Sep 18, 2009

Cerita Hari Rabu - Perjalanan Pulang

Emmm seronoknya dapat update blog dari rumah sendiri. Perasaan dia memang lain, terima kasih pada abah yang pasangkan internet kat rumah.

Badan masih rasa penat sebab perjalanan yang jauh dan panjang. Yealah selepas habis kerja hari Selasa terpaksa ke JB kerana ada panggilan yang tak disangka. Tiba di JB sepupu saya ambil dan seperti biasa menumpang di rumah Kak Easy dan Adam. Rasanya tak lah lama sangat tak jumpa Ammar tapi budak cute yang mempunyai lesung pipit menawan tu nampak dah besar sangat.

Lama tak jumpa mesti panjang boraknya lepas bersahur dengan meehoon goreng Kak Easy yang sedap tu barulah kitorang tidur lebih kurang jam 3.45 pagi. Jam 6.30 pagi dah bangun dan bersiap untuk urusan sepatutnya, sekali lagi minta jasa baik Adik Na hantarkan saya. Terima kasih pada Kak Easy, Adam, Aqil dan Ammar atas layanan mesra dan juga bekal Colek Aji, buah-buahan dan biskut coklat cip buatan sendiri (Ijat siap makan pegang dengan botol-botol sekali dia cakap sedappp!).

Selesai urusan dalam 10.45 pagi Adik Na hantar pula saya ke Stesen bas Sri Puteri untuk pulang ke KL perjalanan 11.20 pagi. Tiba di rumah dah 3.50 petang, rehat sekejap sebab dalam bas tak dapat lelapkan mata then kemas barang-barang untuk pulang ke KB. Awalnya plan nak pergi cuci kereta dulu tapi memikirkan hujan yang tiba-tiba turun dan keadaan trafik yang teruk pada waktu-waktu begini saya batalkan niat.

Lebih kurang 6.30 petang barulah semuanya selesai, saya baringkan diri sekejap. Pinggang pun dah terasa lenguh. Lebih kurang dekat-dekat nak berbuka baru ke dapur siapkan mee goreng segera Sedap sebab malas nak turun beli makanan. Lagipun Mila berbuka di kedai dengan kawan-kawan so ringkas pun dah cukup untuk isi perut sendiri. Housemate saya pulak sedang sibuk bungkuskan Kek Lapis Coklat Sarawak yang saya tempah khas untuk raya hehe siap minta Kak Farida potong sket buat bekal dalam perjalanan nanti.

Perjalanan pulang ke kampung bermula agak tak baik sebab saya tersesat cari jalan untuk ke rumah sepupu saya. Tapi tak apa akhirnya jumpa, mulanya saya nak drive dulu tapi memandangkan mata dah start mengantuk Sabri kena ambil alih. Lagipun ini pertama kali nak bawa Putih balik ke kampung agak berdebar juga. Perjalanan selesa dan lancar tapi agak mencemaskan juga sebab minyak hampir habis lebih kurang 12 km sebelum kami sampai di Gua Musang. Nasib baik sempat sampai ke stesen Shell untuk mengisi minyak dan bersahur di gerai berdekatan.

Selepas itu perjalanan diteruskan, tiba di Kuala Krai saya mengambil alih tugas memandu sehinggalah sampai ke rumah. Kekok dan berdebar juga memandu jauh ni (tak adalah jauh pun tapi sebab keadaan jalan dan laluan yang kita tidak biasa).

Seronok dapat jumpa Ibu, Abah, Ijat dan Billa...selesai mengangkat barang-barang, sempat berborak dalam bilik dengan Ibu, Billa dan Mila. Baru nak landing abah dah panggil suruh basuh kereta. Maklumlah dah 2 minggu tak basuh dan perjalanan semalam pun diiringi dengan hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai.

So dengan sisa kudrat yang tinggal saya bersihkan Putih, tapi rasanya yang jadi berkilat tu sebab abah. Itulah kasih seorang abah, rasa segan pulak abah tolong cuci sekali tapi saya tahu dia happy. Dalam mencuci tu banyak tips yang saya dapat untuk penjagaan kereta siap dengan pantang larang sekali (yealah bila tengok dah banyak parut kat Putih). Dengar pakai telinga bunyi macam abah membebel tapi bila dengar pakai hati abah sedang bagitahu dia risau dan sayangkan saya sebab itu saya kena selalu berhati-hati : ). Siap mencuci ingat nak sambung sesi berborak dengan ibu (yang sedang masak kuah kacang) sambil berbaring di ruang dapur. Tapi entah bila saya terlena sedar-sedar dah petang, penat sangat gamaknya.

2 comments:

  1. Salam...
    Tiada yang lebih bahagia bila dapat berada di samping keluarga. Terima kasih hadiahkan tudung yang memang sedang diidamkan,macam tahu-tahu saja. Rumah kami sentiasa terbuka buat Syila.

    ReplyDelete
  2. Itulah jauh mana pun pergi bahagia lebih bila bersama keluarga. Sama-sama, hadiah yg tak seberapa...lagipun masa beli tu teringat ko Kak Easy. Terima kasih kerana sentiasa menerima kedatangan ore dengan menu yang sedap setiap kali hehe...

    ReplyDelete