Sep 29, 2009

Kemeriahan Aidilfitri 2009

Raya Pertama…

Suasana yang paling dinantikan, mendengar takbir raya di subuh hari live dari beberapa masjid dan madrasah yang ada di sekitar kawasan rumah. Syahdu dan sayu menyambut kedatangan Syawal dan mengiringi pemergian Ramadhan yang penuh berkat.

Seperti tahun-tahun sebelumnya kami akan bersarapan dengan menu wajib…kuah kacang, nasi impit, sate dan juga roti ban sebelum ke masjid untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Pulang dari masjid Ibu akan sibuk membungkus menu wajib untuk di hantar ke rumah jiran-jiran.

Abah tetap abah, masih sempat menyapu dua tiga helai daun yang berguguran di pagi raya...



Budak gemok dan mood nakalnye....

Tahun ini Along tak dapat cuti cuma kebetulan hari “off”nya jatuh pada hari raya jadi dapatlah Along dan Kak Long beraya bersama kami. Mereka tiba di rumah lebih kurang jam 11 pagi. Acara pertama bila berkumpul memohon ampun dan maaf dari Abah dan Ibu serta sesama adik-beradik. Selepas itu kami akan beraya ke rumah kakak & adik Abah yang menetap di rumah tinggalan arwah nenek di Kebun Sultan. Buat pertama kali abah tidak perlu lagi memandu kerana giliran Along dan saya pula membawa keluarga beraya.

Turun dari rumah arwah nenek kami ke rumah saudara-mara Abah yang tinggal berdekatan dan selepas itu kami ke rumah keluarga Kak Long pula. Ibu berjaya memujuk kakak Abah yang kami panggil Chik pergi beraya bersama kami. Kenyang menjamu nasi dagang Abah, Billa, Mila dan Chik pulang bersama saya manakala Ibu, Aril dan Ijat mengikut Along dan Kak Long ke rumah nenek Kak Long.

Sempat bergambar sebelum beraya ke Selising...

Tiba di rumah, saya dan Chik ke rumah Mak Nik walaupun masih kenyang, roti jala dan kuah kuzi di depan mata sukar ditolak. Balik rumah baru nak landing Along call ajak gi rumah Che (mak cik) pulak. Saya pujuk Abah ikut sekali, mula-mula Abah tak nak tapi akhirnya Abah setuju. Lebih kurang jam 3 petang kami bertolak ke Selising tanpa Aril yang ada plan lain. Perjalanan ke arah Pasir Puteh agak lancar tapi laluan bertentangan ke Kota Bharu sesak teruk. Tambah pula hujan turun dengan agak lebat.

Lama juga kami singgah di rumah Che hampir Maghrib barulah kami berangkat pulang. Kami sangkakan jalan sudah clear rupanya keluar dari simpang tak sampai 2 km terus tak bergerak. Apalagi terpaksalah kami pusing balik dan pulang melalui Jalan Bukit Jawa, dapatlah kami sampai ke rumah sebelum azan Isyak berkumandang (dah hampir sebenarnya). Itu pun main agak je jalan sebab selepas simpang empat menakutkan yang tak ada lampu isyarat kereta Along hilang dari pandangan. Nasib baik ada Billa yang suka ber’derat’ dengan kawan-kawan. Ada le juga idea walaupun asyik ada ‘kot’ je kat belakang ayat tunjuk arahnya.

Seharian berjalan memang penat tapi seronok. Selepas berehat sekejap kami mulakan persiapan open-house esoknya pula.

Tradisi : Open-House

Raya ke - 2

Walaupun tahun bertukar tapi resamnya masih sama, raya kedua Ibu akan sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk menggoreng mee dan mihun dibantu oleh Billa. Hampir jam 10 pagi Ibu dah siap menggoreng mee dan mihun yang merupakan hidangan popular rumah terbuka kami. Cuma tahun ini ada tambahan roti jala dan kuah kuzi yang dimasak sendiri oleh ibu. Saya mengambil shif pertama mencuci pinggan mangkuk jadi ketika yang lain sibuk melayan tetamu yang datang saya terperuk di dapur mencuci dan menambah apa-apa yang kurang.

Jangan tertipu...ni tolong isi je k


Menu tradisi yang pasti ada....

Selepas Zohor saya dan Ibu decide untuk menambah kuah kacang yang dah licin di dalam periuk. Ketika leka mengacau kuah kacang saya terpandang 3 buah kereta masuk ke halaman rumah kami melaui tingkap dapur. Billa bertanya pada saya siapa yang datang, dengan yakin saya menjawab, “kalau aku kenal tiga-tiga tu memang pendek umur arrr!”. Seketika saya terkejut sebab dari jauh saya rasa macam kenal je susuk tubuh yang keluar dari salah sebuah kereta tadi. Tak silap itu macam kawan sekolah saya dulu, cepat-cepat saya keluar ke depan rumah dan nampaknya tekaan saya tepat.



Tetamu pertama sampai...hehe depan rumah jerr

Memang seronok menerima kedatangan Juhairah, Nurein dan Salwani bersama suami dan anak masing-masing. Dah lama tak jumpa diorang dan raya tahun ni memang sangat seronok. Tapi bagi Ibu mungkin agak sedih sedikit sebab bunga daisy kesayangan yang cantik berkembang yang dibelai dan dijaga sepenuh hati telah dipatahkan oleh kanak-kanak yang datang beraya…. kesian Ibu!

Walaupun seronok tapi bila teringat kata-kata lancang saya tadi rasa tak sedap hati pulak. Minta dijauhkan.

Pengajaran paling berguna, macam mana tak logik pun fikir dulu baru cakap.

Raya ketiga…

Penat semalam hari ini bangun lambat hampir tengahari itu pun sebab dah janji nak ambil Billa kat Balai Islam sebab dia ada majlis kat sana. Selepas itu kami menuju ke Pasir Mas ke rumah kawan Billa dan kawan saya Nogie.

Berbekalkan direction dari Abah kami berjaya sampai ke kedua-dua tempat yang dituju itupun dua-dua terlajak dari simpang terpaksa u-turn balik. Tapi tak kisah le sebab seronok giler dapat jumpa Nogie...

No comments:

Post a Comment