Apr 23, 2009

Cerita dari Hospital….

sambungan dari post yang lepas….

Sebelum pukul 5 petang kami dah sampai ke Hospital Raja Perempuan Zainab dengan berbekalkan 2 plastik stok makanan dan beg pakaian. Sekali pandang orang mesti ingat kitorang nak pergi piknik hehe…ibu pun terkejut tengok bekalan kitorang. Ijat nampak seronok duk hospital, kata ibu dia hepi sebab ramai nurse pelatih yang datang berborak dengan dia. Tapi memang betul pun Ijat memang jadi tumpuan pelawat yang keluar masuk wad Anggerik, wad kanak-kanak. Mungkin kerana dia sorang je pesakit yang tak nampak macam sakit. Yealah Ijat ditahan untuk dia bersunat, memandangkan dia adalah kanak-kanak down sindrom jadi terpaksa guna prosedur pembedahan kecil. Itulah juga sebabnya ramai pelawat lain kerap singgah bertanyakan ‘penyakit’ Ijat. Insan istimewa pasti dapat tumpuan yang istimewakan.

Ibu kata masa awal-awal datang tadi, Ijat duk bercerita sebab tu ramai yang ‘kenal’ dia. Entah orang yang mendengar cerita tu faham ke tidak apa yang Ijat cakap sebab pertuturannya tidak jelas. Saya pun kadang-kadang terpaksa meminta abah atau ibu terjemahkan butir-butir katanya. Abah pun tergelak tengok telatah Ijat, orang lain kalau boleh tak nak masuk hospital. Dia pulak excited nak masuk wad dari hari isnin tak nak pergi sekolah sebab nak pergi hospital, jenuh jugak le ibu memujuk nak tunggu hari Rabu tu.


“Ijat make nasik doh ko?”
“Ake doh” katanya yang terbaring diatas katil. Nampak gaya macam dah boring.
“Ibu make doh?” saya berpaling ke arah ibu.
“Make doh ngan Ijat tadi, bagus loni spital wi nasik ko ore hok jago skali” kata Ibu sambil menyimpan bekalan yang kami bawa tadi ke dalam almari kecil. Saya labuhkan punggung di tepi katil Ijat. Agak tak seronok sebab katil Ijat berada betul-betul di depan kaunter nurse dan kawasannya agak terbuka mengadap pintu masuk pulak tu.
“Abah make nasik doh ko?” agaknya sebab terpandang 2 bungkus lagi nasi ayam berempah ibu bertanya. Abah yang masukkan dalam plastik tadi kot, yealah kalau bukan saya yang buat sapa lagi, takkan han** kot.
“Make doh, abah oyat mok cik jual tu saloh wi 3 bu’kus, abah odar 2 yah dio wi 3, abah baya ya lah” terang saya bila melihat reaksi ibu yang agak pelik.
“Doh saloh, bayar jugok?” ada nada tak puas hati di situ.
“Taahu abah” hehe saya berani kerat jari kalau abah ada kat situ mesti ibu tak akan bagi komen begitu.
“Gapo ni?” tudung tupperware berisi buah pauh tadi dibuka.
“Lala kerat ko” saya angguk. Ibu tarik tirai yang memisahkan katil Ijat dan katil bayi disebelah. Berkerut dahi saya.
“Sie dia tok leh make” ujar ibu menerangkan tindakan dia tadi.
Saya toleh ke arah bayi berumur lebih kurang 3 tahun tu. Ada tiub dileher dan kesan tebukan juga. Bahagian lengan dan pinggang pun disambung dengan tiub halus. Betul-betul kesian melihat keadaannya. Saya lemparkan senyuman kepada mak dan nenek yang menjaga bayi tersebut tanda menegur.

No comments:

Post a Comment