Apr 24, 2009

Cerita dari @Lambaian...

Haaaa...

Hari ni saya nak bercerita pasal Alumni Lambaian Masyarakat atau nama manjanya @Lambaian. Manja ke? @Lambaian memang tak manja tapi orang-orang di dalamnya mungkin ada yang manja. Mungkin? Taklah memang ada yang manja, Aqil dan Amar manja. Boleh? (teringat kat Pilo dan intonasi bila dia menyebut perkataan tu)

Emm Aqil dan Amar adalah anak-anak kepada pasangan yang berputik cintanya ketika sama-sama menerajui Lambaian. Betul ke? Kalau tak percaya boleh tanya tuan punya badan hehe..

Saya pasti setiap ahli Lambaian mempunyai kenangan istimewa bersama keluarga Lambaian. Kenangan yang kadang-kadang membuatkan kita rindu dan berharap kita dapat mengulangi semula segala keindahannya. Chewah macam jiwang je, tapi bukan saya sorang je yang rindu....ramai lagi....nak saya sebutkan sorang-sorang ke? Tak yah le Kak Easy, Adam, Sport, Abg Gap, Ayu, Azwar, Ikin, Usop, Ain kan kan...

Diorang sume geng Lambaian yang sekarang sedang berusaha keras untuk mengadakan AGM pertama dan Family Day @Lambaian 2009. Plannya pada 6 & 7 Jun nanti cuma tempatnya belum confirm lagi. Pada semua ahli Kelab Lambaian Masyarakat, KTC, UTM yang telah menamatkan pengajian tapi tidak menerima apa-apa berita lagi berkaitan perkara ini jangan berkecil hati kawan-kawan semua dijemput hadir sama. Maklumat lanjut bolehlah anda rujuk kepada blog rasmi @Lambaian di http://alumnilambaian.blogspot.com/ yup.

Tapi selain dari kitorang ada lagi yang selalu berkata pada saya "Rindunya nak jumpa geng-geng Lambaian dulu...bestkan kalau dapat kumpul ramai-ramai"

Itu cuma salah satu dari dialog yang pernah saya dengar. Pada Kak Ti, Kak Edd, Nogie, Dila, Dee, Nicko, Emy, Nani, Izan, Zie, Mimi, Checah, Syidah, Kiah, Alan, Wazir, Suject, Komeng, Pudin, Kak Umi, Kak Yus, Kak Lida dan geng-geng batch 1999 yang lain...giler rindu nak jumpa ngan korang!! contact ler kitorang di @Lambaian ni cepat-cepat. Pada batch-batch lain jangan kecik hati korang tak saya lupakan.

@Lambaian adalah hak milik semua alumni Lambaian, jadi jangan segan-segan hubungi kitorang sebab kami cuma membantu secara ikhlas supaya kita semua dapat berkumpul semula. Kenangan manis serta sahabat-sahabat yang best dalam Lambaian telah menguatkan semangat kami secara sukarela untuk merealisasikan perjumpaan ini. @Lambaian memerlukan kehadiran dan paling penting pandangan serta idea korang semua untuk menentukan hala tuju serta peranan sebenar yang boleh disumbangkan oleh @Lambaian kepada ahli-ahlinya. Setakat ni kami dapat mengumpulkan hampir 90 orang alumni Lambaian dari batch 1997 hinggalah batch 2005.

Harap-harapnya ramai yang dapat join AGM dan Family day nanti..........

Jumpa korang semua di sana nanti OK!

Yang sedang terkedek-kedek dalam kepala: Teringin nak tengok Final Piala FA, Kelantan vs Selangor malam esok secara Live dan tengok movie Jangan Tegur yang kata orang yang dah tengok cerita tu memang menakutkan. Betul ke?


2 comments:

  1. tengok ke bolanya? hahah.

    malas nak sebut nama.. padahal lepas tu semua dia sebut. hahah. takpe. kot-kot yang disebut itu teruja nak membalas komen kan.

    ReplyDelete
  2. Along aku selfish!! Datang tak cakap aku tahu pun diorang dah beli tiket. Hangin je tapi bila kalah tu kurang ar sket geram aku hehe...

    Tu le pasal kalau tak sebut org kata tak ingat pulak, mana tahu lepas sebut terus timbul.

    ReplyDelete