Oct 7, 2009

Jamuan Raya KLM’ 09 – Never Break this Bond

Jauh destinasi beraya hujung minggu lepas tapi sangat menyeronokkan. Pulang ke tempat bersejarah buat ahli Kelab Lambaian Masyarakat yang dulu lebih mesra dengan panggilan Lambaian. Kembali dengan status sebagai Alumni Lambaian Masyarakat bersama harapan agar ada ruang buat kami menabur khidmat buat Lambaian yang tetap kekal dihati selamanya.

Sebelum itu sempat lagi mengukur jalan ke The Mines sebelum ambil Afzan di rumah tapi tak tahulah kalau kena pergi lagi ingat ke tak hehe…terima kasih kat Sport yang sudi menumpangkan kitorang solat maghrib dan mengalas perut sebelum bertolak ke destinasi. Kami cuma bertiga sebab yang lain semuanya tidak dapat ikut serta.

Sepanjang jalan banyak yang dibualkan macam-macam cerita ada paling tak tahan 3 kali berturut-turut ulang dengar lagu Laskar Pelangi, maklumlah ada orang tengah suka dengan lagu ni. Tapi kesian dalam tak sihat pun sanggup drive jugak. Thank you : )

Kedatangan kami disambut mesra oleh keluarga Amani. Walaupun dah banyak kali datang tapi masih lagi tersalah lorong. Lebih kurang jam 11.40 malam perjalanan kami berakhir, tak sangka agak dekat juga KL-Brazil ni yup! Hehe jangan marah yea En. Diego…

Seperti selalu layanan tidak pernah kurang, kami berborak dan menjamu selera dengan keropok ikan cecah sos cili Thai, biskut raya dan Coffee BRU. Memang layanlah kombinasinya hampir ke awal pagi tambah pulak dapat tumpang tengok movie Geng – Upin & Ipin yang ntah tuk kali ke berapa. Tapi rasanya tak boleh lawan bilangan Kak Easy kot.

Ish tiap kali datang melayan dan memerhati karenah Amani berdua serta mendengar cerita Kak Easy membuatkan saya kecut perut juga nak ada anak ramai. Bayangkan ketika jam hampir 4 pagi barulah Ammar berhenti bermain. Tapi sambil-sambil menunggu tu sempat le kami berborak dan berkongsi cerita.

Keesokannya…

Angkara tido lambat maka bangkit pun lambat ler…tapi bertuah Kak Easy dapat suami yang rajin. Ketika Kak Easy ke kedai membeli barang-barang basah, Adam pula sibuk menyediakan sarapan pagi. Bukan calang-calang ala-ala western tu!

Lepas Kak Easy balik barulah kitorang sarapan sama-sama, sedapppp! Tengah syok makan barulah Sport dan Azwar sampai. Rasanya macam dah nak jadi breaklunch dah kot time tu. Apa pun Kak Easy dah sibuk sediakan lunch pulak…menu istimewa Nasi Hujan Panas berlaukkan Ayam Masak Pedas (memang pedas pun) dan Acar Mentah pun ada. Kiranya tak lamalah jarak sarapan dan lunch kitorang.

Sekali lagi sambil makan, borak, buat lawak dan melayan Aqil serta Ammar yang comel tu…memang best.

Selesai makan terus bersiap-siap untuk menghadiri perjumpaan dengan adik-adik KLM pula. Kami aturkan satu pertemuan antara MT @Lambaian dan MT KLM untuk saling mengenali dan berkongsi idea serta cadangan supaya dapat sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing. Terima kasih pada Faiz, Amin, Ezzah, Nadia, Shafiq, Que, Madi dan Syazwan kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Tamat perbincangan, dengan bantuan keluarga Amani saya dan afzan ke rumah tamu UTM yang kini dikenali sebagai Scholar’s Inn untuk mendaftar dan mendapatkan kunci Apartment untuk Annur dan family. Selesai urusan kami singgah di Jusco dan Kedai Runcit Bismi untuk mendapatkan bekalan buah-buahan kerana suami-isteri yang baik hati ini nak belanja sume makan rojak buah dengan colek Aji buatan keluarga mereka.

Sampai di rumah kesian dengan Aqil dan Ammar yang dah tertidur kepenatan, lagi kesian tak puas tido diorang terpaksa dikejutkan untuk bersiap ke Jamuan nanti. Kami tiba agak lewat dan Eizs juga lama menunggu di dalam kereta sementara menantikan saya tiba. Sorry Eizs!!!
Bersama geng @Lambaian.....

8 comments:

  1. ler rasa macam dah pnjg...hehe nanti sambg

    ReplyDelete
  2. tak cukup ni.. hahhahahha
    syila.. tukar kaler bleh tak
    dah tua tua ni sakit la mata bila kena fokus biru gelap dengan biru muda
    huhhuhu

    ReplyDelete
  3. Tak sempat nak sambung karangan lagi ni...

    Pelik, sayanye background light brown ler...ni mesti kes baca sblm abis loading page ni...dh tua kena byk2kan sabar hehe

    ReplyDelete
  4. Mekasih kerana sudi singgah tido umah kami. Tak dapat banyak nak disediakan.

    Juga tak sempat nak tunggu korang datang hari Ahad petang itu.

    ReplyDelete
  5. Kitorang yg patut b'terima kasih, tido dan lepak umah amANI mmg best :) sume cukup!

    Takpe kitorang pun lambat siap ari tu. InsyaAllah lain kali kitorang datang lagi hehe

    ReplyDelete
  6. Salam...jangan serik datang lagi ye. Kipas keras kepala setia menunggu. Kat rumah kami saja ada kipas macamtu,special design.

    ReplyDelete
  7. Ummi, InsyaAllah tak serik suka lagi ade hehe pape pun terima kasih atas layanan superb! 2 3 ari doh nak makan colek buah x ingat sokmo nak beli!

    ReplyDelete