25/06/2009 (Khamis)
6.00 pagi…terjaga dari tidur terus ke bilik air. Kemudian ke ampaian mencari baju yang hendak di pakai tetapi baru perasan, mana baju hitam haa??? Ishh rasa dah jemur semalam…tak ada le pulak! Emm terpaksa tukar plan. Pakai je le blouse pink ni…menggosok pulak ambil masa yang agak lama sebab baju tu jenis yang berkedut seribu.
7.30 pagi….dah terpacak tunggu tren kat Putra LRT untuk ke KL Sentral. Tak sampai beberapa minit tren dah sampai dan orang tak ramai, mungkin sebab masih awal. Cepat-cepat meloloskan diri, lebih kurang 7.50 pagi dah berada dalam komuter ke Shah Alam.
Tetapi tak sangka pulak bila sampai ke stesen Shah Alam, pakcik teksi kat situ tak nak hantar terus ke kampus, hanya sehingga ke bus stop Seksyen 2. Tak kisahlah…tapi dalam teksi tu rupanya ada lagi sorang penumpang yang menuju ke tempat yang sama. Kami berkenalan dan sama-sama memanjat tangga bas T603 untuk ke destinasi seterusnya.
Tiba di pintu masuk UiTM pak guard (PG) naik periksa bas dan menyuruh sesetengah penumpang turun mendapatkan pas. Terus ambil kesempatan bertanya pada pak guard tempat paling dekat untuk kami turun memandangkan kami berdua memang tak tahu kat mana letak duduknya bangunan tempat taklimat tersebut.
Saya : Encik, kalau nak ke Fakulti Undang-undang nak turun kat mana yea?
PG : Emm kamu turun dekat Perindu
Saya : Hah…(dengan muka blurr)
PG : Ohh Perindu pun kamu tak tahu? Emm ada sapa-sapa yang turun kat Perindu tak?
(pak guard buat announcement pulak kat dalam bas tu)
Nasib baik ada sorang budak lelaki yang turun kat sana. Jadi setiap kali bas berhenti kami akan menjeling ke arah budak lelaki tersebut takut-takut terlepas. Jam menunjukkan jam 9.10 pagi apabila kami turun di depan Perindu (kolej rupanya hehe). Dengan bantuan tunjuk arah budak lelaki tersebut kami terpaksa menapak ke arah Kolej Kenanga/Cempaka mendaki bukit barulah kami tiba di tempat taklimat.
Mak aiiii penatnye dah lama tak daki bukit!!
Masuk ke dewan taklimat, penerangan dari Koordinator Program dah sampai ke muka surat 14. Takpelah pasni leh tanya orang. Lebih kurang jam 10.15 pagi taklimat tamat dan kami ke tempat makan untuk break-fast sebab pukul 10.45 nanti ada sesi dengan penasihat akademik pula. Mungkin kerana semangat yang berkobar-kobar masing-masing sudah beredar awal. Tak sempat nak habiskan kopi ‘O’ panas yang disediakan, mana nak sempat kopi tu panas tahap didih. Terpaksa jugak minum air kotak, baru ingat nak simpan minum bila habis sesi taklimat kedua nanti.
Lebih kurang 10 minit menunggu, En Anuar masuk dan memulakan sesi perbincangan. Sebelum ini rasa senang kalau dapat pengecualian kredit, boleh grad awal tapi bila tengok list subjek yang perlu diambil rasa risau mula menyerang. Ish apa menda ni? Memang blur bila nama-nama subjek itu disebut…tambah bila nama subjek tersebut disingkatkan pulak…saya memang lost!
“OB, apa tu?” haha padan muka, yang gi sambung buat business tu sapa suruh? Tu le kalau sambung wat kejuruteraan Elektrik tak de le seblur tu. Yea ke??
“Kenapa nak ambil HR?”
“Tak minat elektrik dah, minat HR lagi?” tersenyum mendengar pertanyaan demi pertanyaan, tak tahu apa nak jawab tapi memang tak punya jawapan pun.
“Tapi tak pe ramai senior awak pun pernah ambil juga” sambung En. Anuar sambil tersenyum. Ayat perli ke ayat menenangkan tu…
Apa-apa pun kata orang tak kenal maka tak cinta kan…so pegi kelas dulu nanti baru tahu susah ke senang (ada istilah senang ker hehe).
Kalau ikutkan jadual yang diberi cuma tinggal hari Khamis je saya tak ada kelas. Itupun kalau tak tambah kredit lagi, empat kali seminggu berlari dari KL ke Shah Alam confirm tak sampai sebulan dah boleh kurus ni. Nampak gaya kena pindah duduk Shah Alam ler kalau tak bukan setakat badan susut, duit pun confirm susut!

Carik2 la umah dekat S.Alam.
ReplyDeleteLewat malam baru nak sampai Kg Baru balik.
Tu le ni tengah survey umah kat sana, klu x pindah mmg lebam ler...
ReplyDelete