Tidur yang sangat lena (sampai abah kena kejut), sedar pukul 8 pg tapi sejam selepas tu baru bangun (dalam erti kata sebenar). Hari ni janji dengan adik-adik nak pergi bandar belikan tudung raya diorang. Abah pun dah banyak kali ingatkan pergi awal nanti jammed. Apalagi bergegas bersiap tapi cuma Billa yang ikut, adiknya malas nak basuh baju raya katanya. Ngelat le tuh.
Jam 11 pagi dah sampai bandar KB, wah lama betul tak keluar banyak jalan dah bertukar rupa. Yang dua hala jadi sehala, jalan yang dulu tutup sekarang dah jadi jalan 3 lane. Jalan agak sesak tapi nasib baik senang dapat parking.
Langkah pertama ke Bazar Buluh Kubu cari pencuci muka tapi kedainya dah ditutup, kecewa. Kemudian ke Pasar Siti Khatijah carikan tudung untuk Ibu, Mila dan diri sendiri. Pastu pergi The Store pulak beli beberapa barang yang dikirim oleh ibu. Baru nak melangkah keluar abah telefon minta belikan KFC untuk Ijat. Jam baru menunjuk 12.50 tengahari, KFC pukul 3 ptg baru mula beroperasi. Tak apalah singgah dulu beli buah tangan untuk Chik dan Su. Lama tak jumpa kedua-dua mak saudara saya tu.
Hampir sejam lebih bertandang ke rumah makcik-makcik kitorang mulakan misi mencari KFC yang tidak perlu bersesak. Kami ambil keputusan untuk mencuba nasib di KB Mall. Tapi keluar dari KB Mall yang dibimbit DVD Geng Upin & Ipin dan bahan-bahan untuk masak Spaghetti. Jenuh kitorang pusing tapi tak buka-buka juga KFC nya. Sabar dah senipis kulit bawang jadi last harapan kitorang mencuba pula ke KFC drive thru Jalan Kubang Kerian. Agak lama menunggu sebab hanya satu kaunter sahaja di buka untuk order, bayar dan collect.
Emm jam 4 ptg baru sampai kat rumah. Ijat bersemangat buka pintu,” sedapnya bau!” seketika terpandang plastik KFC terjerit-jerit bagitahu abah ada KFCCCCC.....cepat-cepat dia datang ke pintu belakang pemandu mengambil plastik berisi Variety Bucket .
Cuaca yang panas buat badan rasa melekit, bersihkan diri tunggu abah balik dari solat Asar dan kami sekeluarga menonton Geng Pengembaraan bermula. Jam 6 ptg saya dan ibu masuk ke dapur untuk siapkan Spaghetti dan juadah berbuka yang lain. Esok dah plan nak pergi shopping barang-barang basah untuk hidangan raya dengan ibu pula.
No comments:
Post a Comment