Salam…
Hari ni malas gile nak pergi kerja, set jam bangun pukul 6.30 pagi tapi bila jam bunyi tutup dan set pulak pukul 7, bunyi lagi, tutup dan set lagi pukul 7.15 haha tapi kali keempat dah tak boleh extand nanti lambat sampai ofis. Kalau 3 kali lambat kena belanja breakfast untuk semua orang kat ofis. Oh tidak….
Sampai ofis walaupun dah terlewat 2 minit tapi selamba curi-curi buka blog @Lambaian dulu. Wah cepat dan pantas sungguh Tuan Pengarah meng’update’ cerita terkini. Buka blog Afzan pun dah ada gak cerita terbaru pasal PERINTIS. A’ah walaupun kehadiran tak seperti yang di rancang tapi tetap meriah dan seronok sangat.
Sebelum itu, saya nak minta maaf sekali lagi atas kelewatan yang tidak disengajakan terutama pada Sport, Afzan, juga pada Hafiz aka ST, Hanim dan Baby Adam, Din dan Aemi serta Midah sekeluarga yang lama menunggu. Kepada Adam dan Kak Easy bersama-sama Aqil dan Ammar yang menolong meng’arrange’kan penempatan dan hal-hal lain terima kasih banyak-banyak dan kepada Pilo yang tolong mengambil lunch (agak terkilan tak sempat nak jumpa sebab Pilo ada hal lain selepas itu). Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang telah meng’havoc’kan gath kali ini iaitu Azam, Kak Min, Nanur, Kiah, Zul, Zuhira, Zulaikha, Alan, Eizs, Afzan, Ana, Baby Eisya, Eizs, Moy dan Jufri. Tak dilupakan pada Abang Robin dan Airin yang sudi juga hadir ketika BBQ.
Disebabkan kecuaian saya terlambat tiba ke stesen komuter UKM seperti yang dijanjikan dengan Sport (sorry Sport tapi aku tahu ko penyabar orangnya hehe) dan pada Afzan juga mungkin sms saya yang kurang jelas membuatkan dia tersalah faham dan tiba terlalu awal di tempat menunggu. Perjalanan yang agak lancar walaupun jalan menghala ke Seremban agak sesak tapi nasib baik ada SMARTAG kan…macam-macam kitorang sempat borak dari isu semasa ke isu mengarut tapi macam sangat sweet walaupun baru kenal Afzan tapi rasa macam dah kenal lama.
Tiba di Glory Beach Resort orang sangat ramai dan mencari parking pulak satu hal, rezki saya dan Afzan sangat murah sebab Tuan Timbalan Pengarah yang baik hati drop kami kat depan blok apartment dan kemudian baru teruskan misi mencari parking. Melangkah masuk ke apartment F8-2 disitu ada kak Easy, Adam, Aqil, Ammar, Kiah yang dah 5 tahun tak jumpa…barulah dapat tengok 2 puteri Kiah, Zuhira & Zulaikha yang comel. Sapa lagi yup emm Ikin, Ummu, Aemi, Eizs dan ST bersama isteri, Hanim dan baby Adam pun ada.
Sangat teruja melihat Banner @Lambaian Edisi Kekal, tima kasih kat Afiq yang telah bersusah payah mengejar masa demi menjelmakan banner yang sangat unik untuk @Lambaian. Perut berkeroncong diisikan dengan nasi ayam…sedang menjamu selera Azam, Kak Min dan Nanur tiba. Orang yang paling gembira pastinya Aqil, bestfren yang ditunggu tiba jua…bestfren ker????
Lebih kurang pukul 530 petang kitorang ke pantai untuk sesi sukaneka sempoi dan bermain ombak sambil berkelah. Fuh memang ‘bergaya’ dengan banner sebagai latar kami berpiknik dengan rojak buah, rojak pesembur (ntah betul x ejaannya…ke nama pun salah), kek batik yang sedap, kek pisang dan deretan air bergas yang telah dibuat campuran gaya @Lambaian haha…nasib tak ciritkan. Seronok melayan karenah adik-adik yang best tak ingat.
Setelah mengisi perut permainan dimulakan dengan acara memasukkan benang dalam lubang jarum. Acara ini berpasangan, si gadis memegang jarum dan si jejaka yang akan menentukan samaada misi itu berjaya atau tidak. Pasangan yang menang akan memilih siapa yang bakal membuat persembahan pada malam BBQ dan yang kalah perlu membuat persembahan yang sama. Sume bukan main bersemangat lagi dan Tuan Pengarah bersama pasangan gantian, Afzan telah menjuarai acara ini. (Kak Easy tersenyum melihat sambil meriba ammar yang merengek kerana mengantuk) dan yang paling tak tahan melihat kesungguhan Jup dan Ikin yang tidak berputus asa walaupun pasangan lain dah berjaya menamatkan cabaran masing-masing. Melihat telatah Jup memang pecah perut, dia sangat sporting walaupun teruk dikenakan tapi masih boleh maintain selamba. Acara kedua adalah tiup belon sampai pecah…Din membuktikan keunggulan tapi tumpuan tetap pada Jup dan gaya selambanya hehe cayalah Jup!
bersambung…..

mmg besh la program kali nih..
ReplyDeletekena ada kesinambungan yang positif..
Terkejut gak aku tgk ko bawak brg byk nak mampus kuar komuter tu... nasib baik balik tu barang tu semua dah takde...
ReplyDeleteAfzan...insyaAllah klu sume geng @Lambaian memberi sokngan pasti akan ada lagi program yg lebih besh :)
ReplyDeleteNadzrul...ko ingat aku x terkejut ke? Aku tgk dlm list mcm sikit tapi bila packing mak aii! terpaksa le aku tinggalkan agar-agar pelangi tuk pot luck sbb xde space dah nak sumbat. Aku rasa mcm indon laks angkut brg2 mcm tu hehe...