Apr 22, 2009

Cerita dari Kampung….

Dah lama tak update blog, tak sempat nak susun ayat sebab banyak yang perlu diutamakan. Semangat nak bekerja pun agak berkurangan, mana taknye 5 hari bersenang-lenang melayan karenah budak gemok kesayangan memang syok. Lagi satu bekalan makanan kat rumah yang ala-ala stok kedai tu betul-betul buat saya lupa diri sekejap. Agak terkejut juga melihat 5 hingga 6 jenis minuman segera dengan Nescafe 3 in 1, Gold choice Mocha, White Coffee, Cappuccino, Ali café Tea dan Coffee. Fuh dah leh buka gerai minuman dah stoknya. Tu belum masuk stok susu Anlene, Tropica fresh Orange, Yakult dan vitagen dalam peti ais lagi. Makanan pulak dengan kek London Rolls Coklat, pandan dan strawberry, snek double decker mini perisa udang dan ayam, buah pauh (mangga), tembikai dan roti canai segera serta pelbagai jenis kuih instant lain.

Memang boleh gemuk dalam masa 2 hari jer kalau balik rumah. Nak kata kat KL ni tak makan tak juga tapi bila balik ke rumah sendiri selera dia lain macam sket. Memang tak boleh berhenti mengunyah. Saya sampai kat rumah dalam pukul 6 pagi, abah ambil dari stesen bas Kota Bharu yang hanya 5 minit dari rumah.
Sampai-sampai saja budak gemok tu dah bangun dan peluk saya. Saya hulurkan hadiah dari Tek, tersenyum dia membuka hadiah dari sepupu kesayangan saya tu.
“Wah, Ijat dapat trak panje”
Saya hulurkan satu lagi plastik…matanya bersinar.
“Bah, ak La eli oboot!” katanya sambil menunjukkan kotak robot tersebut kepada abah.
“Meh abah tengok, robot buleh jadi keto ko?” kata abah apabila melihat Ijat terkial-kial dengan mainan barunya.
Seronok saya melihat adik kesayangan saya tu gembira. Selepas berborak dengan ibu dan abah seketika saya masuk ke bilik untuk berehat, menghilangkan lenguh-lenguh badan dengan tidur yang panjang.

Lebih kurang pukul 8 lebih saya tersedar apabila terdengar pintu bilik di buka.
“Ak La ake asik” Ijat senyum
“Tak po ler, Ijat ake dulu ekk” dia angguk dan menutup semula pintu bilik. Saya menyambung tidur, kepala masih terasa berat.
Tak lama kemudian saya tersedar lagi apabila terdengar suara ibu.
“Ibu pinje beg ni deh?” kata ibu sambil mengambil beg plastik yang saya isi hadiah untuk Ijat tadi.
“Awalnyo nak gi doh ko bu, ke pukul puloh dia keno dafta. Lagipon tok sapa 5 minit eh bo nak gi spita tu?” tegur saya. Ibu senyum dan membuat mimik muka bila terdengar suara abah bertanyakan saya.
“Tak po ar Lala gi petang karang ar deh, tolong jemo baju hok ibu tak dale rago tu neh. Baju Ijat ibu tak basoh lagi, sambil mandi kare Lala kicoh-kicoh gitu ar neh” pesan ibu sebelum berlalu.

“Ijat tak takut ko?” tanya saya ketika menghantar Ijat ke kereta.
“Dok ah, Ijat nak jupo dokto” terkedek-kedek dia berjalan ke sebelah seat pemandu. Memang anak kesayangan abah leh buat apa saja. Dulu kalau ibu ada dan kitorang nak duduk di depan sebelah abah memang boleh mati kena jelingan tajam abah…zaman dah berubah kan!
Selepas diorang bertolak saya ke dapur, ah ada nasi kerabu! Itulah sarapan saya sambil melihat channel di Astro yang dah lama tak ditonton. Maklum le duk umah sewa tak mampu nak langgan. Tak ada cerita best le pulak, kerana bosan saya rebahkan badan sekali lagi, bertambah syok rasanya dapat baring selepas menghabiskan sebungkus nasi kerabu.

Saya terjaga bila terdengar bunyi deruman kereta abah, dah tengahari rupanya. Saya keluar membuka pintu. Keluar dari kereta abah dah sound-sound sinis melihat muka bangun tido saya tapi saya sengih je.
“Tak jemo baju lagih?’ tanya abah bila melihatkan tali jemuran masih kosong.
“Meta lagi ar..” sengih lagi…tak pe bukan abah tak tahu perangai anak perempuan dia yang sorang ni. Saya hulurkan tangan mengambil plastik-plastik ditangan abah. Alamak abah beli nasi ayam berempah pulakkk….nasi kerabu yang dalam perut ni pun belum hadam makanan lain dah menunggu. Parah..parah…abah masuk ke dalam dan saya ikut dari belakang.
“Abah nak make nasi doh ko?” tanya saya bila kami masuk ke ruang makan.
“Bia ar abah nak semaye dulu” katanya terus berlalu ke bilik air.

Ketika saya asyik menggilap bahagian dapur ibu, abah masuk ke ruang makan.
“Abah nak make?” abah angguk sambil menarik kerusi meja makan.
“Abah nak air gapo?” tanya saya lagi sebab selalunya ibu akan sediakan nescafe panas dan air kosong untuk abah setiap kali abah makan. Tapi sebab terlalu banyak pilihan saya tak tahu yang mana nak buat.
“Air sejuk jah” jawab abah pendek.
“Air dale peti?” agak bodoh soalan saya tapi abah angguk juga..agaknya dalam kepala abah terfikir kat mana lagi nak cari air sejuk!
Hehe memang bongoks Syila ni…tu ler tidur banyak lagiiii…
“Mung tok sir make ko?” melihat saya menyambung kembali kerja mengemas abah bertanya.
“Jak agi ah, ore kenye agi make nasi ka’bu tadi…”
Abah diam kembali menyambung suapan yang tergendala. Selesai makan abah basuh tangan dan sempat berkata “Wat kopi ko abah so”

Hah sudah, mana satu ni…melihat ke tempat simpanan coffee 3 in 1 saya tak ada pilihan lain, berlagak tahu kang salah pulak…
“Abah nak hok mano?”
“ Wat hok whitekopi ah”
“Hok ija ko puteh?”
“Puteh”
“Hok ija tak sedak ko bah?” banyak tanya plak hehe
“Sedak gok tapi hok ija tu kapocino…” alamak macam mana saya leh ternampak sama nih haha lain kali jangan tidur over dose!!! Wat malu ko abah jah hihi mesti abah tengah geleng kepala sambil berkata dalam hati “tak berubah-rubah lagi anak aku ni…”

Selesai mengemas saya ternampak buah pauh 4 biji dalam besan di tepi tangga. Saya intai abah yang sedang berbaring sambil menonton tv.
“Abah nak woh pauh?”
“Tok se”
Mesti abah boring anak kesayangan dia tak ada. Lagipun Ijat tak pernah berjauhan dengan abah dan ibu.
“Kul limo kito gi spita ah” sayup terdengar suara abah. Kan dah kata mesti abah teringat kat Ijat emmm ke kat ibu haha..
Saya sempat memandang ke arah jam…dah kul 2, cepatnya. Mana tak cepat, separuh hari dah dihabiskan dengan tidur jer..
Sekali lagi pandangan saya tertumpu ke arah buah pauh yang nampak begitu menarik sekali. Ah tak tahan digoda, saya ambil 3 biji dan mula mengupas kulitnya. Isinya dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam tupperware dan ditinggalkan dalam peti ais dulu.
Saya ambil raga yang dipenuhi kain yang belum dijemur dan turun menjemur, nanti kang kena sound direct dengan abah lagi. Kemudian saya ambil pula pakaian yang perlu dicuci dan mula membasuh. Selesai membasuh dan mandi jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Alamak baju lum gosok…bergegas saya bersiap.
bersambung....

No comments:

Post a Comment