Sep 18, 2009

Cerita Hari Rabu – Baju Raya Baru Lagii

Bangun dari tidur Billa tengah kalut set up internet connection kat laptop saya & Mila. Beberapa kali mencuba masih tak berjaya, sudahnya dia telefon Along. Zaman tekno Along buat video call entah apa yang Along suruh dia buat masih tak dapat. Rupanya security password yang dia masukkan salah.

Ibu pula tengah sibuk merebus nasi impit di dapur. Abah dah keluar ambil akok yang ditempah. Tak lama kemudian abah balik bukan saja dengan akok tapi dengan 3 helai baju kurung Pahang untuk saya, Billa dan Mila. Tapi sebab ukuran untuk Billa sedikit kecil jadi abah terpaksa keluar sekali lagi. Balik kali kedua abah keluarkan 2 pasang baju yang sama corak dengan saya tadi cuma warnanya sahaja yang berbeza untuk Billa dan Ibu.

Yey...kiranya dapat 3 pasang baju raya dari abah tahun ni!!! Itu yang best jadi anak perempuan, abah yang berkenan kita yang merasa. Yelah sejak dari kecil lagi abah yang akan belikan kain untuk buat baju raya dan tradisi itu tetap diteruskan sampai sekarang.

Walau macam mana dah dewasa pun saya tetap anak abah dan tak salah rasanya terima pemberian abah. Bukan nak menyusahkan tapi saya boleh nampak abah tersenyum bila kami adik-beradik berebut pilih baju yang abah beli. Abah akan ketawa bila baju yang kami cuba muat atau tak padan dengan kami (termasuk ibu) pastu abah akan komen. Seronok tengok abah buat garang dengan ibu tapi selalunya ibu akan gelak je.

Sangat seronok dapat berbuka di rumah bersama family tersayang. Tinggal Aril dan Along je yang belum sampai. Tak sabar tunggu semua berkumpul bersama.

No comments:

Post a Comment