Oct 30, 2009
Tak Bisa Memilih
Main point : UTM atau UiTM?
Alasan lain : bestfren, Mila, Bila dan .....
Ya Allah permudahkan urusanku...
Ringankan bebanku....
aku serahkan segalanya pada-Mu
kerana aku yakin hanya pilihan-Mu yang terbaik untukku...
Berkatilah perjalananku....
Oct 29, 2009
Bau dan Peristiwa
Sebab dua hari lepas, masa tengah shopping kat kedai runcit saya terpandang Syampu Herbal Essences nampak menarik lalu saya ambil dan cuba hidu baunya. Macam magik sebaik saja bau itu menusuk hidung, terus saya teringatkan hari pertama saya di KMK, menangis ketika mandi di asrama Tun Teja.
Menangis bukan sebab terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga buat pertama kali tapi sebab terharu dengan apa yang abah dah buat untuk saya. Itulah syampu yang saya pakai masa menangis tu, selepas 11 tahun rupanya bau itu masih segar dalam ingatan walaupun saya sendiri telah lupa saya pernah gunakannya.
Oh ya, bau Parkson pun ada kenangan juga. Saat indah terserempak dengan Anuar Zain yang boleh buat saya senyum sorang-sorang macam orang gila kalau orang nampak!!!
Sebenarnya dah banyak kali peristiwa macam tu jadi tapi saya buat tak kisah je sebelum ni. Tapi hari tu saya terfikir agaknya berapa banyak bau yang telah melekat bersama peristiwa yang pernah berlaku pada saya? Nampaknya lain kali saya kena tulis dalam note book kecil saya bila menda macam tu jadi lagi.
Dan selepas itu saya boleh kira berapa banyak bau yang telah meng’kod’kan peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup saya.
Mana tahu jugak kalau suatu hari ditakdirkan saya hilang ingatan, bolehlah famili dan kawan-kawan saya guna bau-bau itu untuk mengembalikan semula ingatan saya. Ceh…macam cerita Hindustan pulak!!!
Emm lagi satu, bau dalam Putih pun mengingatkan saya pada sesuatu. Tapi dengan berat hati bau itu telah saya gantikan. Sebab sesuatu itu kadang-kadang boleh kekal sebagai sesuatu kalau kita biar dia sebagai sesuatu sahaja.
Pening??
Maksudnya kalau kita tak nak sesuatu itu berubah jadi jangan ubah atau buat sesuatu yang boleh mengubahnya.
Betul tak?
Nasib baik saya cepat sedar kalau tak mungkin semuanya tak akan sama lagi….fuhhh selamat!!!
Oct 26, 2009
Dah lama tak rasa macam ni!
Semua ada….
Bukan setakat ketika sedar…
Dalam mimpi pun boleh ingat…
Time bercinta pun takde seteruk ni angaunya…
Hampir 3 tahun tak rasa macam ni….
Dalam bimbang tu terselit juga rasa seronok…
Bila teringat kenangan lama…
Zaman muda study ngan kawan-kawan…
Boring study kat bilik, lepak kat PSZ tapi tak lama…
Sebab setengah jam je leh fokus pada buku…
Pastu ralit tengok orang haha….memang bukan type minah library !!
Dah lama tinggal buku…
Malasnya Tuhan saja yang tahu…
Tapi semangat masih ada…
Cuma perlukan sedikit dorongan tiap kali…
Yang paling best tengah-tengah study…
Tiba-tiba perasaan tu datang….Dejavu!
Aku rasa pernah jadi macam ni dulu…
rasa muda sekejap…haha
Final Exam…..
buat hidup ku tunggang terbalik sekali lagi ;p
doakan saya yup!!!
Oct 24, 2009
Penutup Raya
Dan seperti selalunya tempat berkumpul adalah di Bangi. Saya sampai lewat sedikit dari masa yang dijanjikan itupun sebab tersalah budget time. Tersekat kat tol Sg Besi, itulah terlupa nak top up touch ‘n’ go. Padan muka!
Kitorang konvoi tiga buah kereta…seronok tapi berdebar gak…mula-mula follow keta Fakhrul pastu Azam lak lead then lepas dua kali pusing barulah jumpa rumah Abong. Tengok kat map macam complicated je jalannya tapi rupanya senang…yealah bila dah tahukan…
First time jumpa Kak Min yang sedang mengandungkan anak kedua, nampak makin berseri lak. Pasti baby yang bakal lahir nanti secomel kakaknya Nanur…katanya baby boy, wah lengkap sepasang le nanti yup!
Kak Easy, Adam, Aqil dan Ammar pun ada, jauh datang dari JB. Sangat suka melayan Ammar yang banyak cakap sekarang. Comel gile bila tengok dia bercakap dengan mulut kecil dia terkumat-kamit. Aqil pula agak senyap hari tu bila nak balik barulah tersenyum lebar. Tak sabar nak jumpa geng agaknya.
Hidangan hari tu memang best tapi tak dapat makan banyak sebab takut perut buat hal lagi. Bukan diet tapi sebelum subuh dah terkejar ke toilet, sampai ke tempat kenduri pun masih lagi rasa tak selesa.
Ada beberapa wajah yang macam kenal kat kenduri tu tapi tak berani nak tegur lagipun mood tak berapa baik hehe...baik jangan cara pasal memalukan diri sendiri pulak.
Usai makan kami masuk tengok baby Adam, sangat comel bila dia asyik sekali dengan mainan yang bergantungan kat kerusi sampai tak kisah pun dengan orang yang duduk mengelilinginya. Fokus betul!!
Annur sekeluarga sampai bila Adam, Kak Easy dan anak-anak dah nak bertolak ke Cheras tapi kami sempat bergambar beramai-ramai bersama Abong, isteri dan yang dirai baby Adam. Kesian kat baby bergambar kat tengah-tengah panas terik. Teruk betul uncle2 dan auntie2 ni kan, maklumlah kitorang hati muda haha…
Balik dari kenduri saya ke rumah Annur, niat untuk kenal rumah. Sebelum bertolak Annur sempat berbisik minta saya tolong “editkan” pencicah cucur udang. Tergelak juga sebab saya pun tak pernah buat pencicah sendiri macam mana nak “editkan” orang punya.
Kat rumah, ibu yang selalu buat dan kalau kat rumah sewa saya selalu makan cucur dengan sos cili Life je…hehe makan sorang tak payah nak beria sangatkan.
Tapi untuk tidak menghampakan permintaan adik sorang ni, saya cuba ingat cara ibu buat pencicah dia dulu. Selalu masa ibu ajar saya memasak sesuatu, ibu akan bagitahu kenapa kena tambah menda ni, kenapa yang tu kena banyak, yang ni kena sikit, so saya cuba gunakan logik untuk selesaikan masalah pencicah cucur udang Annur. Biar betul ni!!
Dengan dada berdebar-debar saya tambahkan gula untuk hilangkan rasa masam dan sos cili untuk neutralkan rasa manis, Betul ke?
Hasil akhir tak tahu jadi apa, rasa masam tadi dah kurang. Nak kata sedap tu tak gak, macam ada sesuatu yang tak cukup tapi dengan pengalaman memasak yang cetek ni memang tak tahu nak wat apa dah. Tawakal sajalah. Sorry Annur tak banyak boleh tolong.
Tapi salute juga dengan Annur walaupun mee kari tu pertama kali dimasak tapi rasanya dah sedap. Memang menjadi dan cucur udang juga. Air tangan seorang isteri dan ibu mesti ada specialnyakan.
Hampir jam 4.30 ptg barulah saya bertolak pulang, dah keluar tol Batu 9 Usop telefon tanya nak beraya ke rumah Annur. Alahai kesian dia…akak dah on the way balik!!! Rasa bersalah la pulak…
Oct 23, 2009
Beraya & Assignment Mandarin
Seawal 10 pagi saya dah ada di Puchong. Dalam mood raya ni kena kerja memang tertekan jadinya. Sepatutnya appointment saya sampai ke petang tapi mengenangkan janji pada Airin, saya arrangekan date lain untuk klien yang dah buat appointment sebelah petang tu.
Rasa tak sedap hati juga nak hampakan jemputan Abg Robin dan Airin yang selalu bagi support pada setiap program yang dianjurkan oleh @Lambaian.
Dalam duk beringat mengejar masa terbabas juga, biasalah macam-macam orang yang kita boleh jumpa jadi hampir pukul 2.30 ptg baru sampai depan rumah Sport. Dah le kawan tu ada majlis pulak pukul 4.30 ptg nanti. Ala-ala pecut juga untuk sampai ke Seremban.
Lebih kurang jam 4.15 ptg baru kami sampai ke tempat yang yang dituju dengan memfollow kereta kawan abang Robin. Ramai juga jemputan yang datang siap ada khemah cantik depan rumah. Paling menarik mee kari yang ada udang besar tapi rendangnya lebih membuka selera. Puding pun sodapp….
Tak lama kami disana, terima kasih banyak-banyak pada tuan rumah berdua…insyaAllah lain kali kitorang bawa geng @Lambaian yang lain sekali. Kebanyakkan dah ada plan sebab tu tak dapat ikut serta. Maklumlah raya belum habis, ingat nak snap dua tiga gambar tapi tetiba rasa segan lak hehe…
Keesokannya....
Pagi-pagi dah ada kat tasik Seksyen 7 Shah Alam untuk siapkan Assignment kelas Mandarin. Tetiba jadi pelakon pulak hari nih…tapi disebabkan masalah teknikal jadual shooting yang sepatutnya bermula jam 9 pagi terpaksa dianjak ke jam 1 ptg.
Saya dan Aini putuskan untuk habiskan masa menunggu tersebut dengan menghafal skrip dan mengulangkaji untuk writing test hari esok. Dah lama tak pergi tasik…emm teringat zaman kat UTM dulu kitorang selalu celebrate birthday geng Lambaian kat Tasik UTM. Seronok sangat masa tu…air garam!!!!
Cuma hari ni kitorang makan KFC a.m Riser tuk breakfast dan lunch sekali. Best juga sekali sekala study tempat terbuka macam ni.
Jam 1.30 ptg, Ina sampai dan kitorang mulakan shooting-ambil-sendiri-gilir-gilir pakai camera compact je. Tanpa tengok pun rasa sangat kelakar sampai sendiri segan nak tengok hasil akhirnya.
Jam 3.40 ptg kami singgah solat di masjid berdekatan dan ambil scene last kat sana konon-konon kat kawasan ofis, asal boleh tul!
Agenda selepas itu menuju ke Putrajaya, rumah kawan baik saya sejak dari sekolah menengah. Niat untuk “berjumpa” dengan baby boy barunya, Haris dan beraya juga.
Setelah beberapa kali berbalas panggilan dengan Elon, kami putuskan untuk berjumpa di Alamanda memandangkan saya tak pernah sampai ke sana. Kesiankan?
Tapi dugaan betul untuk sampai ke sana (terutama untuk orang yang buta jalan macam saya) sebab tak ada satu pun signboard yang boleh membantu menunjuk arah. Alamanda tu kat Precint berapa pun saya tak tahu. Dengan bantuan Elon dan suami barulah saya berjaya sampai dan kelakarnya dah nampak bangunan tu baru ada signboard bertulis Alamanda…tolong lerr!!!
Selepas mendapatkan hadiah dan makan barulah kami ke rumah Wanie. Memang seronok berborak dan bergossip, lama tak jumpa sampai lupa nak ambil gambar si kecil. Ketika jam menunjukkan 10.30 mlm barulah kami beredar. Thanks Ning…biskut sampan tu sedap arr!!!
Dalam perjalanan pulang, teringat kenangan zaman sekolah dulu. Sedar tak sedar dah hampir 12 tahun kita tinggalkan zaman tu dan alhamdulillah sampai ke hari ini persahabatan kita masih utuh.
Terima kasih sahabat :)
Oct 18, 2009
Jangan, Jangan dan Jangan
Nak cakap depan-depan tak sempat…
Nak tegur nanti tak pasal-pasal kena belasah…
Jadi tulis aje ler kat blog ni, kalau ada yang baca dan pernah buat macam kat bawah ni tolong le berhenti ok!
Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku di depan mata, ada sesetengahnya dah banyak kali nampak dan sangat kesal kerana masih ada yang kurang peka pasal keselamatan diri dan orang sekeliling terutama keluarga sendiri.
Parking Lot Pasaraya C…
Dua orang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kenderaan mewah dengan enjin dihidupkan.
Yang abang dalam lingkungan 5 tahun sedang tidur manakala yang adik lebih kurang 3 tahun sedang duduk di seat depan sebelah pemandu, bermain-main seorang diri dan tersenyum bila saya melambai kearahnya.
Bayangkan budak sekecil itu yang boleh respon dengan mudah pada orang yang tak dikenali bukankah berbahaya?
Kita abaikan kemungkinan dia boleh gerakkan gear or turunkan handbreak.
Bayangkan kalau ada yang berniat jahat dan menculik kanak-kanak tersebut macam mana?
Jalan Raja Abdullah…
Lampu isyarat hijau tetapi jalan jammed, kereta tak bergerak tiba-tiba sebuah motosikal A dari arah bertentangan meluru melintasi barisan kereta yang panjang dan hampir-hampir bertembung dengan motosikal B.
Nasib baik motosikal B sempat brek.
Memang bodoh betul penunggang motosikal A tu dah le melanggar peraturan jalan raya, kalau tak sayang nyawa sendiri tak kisah tapi janganlah membahayakan nyawa isteri/girlfren yang membonceng dibelakang.
Tolong le jangan tunjuk hero dengan benda-benda macam tu, konon terer boleh menyelit dan ambil kesempatan, tak hebat langsung!!!!
Stesen LRT…
Dua orang gadis berpakaian sekolah sedang berborak-borak menunggu tren tiba. Gadis A memberitahu dia sangat sayang dengan boyfrennya sampai rasa sangat marah kalau ada orang mengata yang buruk pasal boyfren dia.
Gadis B tekun mendengar dan mengangguk-gangguk mungkin bersetuju dengan hujah Gadis A.
Dengan penuh perasaan Gadis A berkata dia sanggup melakukan apa saja demi boyfren dia.
Fuh sekolah tak habis jiwang lebih..sanggup buat apa saja????
Inilah masalahnya dengan gadis yang dilamun cinta.
Rasa macam nak luku je kepala Gadis B bila dia sekali lagi terangguk-angguk bersetuju.
Hooi kalau sayang kat kawan tu nasihatkan kalau cinta sayang macam mana pun jangan lebih-lebih sampai sanggup buat apa saja. Kalau untuk mak bapak yang menjaga dari sebesar tapak tangan tak pulak sanggup buat apa saja…nampak sangat pendek akal.
Kalau betul sayang bukan setakat cakap saja, tindakan pun kena seiring jangan sampai menyesal kemudian hari. Sebab yang “pergi” tak akan kembali dan yang “hilang” ada yang tidak akan berganti.
Hargai apa yang kita ada, fikir dulu sebelum buat sesuatu yang mungkin akan dikesali seumur hidup.
Oct 16, 2009
Post Tertunda : Sambungan Jamuan Raya KLM & Geli Gelak Lambaian
Sambung pasal jamuan sket…
Walaupun kitorang sampai lambat nasib baik kaunter bayaran dan pendaftaran masih dibuka. Dapatlah cenderahati program serta kad cabutan bertuah dan alhamdulillah berkat cabutan Kak Easy bertuahlah saya malam tuh.
Hadiahnya jam meja yang comel, tersenyum bila buka (selepas sampai bilik lerr) sebab jam meja saya dah tak boleh pakai, tersembam ke dalam mangkuk berisi kuah maggi perisa curry. Macam tahu-tahu aje hehe…
Tak sampai beberapa minit duduk dah boleh makan. Actually sampai-sampai tu dah nampak kenapa ada kerusi yang da pelekat bertanda A tapi sebab baru sampai jadi pandai-pandai je la kan. So duduklah semeja dengan Annur bersama suami dan anak, Zafran, Alan, Afzan dan Eizs bersama anak sepupunya. Lama juga tak jumpa diorang nih kecuali Afzan ler.
Usai makan, chit-chat dan bermulalah acara tak formal. Masa nih Adam dan Kak Easy dah join meja kitorang. Ceh selfish buka meja Alumni tapi takpe le kan unik sket. Meja kitorang dapat nama Cornflakes Madu. Mula-mula acara cabutan bertuah then teka gambar riuh satu dewan time tu.
Tak tahan gelak bila kepala-kepala lawak start buat keje diorang…
Then acara yang kurang sket dapat sambutan bila kena buat lirik lagu raya dengan melodi yang diberi.
Mungkin kerana melodi yang kurang mesra di telinga jadi agak susah nak respon.
Tapi kitorang sempat siapkan juga lirik cuma tak tahu melodi tu yang senyap jerr….ala lirik tu pun lupa nak ambil tapi da beberapa baris je yang saya leh recall…
Tuan Pengarah kata belasah aja
Bakat terpendam luahkan semua
Anak-anak penghibur suasana
…………………………………
……………………………..…..
Nasib baik raya sebulan
Anak-anak menghulur tangan
Duit raya didahulukan
Minta maaf kemudian-kemudian
Persembahan iklan raya dari MT KLM pun tak kurang hebatnya, pecah perut juga bila ada yang tambah dialog sendiri.
Begitu juga dengan persembahan dari birthday boy bulan Ogos eh ke September ke dua-dua tak ingat dah tapi yang ni pun rasa macam boleh cramp je mulut gelak!!! Best2..
Last sekali persembahan lagu raya lirik sendiri campuran dua group (sori eh lupa nama group korang) menarik juga dua vokalis diiringi penari latar yang kelakar…
Seperti biasa tradisi tak pernah berubah gaya Lambaian, gila bergambar. Tak tahannya yang alumni ni boleh bergaya macam-macam, lupa diri sekejap. Terasa seperti kembali ke zaman Lambaian kitorang tetiba. Penutup pastinya sesi bergambar ramai-ramai. Sayangnya gambar tersebut tak ada dalam memori camera saya. Nantilah dah dapat dari kawan-kawan saya letak kat sini.
Geli Gelak Lambaian
Oleh sebab malam tu saya dan Afzan bermalam di rumah tamu UTM berkongsi apartment dengan Annur dan family jadi pagi itu memang lambat bangkit. Maklumlah tido lambat melayan borak pastu dapat pulak bilik ber’air-cond memang terbabaslah. Agak terkilan sebab Eizs tak dapat join kitorang (kalau tak confirm lagi lambat tido).
Saya dan Afzan sampai ke tempat berkumpul GGL setengah jam lewat dari waktu sepatutnya tapi nasib baik acara belum bermula. Kami sarapan dulu dan bila semua dah ada baru acara bermula. Tak ramai yang join jadi program explorace diganti dengan acara sukaneka. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan itu sudah cukup untuk buat suasana pagi di gelanggang basketball itu gamat.
Acaranya pun best, mula-mula setiap group kena sediakan nama konsep raya, sorakan dan maskot konsep pahlawan melayu tuk group masing-masing……kitorangnya kumpulan nama semperit haha
Pastu acara pecahkan belon oleh maskot….
Pastu acara anyam ketupat….yang ni kumpulan kitorang failed sebab tak ada sorang pun yang pandai anyam. Last sekali minta Annur ajar dan buatkan tuk kitorang hehe…
Pastu acara memancing sambil naik keretapi (konon) buluh …yang ni bahaya bila buluh panjang tu dah patah huhu
Posing selepas acara cari gula-gula dalam tepung.....
Berpeluh juga le sepagi tu tapi rasanya yang paling banyak, gelak sebenarnya….mesti adik-adik pun terkejut tengok perangai abang-abang dan kakak-kakak diorang. Budak-budak pun kalah emmm yea ke?
Apa-apa pun harap adik-adik pun seronok macam mana kitorang seronok.
Acara last tapi masa tu dah sangat santai ialah mencampurkan semua nombor pada setiap kad yang digantung berderet. Jumlah tepat dah lupa tapi sampai seribu lebih gak, yang jadi leceh sebab ada perpuluhan. Yang pasti semperit berjaya mendapatkan jumlah yang tepat berbanding group lain walaupun secara keseluruhan kitorang menang tempat ke-3.
Semangat tul korang mengira....
Penamat acara adalah sesi penyampaian hadiah dan juga ucapan ringkas dari alumni-alumni yang hadir….
Tapi paling penting jalinan ukhuwah yang terbina ini akan berkekalan. Dan lumrah hidup setiap perhubungan itu pasti akan ada pasang-surut, turun-naik dan suka-duka. Terpulang pada kita bagaimana untuk mencorak dan mewarnakannya.
Harapnya yang suka dan senang itu tak melalaikan kita dan yang duka dan susah itu tidak menjauhkan kita.
Secara peribadi, Lambaian sangat bermakna dan memberikan impak yang sangat besar sepanjang 4 tahun di UTM. Melalui Lambaian saya belajar banyak perkara dari persahabatan dan programnya. Khidmat pendidikannya bukan saja memberi peluang kepada saya untuk membantu golongan pelajar tapi juga menilai diri sendiri. Khidmat masyarakatnya memberi ruang kepada saya bergaul dengan masyarakat setempat dan secara tidak langsung membuka mata hati untuk menghargai apa yang ada disekeliling kita terutama keluarga.
Lambaian menyedarkan saya menjadi ‘tidak sempurna’ itu bukan satu ‘kecacatan’ tapi biarlah ia menjadi satu proses untuk kita belajar dan menjadi lebih baik dari sempurna kerana ada waktu menjadi ‘sempurna’ itu juga belum cukup untuk menjadi yang terbaik.
Pada yang tidak mengenali Lambaian mungkin tidak faham mengapa kami yang dari luar JB sanggup bersusah-payah datang ke program tersebut. Jawapannya mudah saja, kerana persahabatannya. Sahabat yang sama-sama makan sedulang, yang berkongsi pendapat bila program bermasalah, yang ringan tulang membantu tanpa perlu meminta, yang tidak pernah berkira dalam apa jua yang dilakukan. Itulah Lambaian pada pandangan saya, yang baik itu akan kekal dalam ingatan selamanya dan yang tidak baik itu biarlah menjadi pengajaran supaya kita tidak mengulanginya.
Hah tu dia, bila menulis pasal Lambaian memang akan emosi sedikit sebab ingatan itu bukan hanya disimpan diotak tapi juga dekat dihati…hehe
Jadi terima kasih kepada MT dan semua adik-adik KLM yang sudi menjemput dan menerima kami seadanya. InsyaAllah diharap banyak perkara yang baik dan bermakna dapat kita usahakan bersama-sama.
Selamat datang ke dunia ‘@Lambaian’ kami dan izinkan kami mengenali dunia ‘KLM’ adik-adik. Ok?
Antara yang paling seronok bila dapat mengulangi memori makan dalam dulang bersama kawan lama dan adik-adik yang dikenali selepas meninggalkan Lambaian :)
Dapat berprogram bersama kawan-kawan dan adik-adik yang dah lama tak jumpa macam Alan, Eizs, Annur, Ayu, Azwar, Pilo, Yerk, Afiq, Ikin, Faiz, Fiza dan juga berkenalan dengan generasi muda KLM memang berbaloi. Tapi maaf kerana masih dalam proses nak padankan nama dan wajah adik-adik yang baru dikenali. Maklumlah jumpa ramai-ramai sekaligus jadi ingatan agak berterabur. Tapi ada beberapa orang yang saya rasa padanan nama dan wajah yang tepat antaranya Tengku, Izzati, Que, Mira, Shahrul, Amin, Madi, Shafiq, Ezzah, Syazwan, Zaida, Ayuzie dan yang lain-lain ada nama yang saya ingat tapi tak dapat bayangkan wajahnya yang mana satu. Boleh?
Jangan berkecil hati yea adik-adik insyaAllah kita jumpa lagi dan akak akan cuba ingat semua orang. Janji!! (sambil angkat tangan)
Petang Ahad itu bersama Afzan, Ikin, Annur beserta suami dan anak singgah ke rumah Kak Easy dulu sebelum bertolak pulang. Tak sempat untuk berjumpa Adam yang dah bertolak ke KL atas urusan kerja.
Kesian tengok Aqil yang tidak sihat tidur di ruang tamu. Nampak badannya tak bermaya kerana kata Kak Easy dia muntah berkali-kali. Tinggallah Ammar yang menjadi perhatian terutama bila dengan sehabis daya dia mem’protect’ bekas berisi makulu dari diambil orang. Sampai dia boleh menangis bersungguh-sungguh bila saya sempat ambil sekeping di depan matanya…
hehe tak tahu makulu tu apa?
makulu = maruku
Sebelum Sport, Azwar, Afiq dan adik yang berlakon jadi adik bongsu dalam iklan Petronas yang dia bawa balik lembu tu (emm panjang pulak namanya…sorry dah tua skeeeet ni susah nak ingat) sampai, kitorang sempat habiskan kue teow goreng kerang Kak Easy. Sedap giler tambah-tambah kerang dia banyakkkkk!
Rugi ar korang lambat!!! hehe
Lebih kurang jam 5 ptg barulah kami berempat bergerak pulang ke KL. Mula-mula saya dan Afzan sangat hepi bila Afiq ikut sekali, konon ada orang yang boleh teman Sport berborak. Tapi rupa-rupanya harapan tinggal harapan, baru je kitorang nak tutup mata terdengarlah suara sumbang memanggil. Dengki betul!!
Sudahnya sampai ke sudah kitorang tak dapat tido cuma boleh tutup mata je kejap. Tapi pengalaman menakutkan bila berhenti isi minyak kat Pagoh. Ya Allah macam ada pertemuan burung-burung sedunia pulak kat R & R tuh…ternganga gak ar kitorang tengok. Sempat le diorang bertiga ambil gambar, hehe glamor burung-burung tu sekejap…
Bukan takut apa, takut jadi mangsa bahan buangan burung-burung tu je la…kalau dah banyak macam gitu tak tahu ar nasib macam manakan…
Akhirnya kami berhenti makan di A&W kat restoran jejantas. Kat sini ada insiden yang membuktikan lelaki memang lelaki sebab ada sorang tu, syok sangat tengok gadis cantik sampai tak sedar kat mana dia letak coney dog beefnyer….nasib baik ada tray kalau tak atas mejalah jawabnya!!! Haha
Dah kenyang kitorang solat dulu baru sambung perjalanan. Sport orang pertama yang sampai ke rumah, lepas tu ke Puchong hantar Afzan then ke Setapak rumah Afiq dan last sekali barulah Putih sampai ke tempat rehatnya.
Begitulah berakhirnya perjalanan Putih ke JB.
- Tamat -
Oct 12, 2009
Nasihat dari seorang Lelaki
Seronok mendengar dan 'melihat' sudut lain sesebuah 'cerita' dari kaca mata seorang lelaki yang berkaca mata...haha
Dalam banyak-banyak nasihat ada satu yang melekat kuat dalam otak....
"Walau macam mana baik pun lelaki tu, lelaki tetap lelaki........"
Oct 7, 2009
Jamuan Raya KLM’ 09 – Never Break this Bond
Sebelum itu sempat lagi mengukur jalan ke The Mines sebelum ambil Afzan di rumah tapi tak tahulah kalau kena pergi lagi ingat ke tak hehe…terima kasih kat Sport yang sudi menumpangkan kitorang solat maghrib dan mengalas perut sebelum bertolak ke destinasi. Kami cuma bertiga sebab yang lain semuanya tidak dapat ikut serta.
Sepanjang jalan banyak yang dibualkan macam-macam cerita ada paling tak tahan 3 kali berturut-turut ulang dengar lagu Laskar Pelangi, maklumlah ada orang tengah suka dengan lagu ni. Tapi kesian dalam tak sihat pun sanggup drive jugak. Thank you : )
Kedatangan kami disambut mesra oleh keluarga Amani. Walaupun dah banyak kali datang tapi masih lagi tersalah lorong. Lebih kurang jam 11.40 malam perjalanan kami berakhir, tak sangka agak dekat juga KL-Brazil ni yup! Hehe jangan marah yea En. Diego…
Seperti selalu layanan tidak pernah kurang, kami berborak dan menjamu selera dengan keropok ikan cecah sos cili Thai, biskut raya dan Coffee BRU. Memang layanlah kombinasinya hampir ke awal pagi tambah pulak dapat tumpang tengok movie Geng – Upin & Ipin yang ntah tuk kali ke berapa. Tapi rasanya tak boleh lawan bilangan Kak Easy kot.
Ish tiap kali datang melayan dan memerhati karenah Amani berdua serta mendengar cerita Kak Easy membuatkan saya kecut perut juga nak ada anak ramai. Bayangkan ketika jam hampir 4 pagi barulah Ammar berhenti bermain. Tapi sambil-sambil menunggu tu sempat le kami berborak dan berkongsi cerita.
Keesokannya…
Angkara tido lambat maka bangkit pun lambat ler…tapi bertuah Kak Easy dapat suami yang rajin. Ketika Kak Easy ke kedai membeli barang-barang basah, Adam pula sibuk menyediakan sarapan pagi. Bukan calang-calang ala-ala western tu!
Lepas Kak Easy balik barulah kitorang sarapan sama-sama, sedapppp! Tengah syok makan barulah Sport dan Azwar sampai. Rasanya macam dah nak jadi breaklunch dah kot time tu. Apa pun Kak Easy dah sibuk sediakan lunch pulak…menu istimewa Nasi Hujan Panas berlaukkan Ayam Masak Pedas (memang pedas pun) dan Acar Mentah pun ada. Kiranya tak lamalah jarak sarapan dan lunch kitorang.
Sekali lagi sambil makan, borak, buat lawak dan melayan Aqil serta Ammar yang comel tu…memang best.
Selesai makan terus bersiap-siap untuk menghadiri perjumpaan dengan adik-adik KLM pula. Kami aturkan satu pertemuan antara MT @Lambaian dan MT KLM untuk saling mengenali dan berkongsi idea serta cadangan supaya dapat sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing. Terima kasih pada Faiz, Amin, Ezzah, Nadia, Shafiq, Que, Madi dan Syazwan kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Tamat perbincangan, dengan bantuan keluarga Amani saya dan afzan ke rumah tamu UTM yang kini dikenali sebagai Scholar’s Inn untuk mendaftar dan mendapatkan kunci Apartment untuk Annur dan family. Selesai urusan kami singgah di Jusco dan Kedai Runcit Bismi untuk mendapatkan bekalan buah-buahan kerana suami-isteri yang baik hati ini nak belanja sume makan rojak buah dengan colek Aji buatan keluarga mereka.
Sampai di rumah kesian dengan Aqil dan Ammar yang dah tertidur kepenatan, lagi kesian tak puas tido diorang terpaksa dikejutkan untuk bersiap ke Jamuan nanti. Kami tiba agak lewat dan Eizs juga lama menunggu di dalam kereta sementara menantikan saya tiba. Sorry Eizs!!!
Oct 6, 2009
Beraya - Hujung Minggu Pertama di KL
Open-house rumah Pakcik memang best sebab ada nasi dagang lauk udang favourite saya. Kalau Che Mah yang masak memang sedap tapi saya tak larat nak rasa makanan lain sebab dah tibai nasi dagang penuh pinggan. Memang meriah sekali suasananya sebab diadakan sekali dengan birthday party dua orang cucu Pakcik, Marissa dan Aisha. Tetamu agak ramai walaupun kata sepupu saya hanya saudara-mara, kawan-kawan rapat dan jiran terdekat sahaja yang dijemput. Malam itu saya bermalam di rumah Pakcik sebab dah banyak kali kena sound dengan Che Mah.
Esoknya awal lagi dah bangun sebab badan rasa melekit (tu la semalam malas nak mandi), tengah-tengah bersiap dapat sms good morning dari Sport. Ni mesti nak tanya plan semalam yang tak jadi, selepas reply saya terus sms beberapa orang geng @Lambaian yang saya agak dah pulang dari kampung. Mula-mula ajak Afzan keluar beraya tapi akhirnya decide untuk beraya ke rumah dia dan rumah Mariam since dia je yang reply sms saya.
Selepas zohor saya dan Mila balik ke Kg Baru dulu untuk ambil barang-barang dia lepas tu baru bergerak ke rumah Sport. Agak confident saya tak akan sesat kali ini walaupun sampai ke roundabout kedua macam dah ragu-ragu sikit. Tak yah telefon Sport dulu belum sesat lagi ceh macam ego je ek!!!
Nasib baik sampai juga depan rumah Sport, bangga sekejap haha…lepas tu kitorang menuju ke rumah Afzan kat Puchong yang kelakarnya kitorang masing-masing cuma ingat rumah Afzan lepas tol tapi tak ingat tol mana satu. Tapi takpe, apa guna teknologikan…terus call Afzan dan alhamdulillah selamat tiba ke tempat yang dituju. Wah first time makan nasi lemak masa raya tapi tak boleh makan banyak sebab ada lagi satu rumah nanti. Usai makan dan borak kitorang kidnap Afzan bawa beraya rumah Yam pulak.
Keluar dari tol call Yam tanya direction tapi tak ikut pun sebab ada orang nak test jalan yang tak pernah lalu. Layan je lah dapat merasa lalu highway Lekas walaupun keluar dari situ dah lost, selepas 3 panggilan barulah kami sampai ke Taman Pelangi Semenyih. Kedatangan kami di sambut Yam, suami dan anak mereka yang comel Aqil juga hidangkan mee bandung. Seronok berborak pasal macam-macam cerita, lepas maghrib baru kami mengucapkan terima kasih pada Yam dan keluarga.
Seperti biasa sebelum betul-betul balik kitorang cari kedai makan melayan borak sambil menjamu selera dulu tapi agak susah juga sebab banyak kedai makan masih bercuti lagi. Walaupun makanan ala-ala tak rasa apa tapi redha je lah, menunggu pun lama.
Dalam berborak tu ada isinya yang buat saya berfikir panjang. Nak cerita details panjang sangat tapi biar saya simpulkan disini. Kadang-kadang kita boleh salah faham dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang lain disebabkan kita mempunyai definisi yang berbeza pada sesuatu perkara.
Contohnya…bila saya kata saya jarang bersahur cuma minum Milo, yang saya maksudkan dengan sahur adalah makan. Tapi Afzan dan Sport pelik dengan kata-kata saya itu sebab bagi diorang sahur bermaksud makan dan/atau minum. Mungkin inilah salah satu sebab mengapa perkara remeh boleh jadi besar dan yang besar bertambah besar. Bukan kerana salah cakap tapi kerana tidak dapat menangkap maksud sebenar yang hendak disampaikan.
Jadi pada yang tengah ada problem tapi tidak mahu mendengar penjelasan cubalah beri ruang kepada “pesalah” anda untuk menyampaikan maksud sebenar sebelum menjatuhkan “hukuman”. Boleh jadi apa yang dimaksudkan itu tidak seperti yang anda fikirkan.
Nampaknya borak kami berisi juga tak sia-sia makan bertentangan dengan masjid hehe...last destinasi adalah beraya ke rumah Sport, hidangan istimewa tak pernah rasa tea perisa rose, makan kek coklat dan kek lapis air tangan membantu Sport yang katanya tak menjadi (ingatkan betul-betul tak jadi…statement merendah diri nampak).
Hampir 10.30 mlm barulah kitorang beransur pulang memandangkan tuan rumah pun dah tak boleh buka mata. Mengenangkan esok kena kerja rasa cepat gile masa berlalu. Hantar Afzan dulu then barulah hantar Mila balik ke kolej. Sampai di rumah dah tengah malam, penat dan seronok tapi sekali lagi teringat esok kerja terus bad mood. Malasnyerrrr!!!!
Oct 1, 2009
Happy Birthday Nik Mohd Izzat Syahiran
SELAMAT HARI JADI BUDAK GHEMOK!!!!!!
Hari ini saya sepatutnya sudah bertolak pulang ke KL tapi berat sungguh rasa hati nak melangkah pergi ceh jiwang laks…
Lepas dua tiga kali melaung dari tangga rumah ke rumah depan bertanyakan plan sepupu saya untuk bertolak pulang maka dengan senang hati saya memutuskan untuk ponteng kerja esok! Jahatkan tapi tak kisah….
Kek Ijat dah beli semalam lagi tapi nak meraikannya bukan main susah. Mula-mula kena tunggu Along & Kak Long sampai dari Terengganu dulu pastu bila diorang dah sampai dalam kul 3 ptg tunggu Billa balik pulak sebab dia dah keluar ke KB dengan kawan-kawan. Dalam duk menunggu Billa, Aril pulak keluar beraya ke Pasir Putih.
Last sekali bagi mengelakkan Ijat yang dah hampir berpuluh kali bertanya bila nak potong kek saya dan Billa bawa dia keluar menghantar kawan Billa yang singgah ke rumah untuk menghadiri persandingan kawan diorang esok. Kemudian kami singgah ke Pantai Timur (Supermarket) di Pengkalan Chepa membeli hadiah-pilih-sendiri-tak-payah-balut untuk Ijat.
Yang kelakarnya mula-mula Ijat dengan gembira pilih buku mewarna Mickey Mouse tapi bila saya tunjukkan racing car terus dia bagi buku tadi pada Billa. “Kak Bi amik ar hok nih!”. Bertuah punya adik hehe…agak lama juga kami di sana Ijat terkejut besar ketika saya berhenti untuk mengisi minyak azan Maghrib berkumandang.
“Hah ore bang doh?” Tersentak saya dan Billa dan kemudian kami sama-sama ketawa. Ijat ni kadang-kadang memang sukar diramal.
Lebih kurang jam 8.30 malam baru acara bermula tanpa Along & Kak Long yang belum balik dari kenduri kawin kawan diorang sebab birthday boy dah mengantuk & tak sabar-sabar nak buka hadiah dah….
Ditewaskan dengan mudah?
Pertelingkahan antara akal dan hati pasti akan mempengaruhi keputusan. Ada kala mengikut kata hati itu betul dan ada ketika menurut kewarasan akal adalah tepat. Ada masa bila terlalu banyak beban perlu dipikul hati terasa seperti ingin melepaskan segalanya. Lepaskan tangan dan biarkan diri bebas dari segala rasa yang terbuku.
Ya, lepaskan semua dan biarkan takdir memilih jalan sendiri. Keletihan ini telah membunuh keterujaan hidup, keseronokan untuk bermimpi dan keindahan mencipta impian. Semangat yang hilang membawa pergi seluruh keinginan, tiada yang dinanti, tiada yang diimpi dan apa yang ada itulah ia.
Berputus asa dengan impian sendiri amat menakutkan, mengakui kekurangan diri dan membiarkan rasa takut dan lemah menguasai fikiran. Terkepung dan terkurung dengan anggapan negatif membiarkan setiap inci keyakinan ditewaskan dengan mudah. Berserah dan menyerah kalah itukah aku?
Perasaan ini dikuasai oleh ketidakupayaan, melihat harapan itu berlalu tapi mengapa tiada rasa untuk menghalangnya dari pergi. Namun dalam kekusutan ini aku masih temui kebahagian biarpun untuk memahaminya aku sendiri tidak mengerti. Jadi jangan bersimpati dengan kekalahan ini kerana aku pasti akan berdiri kembali cuma aku ingin belajar menikmati udara sempit ini. Andai suatu hari saat ini tiba lagi aku pasti akan dapat bernafas dengan tenang dan tak akan berasa sakit lagi.
Aku berputus asa dengan jalan yang aku pilih, bukannya dengan pilihan yang ada kerana tanggungjawab perlu dilunaskan. Biarkan aku tenggelem, aku ingin bernafas sendiri…
Pelikkan, ada waktu terasa seperti tak tertewaskan dan ada waktu hanya membiarkan diri tewas begitu saja.