ibu senyum dan membuat mimik muka bila terdengar suara abah bertanyakan saya.
“Tak po ar Lala gi petang karang ar deh, tolong jemo baju hok ibu tak dale rago tu neh. Baju Ijat ibu tak basoh lagi, sambil mandi kare Lala kicoh-kicoh gitu ar neh” pesan ibu sebelum berlalu.

“Ijat tak takut ko?” tanya saya ketika menghantar Ijat ke kereta.
“Dok ah, Ijat nak jupo dokto” terkedek-kedek dia berjalan ke sebelah seat pemandu. Memang anak kesayangan abah leh buat apa saja. Dulu kalau ibu ada dan kitorang nak duduk di depan sebelah abah memang boleh mati kena jelingan tajam abah…zaman dah berubah kan!
Selepas diorang bertolak saya ke dapur, ah ada nasi kerabu! Itulah sarapan saya sambil melihat channel di Astro yang dah lama tak ditonton. Maklum le duk umah sewa tak mampu nak langgan. Tak ada cerita best le pulak, kerana bosan saya rebahkan badan sekali lagi, bertambah syok rasanya dapat baring selepas menghabiskan sebungkus nasi kerabu.

Saya terjaga bila terdengar bunyi deruman kereta abah, dah tengahari rupanya. Saya keluar membuka pintu. Keluar dari kereta abah dah sound-sound sinis melihat muka bangun tido saya tapi saya sengih je.
“Tak jemo baju lagih?’ tanya abah bila melihatkan tali jemuran masih kosong.
“Meta lagi ar..” sengih lagi…tak pe bukan abah tak tahu perangai anak perempuan dia yang sorang ni. Saya hulurkan tangan mengambil plastik-plastik ditangan abah. Alamak abah beli nasi ayam berempah pulakkk….nasi kerabu yang dalam perut ni pun belum hadam makanan lain dah menunggu. Parah..parah…abah masuk ke dalam dan saya ikut dari belakang.
“Abah nak make nasi doh ko?” tanya saya bila kami masuk ke ruang makan.
“Bia ar abah nak semaye dulu” katanya terus berlalu ke bilik air.

Ketika saya asyik menggilap bahagian dapur ibu, abah masuk ke ruang makan.
“Abah nak make?” abah angguk sambil menarik kerusi meja makan.
“Abah nak air gapo?” tanya saya lagi sebab selalunya ibu akan sediakan nescafe panas dan air kosong untuk abah setiap kali abah makan. Tapi sebab terlalu banyak pilihan saya tak tahu yang mana nak buat.
“Air sejuk jah” jawab abah pendek.
“Air dale peti?” agak bodoh soalan saya tapi abah angguk juga..agaknya dalam kepala abah terfikir kat mana lagi nak cari air sejuk!
Hehe memang bongoks Syila ni…tu ler tidur banyak lagiiii…
“Mung tok sir make ko?” melihat saya menyambung kembali kerja mengemas abah bertanya.
“Jak agi ah, ore kenye agi make nasi ka’bu tadi…”
Abah diam kembali menyambung suapan yang tergendala. Selesai makan abah basuh tangan dan sempat berkata “Wat kopi ko abah so”

Hah sudah, mana satu ni…melihat ke tempat simpanan coffee 3 in 1 saya tak ada pilihan lain, berlagak tahu kang salah pulak…
“Abah nak hok mano?”
“ Wat hok whitekopi ah”
“Hok ija ko puteh?”
“Puteh”
“Hok ija tak sedak ko bah?” banyak tanya plak hehe
“Sedak gok tapi hok ija tu kapocino…” alamak macam mana saya leh ternampak sama nih haha lain kali jangan tidur over dose!!! Wat malu ko abah jah hihi mesti abah tengah geleng kepala sambil berkata dalam hati “tak berubah-rubah lagi anak aku ni…”

Selesai mengemas saya ternampak buah pauh 4 biji dalam besan di tepi tangga. Saya intai abah yang sedang berbaring sambil menonton tv.
“Abah nak woh pauh?”
“Tok se”
Mesti abah boring anak kesayangan dia tak ada. Lagipun Ijat tak pernah berjauhan dengan abah dan ibu.
“Kul limo kito gi spita ah” sayup terdengar suara abah. Kan dah kata mesti abah teringat kat Ijat emmm ke kat ibu haha..
Saya sempat memandang ke arah jam…dah kul 2, cepatnya. Mana tak cepat, separuh hari dah dihabiskan dengan tidur jer..
Sekali lagi pandangan saya tertumpu ke arah buah pauh yang nampak begitu menarik sekali. Ah tak tahan digoda, saya ambil 3 biji dan mula mengupas kulitnya. Isinya dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam tupperware dan ditinggalkan dalam peti ais dulu.
Saya ambil raga yang dipenuhi kain yang belum dijemur dan turun menjemur, nanti kang kena sound direct dengan abah lagi. Kemudian saya ambil pula pakaian yang perlu dicuci dan mula membasuh. Selesai membasuh dan mandi jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Alamak baju lum gosok…bergegas saya bersiap.
bersambung....

Apr 7, 2009

Cuti Panjang

Yeyyy...

Malam ni balik ke kampung!!! Jangan jeles...
Tak sabar nak jumpa insan-insan kesayangan...

Bye bye KL...heheh

Apr 1, 2009

Manusia Memang Unik

Sejak bekerja ni macam-macam karenah manusia boleh tengok. Pening kepala juga nak memenuhi kehendak setiap orang yang ada kalanya diluar jangkaan. Walaupun kita memberikan info yang sama tapi penerimaan setiap orang adalah berbeza mungkin disebabkan latar belakang, kedudukan kewangan dan juga cara hidup.

Macam-macam kenangan yang saya dapat, ada yang kelakar, kesian dan menyakitkan hati pun ada. Terutama kalau berurusan dengan orang yang perasan bagus dan berlagak. Bila kita cakap elok-elok dia jawab dengan sinis. Bila kita marah dia kata tak professional, bila kita terangkan prosedur dia kata leceh, tak nak ikut. Tapi bila salah kata kita tak pandai buat kerja. Ish macam-macam ler…

Pendek kata susah nak dengar kita yang betul, nak puaskan hati semua orang ni bukan kerja mudah. Ada yang telefon hari ni, esok dah nak suruh settlekan…apa dia ingat kita buat kerja untuk dia sorang je ke? Hehe berkata dalam hati je ler kalau cakap betul-betulkan ada yang mengamuk pulak.

Saya sebenarnya tidak setuju dengan kata-kata “customer is always right”. Tak bermakna sebab dia klien kita maka jika dia buat salah pun kita kena kata betul. Kalau dah memang salah kita bagitahulah baik-baik yang dia salah. Cara memberitahu tu yang kena betul.

Paling menyampah dengan customer yang berlagak, kalau orang yang betul-betul kaya berlagak, kita minta payment terus je bayar kita boleh bersabar lagi. Ini yang berlagak bagai nak rak bila minta payment macam-macam alasan bagi. Tak boleh tahan kalau yang bagi cek tendang, kalau betul tak ada duit cakap je ler tak payah nak butar belit. Ni tidak selagi boleh pusing, dia pusing juga pastu bila dah kantoi ada hati lagi nak marah orang hehe...kesian kat click saya yang dapat klien macam ni..

Saya rasakan orang-orang macam ni dia ingat dia sorang yang ada akal agaknya. Cubalah jadi orang yang jujur dan merendah diri. Kalau terjadi apa-apa yang tak diingini kita pun akan cuba tolong selagi boleh walaupun ianya dah diluar bidang tugas. Yelah yang bekerja ni pun manusia juga, ada perasaan kalau orang baik dengan kita, kita pun senaglah nak buat baik tapi kalau dah asyik nak berlagak nasiblah, kena hari sabar kita layan tapi datang hari berangin rasa le sendiri...