Mar 31, 2009

‘Angelhair’ Goreng



Resepi ciptaan orang malas yang kelaparan...semalam balik dari ofis terpaksa meredah hujan yang sangat lebat. Agak takut juga sebab angin pun kuat sampai terasa payung yang dipegang seperti nak terbang….

Tapi nasib baik keluar dari lrt station tu hujan dah reda sket so tak ada le kuyup sampai kat rumah. Selesai semua urusan yang perlu sementara menunggu mengantuk sempat tengok tv dulu. Walaupun baju yang tak berbasuh dah berbukit tapi memang malas betul. Rancangan semalam best juga, mula-mula tengok ntv7 layan ‘Bones’ pastu tukar tengok tv9 ‘Julia Juli’ selepas tu gelak besar dengan ‘Seniman Bujang Lapok’.

Masa tengah syok tengok Bones perut dah berbunyi-bunyi pulak alahai malasnya nak makan ops masak sebenarnya. Habis Bones terus pegi dapur tengok apa yang boleh dimakan dengan segera. Alamak stok mee segera dah abis, terjenguk-jenguk dalam almari makanan mencari pape yang boleh mengenyangkan perut tua ni. Ternampak spaghetti ‘Angelhair’ yang dah ¾ diguna haaa perencah bihun seri aji. Hehe otak dah memberi isyarat kepada perut yang kita dah jumpa bakal hidangan tapi buka peti ais dulu yesss telur ada dan sosej pun!!

Tanpa berlengah rebus spaghetti dulu, berlari pergi tengok Julia juli. Lepas 4 minit berlari plak angkat spaghetti then tos. Potong sosej kecil-kecil nyalakan api then goreng, masukkan telur dan tuangkan perencah yang dah ditambah air then gaul rata. Tambah kicap sikit. dah naik bau masukkan spaghetti pastu kacau sampai sebati. Pastu masukkan dalam pinggan bawak masuk dalam bilik then makan sambil sambung tengok Julia juli. Hehe pantas saja untuk orang malas ni…

Rasanya boleh tahan juga tapi perencah bihun seri aji ni lebih pedas dari yang pernah dibeli dulu. Tapi takpe paling penting perut dah kenyang, che tuk pun lagi cepat sampai. Saya pun tak sedar pukul berapa terlena tapi yang pasti Seniman Bujang Lapok tu sampai babak si Ramlee intai cik Salmah yang tiba-tiba sedih dari luar pintu pastu kena tegur dengan sorang pakcik. Kelakar juga bila Ramlee kenakan pakcik tu…kena kutu b*b* pun leh batal air sembahyang kerrr….haha kira terlena dalam senyuman gak ler semalam.

“Dah besar nanti baru faham…’

Sangat malas untuk bekerja hari ni, badan rasa tersangat penat dan tak bermaya walaupun pagi tadi dah minum susu Anlene hehe..rindu dah nak lepak kat rumah, tengok tv dan baring-baring tanpa fikir pape. Tapi nak buat macam kerja dengan orang macam ni ar..

Bila dah penat sangat nak makan pun tak ada selera, yang bagusnya boleh berjimat sikit. Seminggu dua ni menu lunch & dinner cuma roti sapu planta dan kaya je. Tapi yang tak bagusnya, balik dari kerja terus landing atas katil. Sampai ada juga beberapa kali solat Isyak lagi dekat dengan subuh dari maghrib. Lani penat macam mana pun saya akan cuba bertahan tunggu lepas Isyak baru tidur, kalau tak jawabnya jadi kayu api kat neraka le.

Berdasarkan pemerhatian pada perubahan tingkah laku sejak semakin “tua” ni, banyak yang dah berubah, kalau dulu boleh stay up sampai 2 3 pagi tapi sekarang ni cepat sakit kepala kalau lambat tidur. Selera menonton pun lebih kepada cerita-cerita ringan yang tak membebankan otak. Kalau nak menonton movie pun cerita bercorak komedi jadi pilihan, tak kisah le komedi romantik ke komedi bodoh pun boleh layan. Time cuti pulak lebih suka berkurung kat rumah dari keluar berjalan-jalan tanpa tujuan. Pastu bila tengok cerita atau iklan sedih pun cepat touching. Tengok iklan susu Enfa pun boleh berair mata haha…

Itulah dulu saya selalu gelakkan ibu dan makcik-makcik saya kalau diorang cepat tersentuh, saya kata diorang ni lembut hati sangat tapi sekarang baru saya faham perasaan ‘tu’. Saya rasa situasinya sama macam bila kita cakap kat budak kecik “dah besar nanti baru korang faham”. Sekarang saya dah faham…betul-betul faham. Saya pernah tanya beberapa kawan dan mereka pun rasa macam tu juga, mungkin ini adalah salah satu kitaran semulajadi…yea ke???

Mar 30, 2009

Biar tak kaya harta asal tak miskin berkasih sayang

Bukan tiba-tiba tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana seorang anak sanggup meninggalkan ayah yang terlantar sakit sendirian?

Tidak adakah rasa kasih atau kasihan dalam diri mereka terhadap ayah yang telah memberikan segala yang mereka ada hari ini?

Apakah alasan yang membenarkan pengabaian mereka?. Silap ayah yang tidak pandai mendidik atau salah anak yang lupa diri?

Pada yang telah kehilangan ayah untuk selama-lamanya, setiap saat yang pernah dilalui bersama akan dikenang untuk mengubati kerinduan. Tapi yang masih ada ayah pula boleh lupakan tanggungjawab sebagai anak tanpa rasa bersalah.

Setiap kali mendengar kisah insan yang telah kehilangan ayah, ia mengingatkan saya untuk bersyukur kerana masih diberi masa dan peluang bertemu dan menatap wajah lelaki yang paling saya sayangi. Walaupun abah sangat garang ketika saya kecil tapi saya tahu betapa dalamnya kasih sayang abah pada kami adik-beradik. Dulu saya tidak dapat mengecam wajah penuh kasih itu kerana terlindung dengan sikap serius dan garangnya.

Ya, seorang ayah mungkin tidak akan selalu memeluk dan mencium pipi kita setiap hari, mungkin juga dia tidak akan bergurau dan menghabiskan banyak masa bersama seperti mana yang dilakukan oleh seorang ibu. Tetapi dia akan sentiasa ada waktu kita memerlukan walaupun dengan rupa yang serius atau dengan jelingan mata yang menakutkan.

Mungkin juga kita akan dimarahi jika meminta sesuatu yang tak penting, tapi lambat laun ayah akan cuba dapatkan juga apa yang kita mahu walaupun kadang-kala kita terpaksa menunggu atau berkecil hati dahulu.

Kurangkah nilai kasih sayang jika ayah tidak banyak menghabiskan masa bersama biarpun kita tahu ketiadaanya adalah kerana mencari rezeki buat memenuhi keperluan hidup dan bekalan masa depan anak-anaknya. Setiap hari bekerja keras supaya anak-anak tidak lagi terpaksa menunggu untuk mendapat apa yang diinginkan. Seorang ayah sanggup mengorbankan keinginan sendiri demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Saya masih tak dapat memahami pemikiran sesetengah orang yang sanggup meminggirkan ayah sendiri. Kalaulah ayah itu seorang yang tidak bertanggungjawab atau tidak pernah ambil peduli tentang keperluan hidup mereka, saya boleh faham. Tapi kalau ayah itu tentu-tentunya seorang ayah yang baik maka apakah yang membutakan mata hati mereka?

Masa depan bukanlah dalam pengetahuan kita, tetapi saya berharap kami adik-beradik tak akan menjadi anak-anak yang lupa tanggungjawab. Berilah mereka perhatian sebelum Allah tutup peluang kita mendengar suara dan menatap wajah mereka buat selama-lamanya. Dalam mengejar dunia kadang-kadang kita terlupa pada mereka yang selalu ada untuk kita. Sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari, manfaatkanlah sisa-sisa masa yang ada untuk menghargai satu-satunya ibu dan ayah kita. Tak mengapa kalau tak kaya harta asalkan tak miskin dalam berkasih sayang.

Mar 25, 2009

Tak de rezeki lagi...

Ini cerita semalam tapi sampai sekarang masih rasa macam.....geramnyer!!!
Begini, pagi semalam seperti biasa saya akan buka mail box dan cek kalau2 ada email yang perlu diberi perhatian segera. Sejak 2 minggu kebelakangan ni saya jarang berpeluang menjengah mail box setiap hari. Sedang mengecek tu, saya ternampak email "Jom makan tengahari bersama Anuar Zain di SDCC!::2604" apalagi tanpa membuang masa email tersebut terus saya buka.
Betapa excited bila melihat ada peraduan untuk memenangi pas jemputan makan tengahari bersama Anuar Zain di Sime Darby Convention Centre, dengan soalan yang sangat senang kecuali yang susah sket bila kena isi macam slogan kata "Saya adalah peminat Anuar Zain dan buktinya......" hehe walaupun saya tak de bukti yang kukuh sangat tapi saya memang peminat Anuar Zain.
Sambil berdoa saya jawab soalan yang sangat mudah tu dan isi ler slogan asal boleh (tak ingat dah apa yg saya tulis) dan baru je saya nak send barulah terpandang tarikh lunch tersebut adalah pada 9/4/09...alamak hancur luluh angan-angan nak lunch ngan Anuar Zain, waktu tu saya patut ada kat kampung!!! hilang semangat nak kerja pagi tu...memang spoilkan mood betol...
Memang tak de rezeki lagi nak tengok persembahan Anuar Zain secara live. Pernah sekali je saya tengok dia perform live kat Planet Hollywood dengan Dayang Nurfaizah. Time tu memang best sangat, itu semua jasa baik sepupu kesayangan saya Tek & tunangnya (pada masa itu) yang belanja saya masuk. Maklum le waktu tu student lagi, abis show je saya tumpang tido umah sewa kak Edd sebab nak balik asrama dah tak boleh nanti kena tahan. Kelakarnya kak Edd siap tanya saya..."Syila hisap rokok ke?" sebab baju saya berbau asap rokok...waktu tu saya rasa soalan kak Edd tak logik langsung. Tapi melihat muka kak Edd yang macam ragu-ragu tu saya terangkanlah juga situasi sebenarnya. Keesokannya sebab saya tak bawak baju spare maka baju yang berbau asap itu jugalah yang terpaksa saya pakai untuk balik ke asrama. Hampir habis setengah botol perfume saya sembur untuk hilangkan bau yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah pada rakan-rakan lain...mana tahu kan nanti boleh menimbulkan fitnah pulak...hehe
Bila le Anuar Zain wat persembahan yang tiketnya x mahal sangat...cepat le sket leh tengok. Kalau mahal-mahal ni, walaupun peminat setia fikir 2 3 4....100 kali gak... ahaks !

Mar 24, 2009

Impian yang perlu dinanti…

Sangat tak suka kalau kena menunggu!!! Tahu tak penantian tu suatu penyeksaan, kalau tak, takkan ler ada perumpamaan macam tu. Paling tak suka bila menunggu, mesti kita rasa masa berlalu sangaaaaaat lambat. Kadang-kadang rasa macam tak bergerak pun ada. Tapi tak tau lah kalau orang yang tak sabar macam saya je yang rasa macam tu...

Apa yang saya tunggu ???

Haa…yang tu tak boleh bagitahu dulu, bila dah dapat hitam putih baru boleh umumkan secara nyata. Itulah masalahnya, nak tunggu black & white tu yang tak sabarnya. Harap-harap apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan dan semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Hidup saya kebelakangan ini agak kelam-kabut sikit tambahan lagi weekand pun kena kerja. Nak buat macam mana dah namanya kerja dengan orang, suka ke tak suka ke kenalah buat jugak. Tapi kalau saya stress saya selalu fikirkan atau dengan perkataan yang lebih tepat, berangan tentang ‘impian’ saya itu. Kalaulah mimpi menjadi nyata, ada beberapa perubahan yang perlu saya lakukan antaranya mencari kerja dan rumah baru supaya senang saya menguruskan kehidupan baru nanti.

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya dan menganalisis segala kemungkinan serta risiko yang bakal dihadapi, besar keyakinan saya untuk memulakan langkah baru. Walaupun agak sukar untuk membuat pilihan tapi telah tiba masa untuk saya menentang arus jika inilah yang terbaik. Ada sedikit rasa bimbang tapi saya tahu saya ada dahan untuk berpaut dan teman untuk berbincang.

Buat masa sekarang yang boleh saya buat ialah berdoa dan bersabar. Yang satu tu memang tak ada masalah cuma dari dulu sampai sekarang ibu selalu kata saya bukan ‘jenis’ yang penyabar jadi hanya Allah saja yang tahu betapa ‘seksanya’ saya sekarang…hehe…sabar je lah!!

KITA KINI SATU

Tiada lagi aku sendiri
Menjalani hari mencari erti
Walau terbiasa diulit sepi
Tetap bermakna hadirmu disisi

Hidupku tak lagi sunyi
Kebisinganmu mengisi hari
Biar bertaki tetap indah didengari
Dalam hati kau ku syukuri

Telah aku lepaskan segala
Yang terikat di dalam jiwa
Telah aku hapuskan ingatan lama
Untuk ku ukir kenangan bersama

Tanpa duga kita bertemu
Tanpa mesra kita berpadu
Tanpa cinta kita rindu
Tanpa sedar kita kini satu

Mar 15, 2009

Perkongsian Rasa Dua Generasi

Hehe lately mood selalu berubah-ubah, jadi blog pun kena tempias gak. Bukan jenis orang yang tak tetap pendirian tapi belum jumpa apa yang dicari. Chewah ntah apa-apakan...banyak yang berlegar-legar dalam kepala, banyak perkara yang belum settle tu yang banyak berfikir sket kebelakangan ni. Tambah pulak musim busy dah kembali selepas hampir sebulan bekerja secara normal. Lepas dah pandai sket meng'adjust' header ni abis sume gambar diedit. Tapi header baru ni macam sesuai sangat dengan mood sekarang. Sekeping gambar mungkin memberi makna yang berbeza untuk setiap orang. Bagi saya ia menggambarkan satu perjalanan dalam 'daerah' sendiri. Perjalanan mencari dan mengisi kehidupan seperti yang diimpikan.
Yup, setiap orang ada impian masing-masing dan hujung minggu baru-baru ini saya mendengar seseorang meluahkan impiannya. Bagaimana dia dalam dilema untuk membuat pilihan demi mencapai apa yang diimpikan. Saya tidak mampu untuk membantu sekadar boleh mendengar dan berkongsi pendapat. Nyatanya kami mempunyai pandangan yang berbeza, walaupun begitu saya kagum dengan perancangan dan kesungguhannya. Mungkin saya tidak seberani dia untuk menentukan arah tuju setegar itu. Mungkin juga kerana saya seorang yang berfikiran 'logik' atau secara ringkas boleh dikatakan saya adalah orang yang mementingkan diri dalam soal mencari pasangan. Kadang-kadang saya pelik bagaimana orang boleh menerima seseorang dalam hidupnya kerana simpati, menjaga hati atau kerana pilihan keluarga. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup, mampukah simpati dan sabar bertahan selama itu.
Dari luahannya, saya tahu dia agak tertekan dengan cakap-cakap orang sekeliling. Semua orang pasti melalui saat itu, kalau kita tahu apa yang kita mahu biarkan saja apa yang orang lain perkatakan. Masa depan kita adalah risiko kita sendiri. Apa yang mampu dirancang dan dilaksanakan...lakukan sebaiknya tapi perkara yang bukan dalam tangan kita untuk menentukan serahkan saja pada DIA yang Maha Mengetahui. Masa dan jalan yang terbaik untuk setiap dari kita adalah datang daripada-Nya kerana DIA yang Maha Mengerti. Bercakap memang senang tapi untuk melaluinya tak semudah itu tapi percayalah Allah itu Maha Adil.

Mar 5, 2009

Kejutan Di Pagi Hari Khamis

Pagi tadi sedang Syila kelam-kabut bersiap untuk ke tempat kerja maklum le dah terlambat, Syila menerima sms dari housemate Syila mengkhabarkan ada kejadian bunuh diri berdekatan rumah kitorang. Berderau darah sekejap, terlintas dalam fikiran, akak ni betul-betul ke main-main.

Sepanjang perjalanan ke pejabat Syila berfikir dan membuat andaian sendiri, macam mana ada orang sanggup mengambil keputusan sebegitu rupa. Memang betul berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tetapi janganlah mengambil jalan mudah, fikirkanlah ibubapa dan keluarga. Dalam membesarkan kita banyak yang telah mereka tempuh, hari-hari sukar yang mungkin juga pernah membuatkan mereka berdepan dengan pilihan yang satu itu. Tetapi kewujudan kita sehingga ke hari ini membuktikan bahawa mereka tidak pernah berputus asa dengan kesusahan mereka.

Agaknya mereka yang sanggup melakukan perkara macam itu berpendapat dengan menamatkan riwayat mereka, maka segala kesengsaraan yang mereka alami juga akan berakhir. Pernahkah mereka terfikir tentang perasaan keluarga mereka? atau apakah yang akan terjadi jika segala masalah yang kononnya akan tamat itu menjadi beban kepada keluarga mereka pula? Bukankah itu tidak adil dan mementingkan diri sendiri namanya.

Bagi orang Islam yang membunuh diri kesengsaraan itu sebenarnya tidak akan tamat tetapi berganti dengan penderitaan dan kesakitan yang maha dahsyat kerana membunuh diri tergolong dalam dosa besar dan amat dilaknati Allah. Tempat mereka nanti adalah neraka jahannam dan Syila pernah membaca satu artikel yang menerangkan jikalau satu percikan api neraka yang sebesar lubang jarum jatuh ke bumi maka bumi ini akan hancur lebur. Jadi kalau ada yang pernah terfikir untuk membunuh diri, fikirkanlah adakah anda sanggup menghadapi penderitaan dunia yang sementara atau menanggung azab api neraka yang kekal selama-lamanya.