Jul 16, 2009

Lindungi orang-orang yang anda sayang

Semalam ketika saya melalui kawasan parking antara Convention Centre dan KLCC, ada sepasang suami-isteri bersama dua orang anak sedang berjalan bertentangan dengan saya. Anak lelaki (dalam lingkungan 4 tahun) sedang berkata sesuatu yang membuatkan kedua-dua emak dan ayahnya ketawa.

Mereka nampak sangat bahagia, si emak berjalan dengan anak lelaki di sisinya manakala si ayah pula mendukung anak perempuan (dalam setahun). Tetapi selepas menghampiri mereka saya agak terkejut melihat si ayah tiba-tiba meletakkan sebatang rokok dibibir dan memalingkan muka ke kanan untuk menghembuskan asap rokok tadi. Spontan saya mengeleng-gelengkan kepala (tabiat selepas dah tua ni).

Secara mudah memang patut dia berpaling ke kanan kerana anak perempuannya didukung disebelah kiri tetapi secara logik asap bukan air, walaupun dihembus ke kiri tapi faktor angin tetap ada. Setakat beberapa sentimeter je kepala si anak tu dengan muka si ayah takkan le asap tersebut tak terkena pada si anak. Kesian betul dapat ayah yang cetek akal macam tu, konon nak elak kena pada anak yang didukung, tapi dihembus ke arah isteri dan anak lelaki yang berjalan sebelah kanannya tak apa pulak!

Ish ish tak tahulah apa yang si ayah ni fikir, ingat yang hisap rokok je ke yang dapat efek, yang menghidunya selamat?. Anak yang masih bayi dah didedahkan dengan benda berbahaya, bila besar anak dapat penyakit itu ini mula le mengeluh. Cuba fikir angkara siapa?

Pada ayah-ayah yang merokok tolong ler merokok jauh-jauh dari anak-anak anda. Asap rokok tu BAHAYA (kalau tak tahu). Abah saya pun merokok jugak tapi dia mesti duduk jauh-jauh dan tak bagi kitorang datang dekat bila dia sedang berasap. Dah beberapa bulan abah berhenti merokok hope abah berjaya membuang terus tabiat yang tak menguntungkan langsung tu….

Malas nak komen panjang-panjang nanti ada yang terasa pulak...tak kisah ler apa "kebaikan" bila merokok tapi jangan menyusahkan orang-orang yang anda sayang kerana "kebaikan" yang sementara tu.....

4 comments:

  1. sensitip cerita rokok ni dlm family sy. yg perokok mmg tegar betul. bila ditanya, takut jawapannya tgk gambar kat kotak rokok, tp terbalikkan la, jgn tgk!

    bila dah tegar, mmg ada je jawap nya, wlupun muzakarah dah kata hukum haram

    :(

    ReplyDelete
  2. depa sayang rokok dr family la tuh..
    akai ada, letak kt lutut..

    ReplyDelete
  3. Cakap le haram ke, bahaya tuk kesihatan ke tak jalannya...hanya org yg kuat semangat & percaya pd diri jer boleh hidup tanpa rokok! kan...kan - statement berani mati

    ReplyDelete