Agak geram dari kelmarin saya cuba upload gambar PERINTIS dari koleksi “ado” saya ni tapi asyik error je. Meminjam semangat Jup, kalah takpe asal jangan berhenti mencuba hehe InsyaAllah akan saya cuba lagi hari ni.
Lepas dapat pulut kuning dari Tek kurang le sket geramnye sebab tenggelam dengan kesedapan pulut kuning air tangan che mah…tadi baru makan nasi lemak tapi kalau setakat 2 sudu dulu, leh telan lagi!
Ok, kita sambung ceta…dah sampai mana ekk?
Ohh ya…abis je acara BBQ saya mengambil kesempatan melepak dengan Kiah. 5 tahun tak jumpa mesti banyak benda nak cerita. Actually bukan cerita pun banyaknya mengenang zaman muda-muda kami kat KMK dulu. Airin pun datang join gak, maklum le masa kat KMK tu kami bertiga satu dorm, Tun Teja namanya. Kami duk berbincang bila nak adakan reunion untuk dorm kami pulak, ikut perjanjian kami akan berjumpa kembali ketika umur kami 29 tahun. Sepatutnya tahun ni tapi masih belum ada khabar berita lagi.
Sesi berborak terganggu bila tuan pengarah bertanyakan file AGM tuk abang Robin dan Airin. Alamak terlupa pulak saya nak bawak turun tadi, apalagi terpaksa le bergegas naik ke apartment. Ketika saya turun semula Abang Robin dan Airin dah bersedia nak beredar memandangkan pagi esok abang Robin ada program di sekolah. Selepas itu Kiah pula meminta diri untuk naik ke bilik sebab anaknya dah terlena. So tinggallah Adam, Alan, Azam dan Sport yang masih seronok berborak. Eizs, Ikin, Ummu, Aemi dan Afzan dah pergi berjalan-jalan katanya.
Saya kemudian menyertai jejaka berempat ni berborak sambil berbincang pasal agenda AGM esoknya. Tak lama Alan pula meninggalkan kami, agaknya dah penat kot yealah dari JB ke KL pastu patah balik ke sini. Memang penat kalau saya pun!!! Haha statement macam pernah drive je kan… : )
Lama gak kami berdiskusi diselangi isu-isu sampingan (sensitip sket jadi tak boleh nak ceta kat sini) pape pun rasanya sume dah ready tuk AGM esok. Tengah-tengah berbincang tu Moy sampai…sian dia nampak kepenatan. Kami amat berterima kasih pada sume yang sanggup adjust time walaupun terpaksa datang lambat tapi masih sudi hadir memberikan sokongan pada PERINTIS 2009. Selepas Moy naik ke apartment kami masih menyambung borak. Mendengar pelbagai cerita memang seronok tetapi makin lama energy semakin hilang. Saya sempat ke tepi benteng melihat pemandangan di waktu menghampiri pagi, masih ramai pengunjung yang melepak di tepi pantai. Ada juga yang sedang mencari-cari sesuatu di persisiran, entah apa yang diorang cari ntah…ketam ke?. Selepas mengambil angin saya kembali ke apartment. Dah tak larat nak join jejaka bertiga tu.
Sampai ke apartment kak Easy tolong bukakan pintu. Melihat saya sorang, kak Easy bertanya “Eh hok lain mano?”
“Duk bual bawoh lagi…”
Saya ke ruang menonton TV menyertai Kak Min yang menonton sitcom Till Death, terpandang Aqil yang tertidur di atas sofa bersebelahan TV. Sempat le berborak sekejap dengan kak Min, baru je buka tudung terdengar bunyi ketukan di pintu apartment. Terpaksa le pakai balik, Kak Easy dan Kak Min pun bergegas mengambil tudung. Rupa-rupanya Adam dan Azam dah balik, tak lama Adam keluarkan camera dan sempat le kami menonton beberapa rakaman yang berlangsung petang tadi dan koleksi peribadi Adam sekeluarga. Selepas tu mata memang tak boleh buka. Esok kena bangun awal lagi nak amik sarapan…emm kunci jam dulu 6.30 pg (hope terbangun ler)
Terjaga tepat 6.30 pg jam HP, eh da sms dari Jup. Rupanya Jup dan Pilo dah balik ke JB sebab ada kenduri. Agak terkilan sebab tak sempat jumpa Pilo. Satu-satunya junior yang panggil saya Kak Syil hehe...sweet kan? Kemalasan untuk bangun, sisa mengantuk masih ada. Saya reply sms Jup dan selepas tu masih terbaring mengumpul tenaga untuk bangkit. Ahh tak boleh jadi ni…saya tarik tuala dan berlalu ke bilik mandi. Selesai sume saya call Sport tapi tak da jawapan. Mesti tak bangun lagi ni, saya cuba call Alan…nasib baik talian bersambut.
Ketika saya sampai ke foyer blok E, Sport dah menunggu, cepatnya! Kami berjalan keluar melalui kawasan swimming pool, ternampak empat orang gadis sedang bercakap-cakap dengan mamat pencuci pool.
Korang tengah mengayat mamat tu nak mandi kolam ek? sian kat Ikin, Afzan, Eizs, Aemi dan Ummu mesti tak dapat mandi gak. Dari gaya cool mamat tu kami agak mesti kul 9 baru pool tu siap kot. Bersemangat Ikin tepon saya awal pagi bertanyakan breakfast sebab diorang nak turun kolam. Tak pe, next gath kita adakan slot khas di kolam pulak supaya tak de yang keciiiwa lagi….
Kekenyangan makan pulut…kita sambung kat part IV lerr

Aku cepat tu, sebab tak mandi... gosok gigi, basuh kelopak mata. Terus turun. hahaha...
ReplyDeleteBaik ko ngaku betul2, ko kumur je kan haha... Patut le asyik sebut still rasa kambing, sbb x mandi kan :)
ReplyDelete