Feb 11, 2009

Politik & Perpaduan

Hari ini tetiba terasa nak 'bercakap' menda serius sket. Walaupun Syila sebenarnya kurang berminat dengan politik tapi apa yang berlaku di Perak agak menarik perhatian.

Tindakan saudara-saudara Islam kita yang merusuh dan mengadakan demonstrasi di Perak baru-baru ini pada pandangan Syila agak memalukan. Walaupun ia hanya mewakili suara parti tertentu tapi ia telah memberikan gambaran yang tidak elok untuk umat Islam seluruhnya. Walau apa pun sebab dan alasannya tidak boleh ke kita sebagai saudara seagama duduk berbincang dan mencari penyelesaian seperti yang dianjurkan oleh agama kita. Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kepada kita ilmu, akidah serta akhlak yang sepatutnya kita contohi dan ambil pengajaran. Kisah kecekalan dan kesabaran Rasulullah dalam menangani konflik dan permasalahan negara sepatutnya dijadikan panduan dan contoh kepada kita hari ini.

Biarpun berbeza idealogi dan dasar politik kita harus ingat yang paling penting adalah keamanan dan perpaduan rakyat Malaysia. Apabila kita saling bermusuh dan menjatuhkan antara satu sama lain, kita mungkin akan menjadi seperti rakyat negara Iraq dan Palestin. Musuh-musuh negara akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan negara kita. Jangan terlalu leka dengan pentas politik sehingga menggugat keselamatan negara.

Lihat saja kenyataan berani Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak, ini menunjukkan dia tidak menghormati kedaulatan sistem beraja. Sultan Perak bukan sebarangan Sultan, baginda pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara. Keputusan baginda pastinya berdasarkan fakta-fakta yang relevan dan undang-undang yang baginda amat jelas tentangnya. Jika kita sendiri menunjukkan rasa tidak hormat pada undang-undang dan pemimpin negara, jadi jangan harap orang lain akan menghormatinya.

Pada pemimpin-pemimpin parti yang sedang bertelagah terutama yang beragama Islam tunjukkanlah contoh yang baik kepada rakyat. Seingat saya bila menang pilihanraya semua akan berkata “Saya ingin berbakti kepada rakyat, semuanya untuk rakyat”. Jadi kotakanlah janji-janji untuk rakyat anda kerana apa yang berlaku sekarang rasanya bukanlah untuk kebaikan rakyat dan negara. Jangan gadaikan keamanan dan kehormatan negara untuk kepentingan peribadi dan parti masing-masing. Kuasa dan kedudukan yang anda ada sekarang adalah hasil kepercayaan rakyat, jadi jangan hilangkan kepercayaan itu kerana rakyat sekarang tidak bodoh untuk menilai, mereka tidak buta dan tidak pekak. Kebenaran tidak selamanya dapat disembunyikan.

Komen orang politik yang paling Syila benci ialah bila diorang berkata inilah cara berpolitik. Kelakar juga masa nak meraih undi berdegar-degar bercakap pasal jujur, amanah dan kebaikan rakyat tapi apabila kuasa berada dalam tangan jujur kemana, amanah kemana dan rakyat pula yang pening. Kuasa dan kemewahan memang boleh membuat manusia lupa diri, agaknya kalau Syila diberi kuasa dan kekayaan pun mungkin Syila juga akan jadi begitu. Semasa miskin dan tak ada kuasa memang kita akan ingat yang semua ini boleh membawa kemusnahan jika kita terlalu mengagungkannya. Tapi apabila kita sudah ada ‘segalanya’ mungkin kita juga akan terlupa.

Jadi kepada pemimpin-pemimpin yang mungkin telah terlupa, sedarlah dan laksanakan apa diamanahkan oleh rakyat kepada anda, tak kiralah anda dari parti mana. Lakukanlah tanggungjawab anda dengan jujur dan sebaik-baiknya terutama pada saudara-saudara pemimpin seagamaku, ingatlah disana nanti anda akan dipersoal dengan apa yang telah anda lakukan kepada rakyat anda.

Ketika masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan dan mengembalikan keteguhan perpaduan rakyat Malaysia, bertindaklah kerana apa yang anda ada hari ini mungkin akan hilang sekelip mata. Allah Maha Melihat dan Maha Berkuasa, tiada sesuatu pun yang tiada dalam pengetahuan-Nya. Jangan melampaui batas kerana kemurkaan Allah pasti akan membinasakan.

2 comments:

  1. Hehe, ko pun kepolitikan jugak ek.

    Bagi aku, tidak adil pada pengundi atau rakyat yang memilih. Sebab senang2 orang yang diundi boleh dibeli oleh parti satu lagi. Sebab aku tahu perasaan membuang undi. Hahah.

    ReplyDelete
  2. Aku x suka sgt politik ni tapi sbg pengundi apa salahnya berkongsi pandangan. Aku setuju ngan ko. Org yg lompat parti ni org yg x tetap pendirian & ada kepentingan tertentu je...

    ReplyDelete