Sep 4, 2009

Seminggu yang dah berlalu...

Apa nak cerita hari ini yup...

Emmm apa kata kita buat summary apa yang dah berlaku dalam seminggu nih. Hal keje tak nak cakap sebab semua tak best. Prestasi dah menurun, yang makin meningkat tekanan dan beban kerja.

Kita start dengan hari jumaat, paling best sebab dapat berbuka dengan geng Alumni Lambaian (@Lambaian) Ayu, Sport, Afzan, Usop dan Checah. Lama jugak tak jumpa diorang dan disebabkan petang itu saya ada appointment di Puchong jadi bergerak dari sana untuk ke Bandar Baru Bangi. Dengan bantuan signboard dan talian arah Ayu sampailah juga ke sana walaupun sebenarnya bukan jalan yang dipetakan. Sempat singgah solat Zohor & Asar di Masjid Al-Hasanah sebelum menuju ke Village View.

Kelakarnya saya dah pun sampai ke tempat yang nak dituju tapi entah salah U-turn terus sampai ke tol Kajang-Silk. Susah orang buta jalan nih...terpaksa ler Ayu datang cari dan lepas tu pakai satu kereta je ke Yankees Hut (sebab Village View dah full) konon nak ambil Sport yang agak kurang sihat sekali sesat la pulak.

Sampai je nampak Usop tengah berFB dalam kereta (sempat lagi tu) then tunggu Afzan pulak. Orang paling busy si Ayu lah sebab jadi pemberitahu arah sampai kong bateri hp. Sampai ke meja yang ditempah cuma ada 4 kerusi je, takkan ler 6 orang nak duduk guna 4 kerusi. Lepas komplen dia bagi tukar meja tapi tak adalah beza pun sebab still 4 kerusi jugak, last sekali Sport ambil je kerusi kat meja sebelah yang masih kosong.

Hidangan sempat tiba sebelum azan berkumandang tapi saiz hidangan amat mengelirukan. Macam tak ada beza makan untuk sorang dengan yang berdua. Tapi makan dengan kawan-kawan yang best semua rasa sedap. Checah tiba selepas waktu berbuka dan Sport sempat tunjuk skill menyusun hidangan (sebenarnya tak ada le nampak beza sangat haha) sebab kami ingatkan Checah datang bersama husband. So kena le arrange bagi nampak cantik sket ! Tapi Checah muncul seorang diri, nasib baik ada yang boleh makan dua tiga round jadi tak ada le membazir kan!

Selesai agenda berbuka kami solat maghrib dan menuju ke rumah Checah, tinggalkan kereta dan pergi pulak ambil Sport kat rumah. Sekali lagi Ayu buat lawak since dia je yang tahu jalan ke rumah Sport jadi kitorang pun ikut ler...bila kereta Afzan (dengan Ayu) berhenti jadi kitorang pun berhenti. Afzan park kereta dia dan naik ke kereta saya dengan Ayu. Sementara itu saya pun telefonlah Sport beritahu kitorang dah sampai tapi lamanya Sport tak keluar2. Saya perasan rumah dia nampak lain tapi entah sampailah Sport telefon tanya kitorang kat mana...haha rupa-rupanya memang salah rumah bila pandang ke depan baru nampak kelibat Sport. Terpaksa le Afzan turun dan park semula kereta ke tempat sepatutnya. Nasib baik kitorang tak tunggu depan rumah tinggal yang nampak menakutkan disebelah tu.

Perjalanan diteruskan ke Old Town WhiteCoffee untuk sesi melepak. Seperti menjadi kebiasaan kami order air dan france toast (ye ke...klu x silap le) yang dikongsi berlima (Usop tak dapat join). Seronok mengenang kisah lampau dan berkongsi pengalaman dan teka-teki. Biarpun lama tak jumpa tapi aura kemesraan tu tetap sama...walaupun Afzan adalah junior 5-4 tahun dari kami tapi cepat serasi. Hampir jam 11.45 mlm baru kami bersurai...perjalanan yang menyeronokkan jugak, mula-mula hantar Checah pastu hantar Ayu ke kereta yang ditinggalkan dikawasan office. Last sekali hantar Sport, sepanjang jalan dia tak abis-abis terangkan kat saya dan Afzan jalan untuk balik ke KL dan Puchong. Mesti berdebar ek naik keta ngan pemandu baru haha...anyway walaupun banyak kali Sport ulang kitorang tak jumpa juga land mark yang diberitahu tapi kami sampai ke tol Bangi dan selepas itu saya dan Afzan ikut jalan masing-masing. Begitulah hari yang menyeronokkan berakhir.

Hari Sabtu...tak best! Skip

Hari Ahad...hari membersih rumah dan mengosongkan bakul baju.

Hari Isnin....cuti merdeka tapi tak merdeka sebab kena study tuk test economic hari Rabu nanti

Hari Selasa...terima berita sedih pulangnya ke rahmatullah Tun Abdul Hamid Omar dari sepupu saya lebih kurang jam 10 pagi. Walaupun jarang saya dapat berjumpa dengan Tun, tapi saya selalu mendengar cerita kebaikan beliau dari sepupu saya. Apa yang paling saya kagum dengan Tun adalah bicaranya yang lembut dan penuh hemah. Takziah saya pada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun dan mereka-mereka yang rapat dengannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tun dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Hari Rabu....hari ini ada test eco tapi memang tak ada potential tuk jadi pakar ekonomi so skip!

Hari Khamis...kerja banyak & tertekan...tak best tak yah cerita. Petang lepas ofis pergi ambil Mila dan menuju ke rumah pakcik untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan tahlil . Makan memang best tapi tak larat nak tambah. Agaknya sebab dah tua, tu sebab tak leh telan banyak-banyak kot.

7 comments:

  1. Salam, hi QueenJah...selamat berpuasa. Singgah le selalu :)

    ReplyDelete
  2. tua ke? tak nampak tua pun. kak syila still look young tau.. ^_^ bukan bodek tau

    ReplyDelete
  3. yea ker anur...tima ksh2 tapi tulang tak "feel" young ler haha

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Makan sikit lebih elok,sihat. Walaupun hari-hari mendatang banyak yang tidak menyenangkan tapi ianya bermakna kerana setiap detik yang diberi diisi bukan berlalu begitu saja.

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan dari pelajar di bumi eire.. blog hopping.. :) rajin2, sila laa lompat ke blog hamba..

    ReplyDelete
  6. Salam Ummi...insyaAllah akan ingat pesanan itu selalu.

    Salam JHaZKiTaRo...selamat berpuasa, insyaAllah nanti saya lompat ke eire, thanks menjenguk disini.

    ReplyDelete