Oct 6, 2009

Beraya - Hujung Minggu Pertama di KL

Hujung minggu pertama di KL selepas pulang dari bercuti di kampung halaman tercinta open-house pertama yang saya pergi adalah rumah Pakcik di Setiawangsa selepas plan untuk beraya dengan geng @Lambaian terpaksa ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Open-house rumah Pakcik memang best sebab ada nasi dagang lauk udang favourite saya. Kalau Che Mah yang masak memang sedap tapi saya tak larat nak rasa makanan lain sebab dah tibai nasi dagang penuh pinggan. Memang meriah sekali suasananya sebab diadakan sekali dengan birthday party dua orang cucu Pakcik, Marissa dan Aisha. Tetamu agak ramai walaupun kata sepupu saya hanya saudara-mara, kawan-kawan rapat dan jiran terdekat sahaja yang dijemput. Malam itu saya bermalam di rumah Pakcik sebab dah banyak kali kena sound dengan Che Mah.

Esoknya awal lagi dah bangun sebab badan rasa melekit (tu la semalam malas nak mandi), tengah-tengah bersiap dapat sms good morning dari Sport. Ni mesti nak tanya plan semalam yang tak jadi, selepas reply saya terus sms beberapa orang geng @Lambaian yang saya agak dah pulang dari kampung. Mula-mula ajak Afzan keluar beraya tapi akhirnya decide untuk beraya ke rumah dia dan rumah Mariam since dia je yang reply sms saya.

Selepas zohor saya dan Mila balik ke Kg Baru dulu untuk ambil barang-barang dia lepas tu baru bergerak ke rumah Sport. Agak confident saya tak akan sesat kali ini walaupun sampai ke roundabout kedua macam dah ragu-ragu sikit. Tak yah telefon Sport dulu belum sesat lagi ceh macam ego je ek!!!

Nasib baik sampai juga depan rumah Sport, bangga sekejap haha…lepas tu kitorang menuju ke rumah Afzan kat Puchong yang kelakarnya kitorang masing-masing cuma ingat rumah Afzan lepas tol tapi tak ingat tol mana satu. Tapi takpe, apa guna teknologikan…terus call Afzan dan alhamdulillah selamat tiba ke tempat yang dituju. Wah first time makan nasi lemak masa raya tapi tak boleh makan banyak sebab ada lagi satu rumah nanti. Usai makan dan borak kitorang kidnap Afzan bawa beraya rumah Yam pulak.

Keluar dari tol call Yam tanya direction tapi tak ikut pun sebab ada orang nak test jalan yang tak pernah lalu. Layan je lah dapat merasa lalu highway Lekas walaupun keluar dari situ dah lost, selepas 3 panggilan barulah kami sampai ke Taman Pelangi Semenyih. Kedatangan kami di sambut Yam, suami dan anak mereka yang comel Aqil juga hidangkan mee bandung. Seronok berborak pasal macam-macam cerita, lepas maghrib baru kami mengucapkan terima kasih pada Yam dan keluarga.

Seperti biasa sebelum betul-betul balik kitorang cari kedai makan melayan borak sambil menjamu selera dulu tapi agak susah juga sebab banyak kedai makan masih bercuti lagi. Walaupun makanan ala-ala tak rasa apa tapi redha je lah, menunggu pun lama.

Dalam berborak tu ada isinya yang buat saya berfikir panjang. Nak cerita details panjang sangat tapi biar saya simpulkan disini. Kadang-kadang kita boleh salah faham dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang lain disebabkan kita mempunyai definisi yang berbeza pada sesuatu perkara.

Contohnya…bila saya kata saya jarang bersahur cuma minum Milo, yang saya maksudkan dengan sahur adalah makan. Tapi Afzan dan Sport pelik dengan kata-kata saya itu sebab bagi diorang sahur bermaksud makan dan/atau minum. Mungkin inilah salah satu sebab mengapa perkara remeh boleh jadi besar dan yang besar bertambah besar. Bukan kerana salah cakap tapi kerana tidak dapat menangkap maksud sebenar yang hendak disampaikan.

Jadi pada yang tengah ada problem tapi tidak mahu mendengar penjelasan cubalah beri ruang kepada “pesalah” anda untuk menyampaikan maksud sebenar sebelum menjatuhkan “hukuman”. Boleh jadi apa yang dimaksudkan itu tidak seperti yang anda fikirkan.

Nampaknya borak kami berisi juga tak sia-sia makan bertentangan dengan masjid hehe...last destinasi adalah beraya ke rumah Sport, hidangan istimewa tak pernah rasa tea perisa rose, makan kek coklat dan kek lapis air tangan membantu Sport yang katanya tak menjadi (ingatkan betul-betul tak jadi…statement merendah diri nampak).

Hampir 10.30 mlm barulah kitorang beransur pulang memandangkan tuan rumah pun dah tak boleh buka mata. Mengenangkan esok kena kerja rasa cepat gile masa berlalu. Hantar Afzan dulu then barulah hantar Mila balik ke kolej. Sampai di rumah dah tengah malam, penat dan seronok tapi sekali lagi teringat esok kerja terus bad mood. Malasnyerrrr!!!!

2 comments:

  1. Bukan mudah nak jadi pendengar yang setia. Apa lagi bila dengan orang yang suka cerita detail dari A sampai Z macam En Amani. Penat nak tunggu ending so buat kesimpulan sendiri. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Panjang sangat ke Kak Easy sampai tak larat tunggu ending hehe ore loni pun kalau banyak sangat suspen jadi malas nak dengar. Nak oyat, oyat tak se oyat sudoh ;)

    ReplyDelete