Jun 10, 2009

Bersama PERINTIS 2009 - Part II

Suasana kat pantai memang sangat happening, Jup telah membuatkan sume ketawa sampai keras perut. Tak percaya tengok klip video kat http://alumnilambaian.blogspot.com/ ni. Kesian tengok Jup besungguh-sungguh meniup belon sampai kembang pipi tapi yang musykilnye belon tak jugak besar.

Soalan: Apasal belon Jup tak kembang-kembang?

Haha sampai hari ini saya masih tergelak sorang-sorang bila teringat part tu. Itu kisah yang muda-muda, yang anak-anak kecil pulak begitu asyik bermain air terutama baby Adam ops jangan salah faham ya, baby Adam adalah anak kepada ST dan Hanim. Sepanjang masa memang nampak baby Adam berendam je. Aqil, Ammar dan Nanur pulak melayan hal sendiri. Nanur begitu asyik mengangkut air dari gigi pantai dan menyiramnya ke atas pasir. Sekali-sekala mereka bermain bersama. Zuhira pulak mungkin masih malu-malu maklumlah baru pertama kali bertemu lebih banyak berkepit dengan abahnya. Sekali sekala terdengar jeritan dan teriakan manja serta gelak ketawa mereka.

Sebenarnya ada merancang acara sukaneka untuk kanak-kanak riang ni, tapi bila lihat diorang begitu teruja bermain air dan dikejar ombak jadi rancangan itu dibatalkan saja. Plannya nak buat “riba muzikal”, apatu? Haaa konsep dia macam ‘musical chair’ le jugak cuma tak guna kerusi je, kiranya diorang tak berebut kerusi tapi berebut riba. InsyaAllah mungkin next gath nanti kita cuba buat.

Selepas penat bergelak-ketawa gadis-gadis kembali mengadap makanan yang terhidang walaupun sang semut telah menyerang dan menguasai rojak pesembur yang dibawa oleh Azam dan Kak Min. Agak terkilan sebab tak sempat nak merasa tapi sangat kagum ngan semangat Ummu yang sanggup memilih bahagian yang belum disentuh sang semut. Memang kacau daun betul semut-semut ni, dah le kitorang ni lama merancang baru leh kumpul makan sama-sama yang diorang hari-hari duk situ pun nak ‘menyibuk’ gak. Apahal ler…

Ketika kitorang seronok mengunyah dan berborak, geng-geng lelaki pulak sibuk bermain bola dan kerana “kehandalan” sepakan tepat diorang dua kali bola tersasar, kali pertama terkena Kak Easy dan kali kedua terkena saya. Nasib baik sepakan diorang ala-ala “gaya” je kencang, tak ada le cedera kan…haha

Walaupun pancaran cahaya matahari berpanjangan sehinggalah ke hampir maghrib, sedikit pun tidak mengganggu kami menikmati setiap keseronokan bersama. Waktu terasa cepat berlalu, ketika jam hampir mencecah 7.30 mlm barulah kami tiba ke apartment. Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak kedengaran alunan surah Yaasin memecah keheningan apartment E9-2. Semoga penubuhan @Lambaian ini mendapat keredhaan dari yang Esa dan memberi kebaikan buat semua ahlinya.

Ketika jam melewati 9.00 mlm kami bergerak ke foyer Blok E untuk acara BBQ, Abang Robin dan Airin juga hadir menyertai kami. Ramai yang terkejut dan teruja melihat hidangan yang tersusun di meja buffet, gerenti naik 2 3 kilo kalau nak menghabiskan sume hidangan tersebut hehe sambil makan-makan kitorang berborak lagi. Yelah bukan selalu dapat bersembang bersama begitukan, saya menyertai Ikin, Ummu, Afzan, Aemi dan Eizs malam tu. Rasa muda sekejap bila berkongsi lawak jenaka dan melayan diorang bercerita. Walaupun acara berlangsung santai, tuan mc malam itu, Sport dengan bantuan Azam telah menyediakan satu game ala forum yang sekali lagi membuatkan sume yang ada tergelak tak henti-henti. Tambah pulak “ahli-ahli panel” pun sporting, Ikin, Jup dan Aemi telah memberikan jawapan yang menyebabkan setiap orang seronok untuk bertanya lagi.

Paling tak tahan boleh ke Ikin pakai alat tulis tuk gali kubur??? Yang si Jup pulak tak abis-abis dengan IQ tinggi tapi bila tanya soalan lain, jawabnya lain…Aemi pulak lagi terror gali kubur pakai jari jer!!! Korang memang best ler…


bersambung lagi….

5 comments:

  1. lupe nak cite..
    saya, ikin dan ummu ada bina istana pasir 3 tingkat..
    dengan bantuan nanur menyiram pasir dengan air laut..
    kami bina istana tersebut..

    malangnyer..
    after kitorang tinggalkan istana dah runtuh..
    sebabnya nanur menyiram pulak kat istana kami..
    berlekuk kubah yang kami bentuk..
    haha~

    ReplyDelete
  2. kak syila,salah tu..
    "mengali kubur" ye...yg ni betull...keke

    ReplyDelete
  3. Afzan...akak ingat istana korang terbengkalai oo rupanya kena siram ekkk

    Ikien...a'ah mengali kubur ler,silap plak hehe

    ReplyDelete
  4. haha... kutuk skill kitorang men bola eh.

    ReplyDelete
  5. Nadzrul...bukan kutuk ler komen je! Ala tahu korang memang terer saja je x nak tunjuk kan hehe

    ReplyDelete