Hehe lately mood selalu berubah-ubah, jadi blog pun kena tempias gak. Bukan jenis orang yang tak tetap pendirian tapi belum jumpa apa yang dicari. Chewah ntah apa-apakan...banyak yang berlegar-legar dalam kepala, banyak perkara yang belum settle tu yang banyak berfikir sket kebelakangan ni. Tambah pulak musim busy dah kembali selepas hampir sebulan bekerja secara normal. Lepas dah pandai sket meng'adjust' header ni abis sume gambar diedit. Tapi header baru ni macam sesuai sangat dengan mood sekarang. Sekeping gambar mungkin memberi makna yang berbeza untuk setiap orang. Bagi saya ia menggambarkan satu perjalanan dalam 'daerah' sendiri. Perjalanan mencari dan mengisi kehidupan seperti yang diimpikan.
Yup, setiap orang ada impian masing-masing dan hujung minggu baru-baru ini saya mendengar seseorang meluahkan impiannya. Bagaimana dia dalam dilema untuk membuat pilihan demi mencapai apa yang diimpikan. Saya tidak mampu untuk membantu sekadar boleh mendengar dan berkongsi pendapat. Nyatanya kami mempunyai pandangan yang berbeza, walaupun begitu saya kagum dengan perancangan dan kesungguhannya. Mungkin saya tidak seberani dia untuk menentukan arah tuju setegar itu. Mungkin juga kerana saya seorang yang berfikiran 'logik' atau secara ringkas boleh dikatakan saya adalah orang yang mementingkan diri dalam soal mencari pasangan. Kadang-kadang saya pelik bagaimana orang boleh menerima seseorang dalam hidupnya kerana simpati, menjaga hati atau kerana pilihan keluarga. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup, mampukah simpati dan sabar bertahan selama itu.
Dari luahannya, saya tahu dia agak tertekan dengan cakap-cakap orang sekeliling. Semua orang pasti melalui saat itu, kalau kita tahu apa yang kita mahu biarkan saja apa yang orang lain perkatakan. Masa depan kita adalah risiko kita sendiri. Apa yang mampu dirancang dan dilaksanakan...lakukan sebaiknya tapi perkara yang bukan dalam tangan kita untuk menentukan serahkan saja pada DIA yang Maha Mengetahui. Masa dan jalan yang terbaik untuk setiap dari kita adalah datang daripada-Nya kerana DIA yang Maha Mengerti. Bercakap memang senang tapi untuk melaluinya tak semudah itu tapi percayalah Allah itu Maha Adil.
No comments:
Post a Comment