Jun 16, 2009

Hujung Minggu yang Best

Ahad, 14 Jun 2009 - Pelajar PLK

Akhirnya hari ini impian untuk menyambung pelajaran telah menjadi kenyataan setelah lama tertangguh. Dewan Sri Budiman telah menjadi saksi diusia mencecah ke angka 29 saya bergelar pelajar sekali lagi. Kali ini di UiTM dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia).

Mendaftar seorang diri memberi saya ruang untuk ”emo” sekejap. Semoga saya dapat melalui fasa ini dengan baik dan dapat menggenggam segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang. Walaupun gembira tapi tetap terselit rasa bimbang, takut kalau saya tewas dengan keadaan terkejar-kejar nanti. Papepun InsyaAllah, kali ini saya tidak akan mengecewakan diri sendiri dan keluarga lagi. Doakan yup!

Lebih kurang pukul 11.15 pagi urusan pendaftaran saya selesai, agak ramai yang datang mendaftar. Perjalanan pendaftaran juga lancar kerana arahan yang jelas. Dari dewan saya ikut gerak hati untuk mencari jalan pulang. Dengan bantuan tunjuk arah 2 orang gadis dengan mudah saya sampai ke pondok menunggu bas. Maklumlah orang tak ada transport sendiri macam nilah. Dalam 10 minit menunggu, bas 603 tiba membawa saya ke bus stop Seksyen 2. Dari situ saya perlu ambil bas U80 ke Pasar Seni. Terima kasih kepada 3 sekawan yang saya jumpa di pondok menunggu bas di depan Kolej Seroja kerana sudi menjelaskan pada saya laluan bas di area UiTM ni.

Saya tiba di rumah lebih kurang pukul 12.45 tengahari selepas menapau lunch dari kedai berdekatan. Ketika sampai ke Putra LRT abah telefon minta saya belikan hadiah untuk perkahwinan anak perempuan pakcik saya di Gombak nanti. Dah sampai rumah saya malas nak keluar balik, takpelah masih ada masa lagi. InsyaAllah Abah, Ibu, Ijat dan Along serta isteri akan turun ke KL hari Khamis nanti. Tak sabar nak bawa Ibu jalan-jalan kat KL dan bawa Ijat ke Zoo Negara seperti yang diidam-idamkannya.


Sehari sebelum.....

Sabtu, 13/06/2009 - Lewat lagi!!

Terjaga dalam keadaan terkejut, dah pukul 7.32 pg…hangus subuh aku! entah bila layan Full House semalam saya terlena. Mati aku kali ni, bergegas ke bilik air, mandi, qada’ subuh dan iron baju. Kul 8.10 pg dah kuar umah pegi cari kuih-muih dulu dan dengan lajunya menuju ke Putra LRT untuk ke KL Sentral. Pastu amik komuter lak ke UKM...ah nasib baik ketika saya turun ke platform 6 tren baru tiba. Cepat-cepat saya masuk, mujur orang tak ramai dapat le saya duduk. Ketika sampai di stesen Serdang jam dah menunjukkan 9.30 pg…aaah lambat lagi!

Tiba di stesen UKM dah 9.48 pg…sorry le kawan lewat lagiii! Tak lama Sport sampai dan kami menuju ke rumah Azam. Dalam kepala terbayang laksa Kak Min, harap-harap da rezki makan laksa lagi ler sebab laksa Kak Min memang sedap!!

Sampai kat umah Azam selepas bersalam dengan tetamu yang ada saya terpandang hidangan kat atas meja, laksa ke tu???? Walaupun Kak Min bagitahu kuah laksa agak masin hari ni tapi pada saya dah cukup sedap untuk penuhkan mangkuk kali kedua. Bila lagi nak jumpakan baik makan sampai puas hati. Habis makan tuan Presiden sekeluarga pun tiba. Kitorang mulakan meeting dalam keadaan sangat santai. Selesai meeting Afzan meminta diri kerana perlu menghadiri majlis perkahwinan kawannya. Kemudian saya join Kak Min dan Kak Easy berborak di dalam bilik sambil melayan Aqil, Nanur dan Ammar bermain. Seronok bercerita ada pulak orang datang minta bantal. Nak tergelak pun ada, bagus punya plan lepas makan tido. Tapi kesian baru je nak landing ada tetamu yang datang. Terpaksa le “orang-orang” tersebut tukar venue.

Hari ini memang kekenyangan sebelum balik Kak Min hidangkan pula cekodok yang pertama kali saya cuba ada ikan bilis dan kentang, keropok lekor losong dan air teh. Wah seronok kami makan sambil berbual macam-macam. Seronok melayan lepak kitorang beransur pulang pun dah hampir 5.30 petang.

Terima kasih banyak-banyak pada Azam dan Kak Min atas layanan serta hidangan yang superb.

Lagi satu yang best ialah saya berjaya beli kasut dalam masa kurang dari 15 minit. Itupun secara tidak sengaja, tiba di KL Sentral terpandang deretan poster “Sale” kat factory outlet kat situ. Selalunya saya mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kasut yang memuaskan hati tapi nampaknya hari ni memang bernasib baik. Boleh le pakai masa pergi mendaftar nanti

8 comments:

  1. amboi, sempat lagi makan cekodok ngan kopok lekor..
    rugi saya balik awal..
    huhu~

    ReplyDelete
  2. Tu le pasal...murah rezeki betul hari tu. Memang rugi awak balik awal! hehe

    ReplyDelete
  3. Cekodok mmg best. Rugi tak makan.

    ReplyDelete
  4. Ucapan buat bakal pelajar ijazah.

    Selamat belajar. Walau bergelar pelajar tapi jangan bawa mentaliti pelajar di dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  5. wah.. mahu juga! hehe
    semoga syila terus maju dlm kehidupan..
    jgn meletakkan batu sempadan pada kebolehan sendiri.. usaha dan tawakal, insyallah berjaya.
    good luck ya!

    ReplyDelete
  6. amANI...tima kasih, Insyaallah aku akan cuba elakkan, tapi klu ko nmpk aku ke arah tu ko "fire" jer...ko kan abg kesayangan aku hehe

    d...tima kasih, lama x masuk klas ni xtau le mcm mane. Hope ok ler :)

    ReplyDelete
  7. Owh, begitu? Baik. Siap sedia hati banyak-banyak ye.

    Kalau terkecil, pam balik kasik besar, kalau terjauh, sila jejak kembali. Sendiri.

    ReplyDelete
  8. AmANI...ish satu pun dh cukup, hati aku ni dh lalui mcm2 dh. Setakat kena sound direct tu 'dia' gelak jer! hehe

    ReplyDelete