Sep 6, 2009

Berbuka Puasa Bersama @Lambaian di Bangi - 5hb September 2009

Walaupun diluar hujan turun dengan lebatnya tapi di dalam bilik terasa membahang. Adakah kerana orang yang sedang menulis cuma mandi sekali je hari ini atau kerana betul apa yang dikatakan oleh cikgu sains dulu, duduk rumah batu siang sejuk, malam mesti panas , yea ke?.

Wah berani persoalkan apa yang cikgu cakap, kalau tanya kat budak-budak sekarang mesti diorang marah kalau cakap macam tu. Apa yang cikgu cakap mesti betul, kalau kita ajar diorang cara lain selain dari yang cikgu ajar walaupun jawapannya betul tapi mesti diorang tak caya gak...Tapi cikgu ajar lain!!! Hah sudah sape nak jawab tu...

Intro hari ini tak ada kaitan dengan apa yang nak diceritakan, anggap je iklan......

Cerita hari ini pasal Majlis Berbuka Puasa yang telah diadakan di Kagumas Restaurant (Catering) yang terletak di Bandar Baru Bangi. Sebenarnya secara tak sengaja terjumpa restoran ni semasa dalam perjalanan nak berbuka di Yankees Hut hari tu. Tengah-tengah terperangkap dalam jem terpandang ler poster Buffet Ramadhan yang menawarkan harga RM30 nett. Ayu cakap makanan kat situ ok jugak sebab dia pernah pergi berbuka kat sana tahun lepas.

Setelah berbincang & membandingkan harga dengan beberapa tempat lain yang dapat dikesan oleh Sport, kami memutuskan untuk memilih Kagumas atas faktor harga dan lokasi. Nak cari buffet yang sedap dan murah rasanya mustahilkan. Jadi akhirnya pada jam 6.15 petang dengan ditemani Mila dan Ain, kami sampai di Kagumas. Alhamdulillah dapat sampai tanpa sesat (itupun kol tanya abg jijoe gak hehe), confirmkan kehadiran dulu then ke aras dua untuk solat Asar. Belum pun sempat ambil wuduk, Airin dah telefon...dia & abg Robin dah sampai jadi saya tinggalkan Mila & Ain dulu. Turun je Afzan & Fauzan pun dah ada begitu juga Kak Tie, Abg Dol, Aiman dan Aleya. Cepatnya Aleya dah besar.

Selesai tunjukkan meja saya bergegas ke surau untuk solat yang waktu tu dah menjengah 6.45 ptg. Baru selesai wuduk Mila & Ain masuk...rupa-rupanya ada surau yang lagi besar jadi pindah le ke sana pulak. Selesai urusan wajib, bila turun terserempak dengan Yam, suami & aqil. Masuk ke dalam ramai yang dah tiba Abg Jijoe bersama Kak Aleen dan 2 orang puteri, Kak Aerin, Kak Jerq, Kak Pitt, Zul, Black dan Usop. List yang hadir saya semak sekali lagi...yang belum sampai Aretuk, Enni dan Bosten. Dari info Zul dan Black, Bosten dah dalam perjalanan dari tempat kerjanya. Saya telefon pulak Aretuk rupanya dia & Enni dah sampai dan sedang mencari parking. Saya keluar bimbang diorang tak jumpa cari tempat berselisih dengan Ain yang sedang memegang sudu dan garfu di tangan tapi nak gak ikut keluar. Dari jauh dah nampak Aretuk dan Enni berjalan ke arah kami. Alhamdulillah tak lama selepas itu Bosten pula sampai, semua jemputan dah ada bila azan berkumandang.

Sesi makan sambil chit-chat dan kemudian diikuti dengan sesi mengisi borang keahlian dan akhir sekali sesi taaruf supaya semua yang hadir dapat kenal antara satu sama lain. Nampaknya aura Lambaian masih sama...pertalian yang tak nampak dimata tapi dirasai dihati cewaaah. Walaupun seronok tapi tetap rasa tak lengkap tanpa kehadiran orang kuat, Sport dan Azam yang tidak dapat datang atas urusan yang tak dapat dielakkan. Terima kasih banyak-banyak kat Sport yang sanggup pergi bayarkan deposit dan menjemput yang lain sedangkan tahu diri sendiri tak dapat join. Sian ko...

Majlis berakhir jam 915 mlm , terima kasih pada semua yang sudi hadir terutama abang-abang dan kakak-kakak senior saya dari batch 1997 yang dah lama tak jumpa juga kawan-kawan dan adik-adikku yang happening...kerana korang sume hari ini buka pose sangat seronok!!!

Tak lupa pada geng-geng JB yang juga mengadakan majlis berbuka di Baboo’s Restaurant, Taman Universiti, hope korang juga menikmati buka pose yang meriah dan happening...
Kenangan yang sempat dipotretkan...
Mengabadikan kenangan bersama

Sebelum balik sempat lagi posing depan restoran

Last sekali...thanks kat adik, Mila sebab tolong temankan dan ambilkan gambar-gambar kitorang.

7 comments:

  1. Salam...
    Dekat JBpun meriah. Penuh serestoren. Aqil dan Ammar makan banyak. Aqil cakap best jumpa kawan-kawan Abah dengan Ummi. Tak sabar nak jumpa semua raya nanti.

    ReplyDelete
  2. Wah korang conquer ler ekk best le Aqil & Ammar mesti jadi tumpuan. Kawan ngan orang2 tua ler diorang hehe..

    ReplyDelete
  3. Aqil sampai tertido sbb seronok sgt layan kawan abah & ummi dia..keke..

    ReplyDelete
  4. huhu..jelesnye... pasti seronok. takde yg tak seronok bila jumpa geng lambaian. Tak sabo nk jumpa lg. maybe utk geli gelak lambaian, tgh bodek membodek hubby utk g nih. Kak syila gi tak? ingat nk ajak kak nogie skali. jom2

    ReplyDelete
  5. Anur...klu jeles jom jumpa kat jamuan raya. Akak insyaAllah turun tapi lum bagitahu diorang lagi hehe..a'ah awak psiko sket kak nogie tuuu akaknya dia x heran dah!

    ReplyDelete
  6. ayen nampak kurus la..
    haha~
    beriya die suh amek pic bagi nampak effect kurus..

    gathering ngan @lambaian mmg best..
    paling x sangka Ayen dengan Black la..
    datang dari jauh tuh..

    ReplyDelete
  7. A'ah tu yang bestnye @Lambaian walaupun jauh sanggup datang jugakkk....apa x nyer Lambaian memang BEST GILER!!!!!

    ReplyDelete