Oct 16, 2009

Post Tertunda : Sambungan Jamuan Raya KLM & Geli Gelak Lambaian

Lama betul baru nak update kan…

Sambung pasal jamuan sket…

Walaupun kitorang sampai lambat nasib baik kaunter bayaran dan pendaftaran masih dibuka. Dapatlah cenderahati program serta kad cabutan bertuah dan alhamdulillah berkat cabutan Kak Easy bertuahlah saya malam tuh.

Hadiahnya jam meja yang comel, tersenyum bila buka (selepas sampai bilik lerr) sebab jam meja saya dah tak boleh pakai, tersembam ke dalam mangkuk berisi kuah maggi perisa curry. Macam tahu-tahu aje hehe…

Tak sampai beberapa minit duduk dah boleh makan. Actually sampai-sampai tu dah nampak kenapa ada kerusi yang da pelekat bertanda A tapi sebab baru sampai jadi pandai-pandai je la kan. So duduklah semeja dengan Annur bersama suami dan anak, Zafran, Alan, Afzan dan Eizs bersama anak sepupunya. Lama juga tak jumpa diorang nih kecuali Afzan ler.

Usai makan, chit-chat dan bermulalah acara tak formal. Masa nih Adam dan Kak Easy dah join meja kitorang. Ceh selfish buka meja Alumni tapi takpe le kan unik sket. Meja kitorang dapat nama Cornflakes Madu. Mula-mula acara cabutan bertuah then teka gambar riuh satu dewan time tu.
Tak tahan gelak bila kepala-kepala lawak start buat keje diorang…
Then acara yang kurang sket dapat sambutan bila kena buat lirik lagu raya dengan melodi yang diberi.
Mungkin kerana melodi yang kurang mesra di telinga jadi agak susah nak respon.

Tapi kitorang sempat siapkan juga lirik cuma tak tahu melodi tu yang senyap jerr….ala lirik tu pun lupa nak ambil tapi da beberapa baris je yang saya leh recall…

Tuan Pengarah kata belasah aja
Bakat terpendam luahkan semua
Anak-anak penghibur suasana
…………………………………
……………………………..…..

Nasib baik raya sebulan
Anak-anak menghulur tangan
Duit raya didahulukan
Minta maaf kemudian-kemudian

Teka apa kebenda nih?

Persembahan iklan raya dari MT KLM pun tak kurang hebatnya, pecah perut juga bila ada yang tambah dialog sendiri.

Begitu juga dengan persembahan dari birthday boy bulan Ogos eh ke September ke dua-dua tak ingat dah tapi yang ni pun rasa macam boleh cramp je mulut gelak!!! Best2..

Last sekali persembahan lagu raya lirik sendiri campuran dua group (sori eh lupa nama group korang) menarik juga dua vokalis diiringi penari latar yang kelakar…

Seperti biasa tradisi tak pernah berubah gaya Lambaian, gila bergambar. Tak tahannya yang alumni ni boleh bergaya macam-macam, lupa diri sekejap. Terasa seperti kembali ke zaman Lambaian kitorang tetiba. Penutup pastinya sesi bergambar ramai-ramai. Sayangnya gambar tersebut tak ada dalam memori camera saya. Nantilah dah dapat dari kawan-kawan saya letak kat sini.

Geli Gelak Lambaian

Oleh sebab malam tu saya dan Afzan bermalam di rumah tamu UTM berkongsi apartment dengan Annur dan family jadi pagi itu memang lambat bangkit. Maklumlah tido lambat melayan borak pastu dapat pulak bilik ber’air-cond memang terbabaslah. Agak terkilan sebab Eizs tak dapat join kitorang (kalau tak confirm lagi lambat tido).

Saya dan Afzan sampai ke tempat berkumpul GGL setengah jam lewat dari waktu sepatutnya tapi nasib baik acara belum bermula. Kami sarapan dulu dan bila semua dah ada baru acara bermula. Tak ramai yang join jadi program explorace diganti dengan acara sukaneka. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan itu sudah cukup untuk buat suasana pagi di gelanggang basketball itu gamat.

Acaranya pun best, mula-mula setiap group kena sediakan nama konsep raya, sorakan dan maskot konsep pahlawan melayu tuk group masing-masing……kitorangnya kumpulan nama semperit haha
Pastu acara pecahkan belon oleh maskot….
Pastu acara anyam ketupat….yang ni kumpulan kitorang failed sebab tak ada sorang pun yang pandai anyam. Last sekali minta Annur ajar dan buatkan tuk kitorang hehe…
Pastu acara memancing sambil naik keretapi (konon) buluh …yang ni bahaya bila buluh panjang tu dah patah huhu

Posing selepas acara cari gula-gula dalam tepung.....

Berpeluh juga le sepagi tu tapi rasanya yang paling banyak, gelak sebenarnya….mesti adik-adik pun terkejut tengok perangai abang-abang dan kakak-kakak diorang. Budak-budak pun kalah emmm yea ke?
Apa-apa pun harap adik-adik pun seronok macam mana kitorang seronok.

Acara last tapi masa tu dah sangat santai ialah mencampurkan semua nombor pada setiap kad yang digantung berderet. Jumlah tepat dah lupa tapi sampai seribu lebih gak, yang jadi leceh sebab ada perpuluhan. Yang pasti semperit berjaya mendapatkan jumlah yang tepat berbanding group lain walaupun secara keseluruhan kitorang menang tempat ke-3.

Semangat tul korang mengira....


Penamat acara adalah sesi penyampaian hadiah dan juga ucapan ringkas dari alumni-alumni yang hadir….
Tapi paling penting jalinan ukhuwah yang terbina ini akan berkekalan. Dan lumrah hidup setiap perhubungan itu pasti akan ada pasang-surut, turun-naik dan suka-duka. Terpulang pada kita bagaimana untuk mencorak dan mewarnakannya.

Harapnya yang suka dan senang itu tak melalaikan kita dan yang duka dan susah itu tidak menjauhkan kita.

Secara peribadi, Lambaian sangat bermakna dan memberikan impak yang sangat besar sepanjang 4 tahun di UTM. Melalui Lambaian saya belajar banyak perkara dari persahabatan dan programnya. Khidmat pendidikannya bukan saja memberi peluang kepada saya untuk membantu golongan pelajar tapi juga menilai diri sendiri. Khidmat masyarakatnya memberi ruang kepada saya bergaul dengan masyarakat setempat dan secara tidak langsung membuka mata hati untuk menghargai apa yang ada disekeliling kita terutama keluarga.

Lambaian menyedarkan saya menjadi ‘tidak sempurna’ itu bukan satu ‘kecacatan’ tapi biarlah ia menjadi satu proses untuk kita belajar dan menjadi lebih baik dari sempurna kerana ada waktu menjadi ‘sempurna’ itu juga belum cukup untuk menjadi yang terbaik.

Pada yang tidak mengenali Lambaian mungkin tidak faham mengapa kami yang dari luar JB sanggup bersusah-payah datang ke program tersebut. Jawapannya mudah saja, kerana persahabatannya. Sahabat yang sama-sama makan sedulang, yang berkongsi pendapat bila program bermasalah, yang ringan tulang membantu tanpa perlu meminta, yang tidak pernah berkira dalam apa jua yang dilakukan. Itulah Lambaian pada pandangan saya, yang baik itu akan kekal dalam ingatan selamanya dan yang tidak baik itu biarlah menjadi pengajaran supaya kita tidak mengulanginya.

Hah tu dia, bila menulis pasal Lambaian memang akan emosi sedikit sebab ingatan itu bukan hanya disimpan diotak tapi juga dekat dihati…hehe

Jadi terima kasih kepada MT dan semua adik-adik KLM yang sudi menjemput dan menerima kami seadanya. InsyaAllah diharap banyak perkara yang baik dan bermakna dapat kita usahakan bersama-sama.

Selamat datang ke dunia ‘@Lambaian’ kami dan izinkan kami mengenali dunia ‘KLM’ adik-adik. Ok?

Antara yang paling seronok bila dapat mengulangi memori makan dalam dulang bersama kawan lama dan adik-adik yang dikenali selepas meninggalkan Lambaian :)

Dapat berprogram bersama kawan-kawan dan adik-adik yang dah lama tak jumpa macam Alan, Eizs, Annur, Ayu, Azwar, Pilo, Yerk, Afiq, Ikin, Faiz, Fiza dan juga berkenalan dengan generasi muda KLM memang berbaloi. Tapi maaf kerana masih dalam proses nak padankan nama dan wajah adik-adik yang baru dikenali. Maklumlah jumpa ramai-ramai sekaligus jadi ingatan agak berterabur. Tapi ada beberapa orang yang saya rasa padanan nama dan wajah yang tepat antaranya Tengku, Izzati, Que, Mira, Shahrul, Amin, Madi, Shafiq, Ezzah, Syazwan, Zaida, Ayuzie dan yang lain-lain ada nama yang saya ingat tapi tak dapat bayangkan wajahnya yang mana satu. Boleh?

Jangan berkecil hati yea adik-adik insyaAllah kita jumpa lagi dan akak akan cuba ingat semua orang. Janji!! (sambil angkat tangan)

Petang Ahad itu bersama Afzan, Ikin, Annur beserta suami dan anak singgah ke rumah Kak Easy dulu sebelum bertolak pulang. Tak sempat untuk berjumpa Adam yang dah bertolak ke KL atas urusan kerja.

Kesian tengok Aqil yang tidak sihat tidur di ruang tamu. Nampak badannya tak bermaya kerana kata Kak Easy dia muntah berkali-kali. Tinggallah Ammar yang menjadi perhatian terutama bila dengan sehabis daya dia mem’protect’ bekas berisi makulu dari diambil orang. Sampai dia boleh menangis bersungguh-sungguh bila saya sempat ambil sekeping di depan matanya…

hehe tak tahu makulu tu apa?
makulu = maruku

Sebelum Sport, Azwar, Afiq dan adik yang berlakon jadi adik bongsu dalam iklan Petronas yang dia bawa balik lembu tu (emm panjang pulak namanya…sorry dah tua skeeeet ni susah nak ingat) sampai, kitorang sempat habiskan kue teow goreng kerang Kak Easy. Sedap giler tambah-tambah kerang dia banyakkkkk!

Rugi ar korang lambat!!! hehe

Lebih kurang jam 5 ptg barulah kami berempat bergerak pulang ke KL. Mula-mula saya dan Afzan sangat hepi bila Afiq ikut sekali, konon ada orang yang boleh teman Sport berborak. Tapi rupa-rupanya harapan tinggal harapan, baru je kitorang nak tutup mata terdengarlah suara sumbang memanggil. Dengki betul!!

Sudahnya sampai ke sudah kitorang tak dapat tido cuma boleh tutup mata je kejap. Tapi pengalaman menakutkan bila berhenti isi minyak kat Pagoh. Ya Allah macam ada pertemuan burung-burung sedunia pulak kat R & R tuh…ternganga gak ar kitorang tengok. Sempat le diorang bertiga ambil gambar, hehe glamor burung-burung tu sekejap…

Bukan takut apa, takut jadi mangsa bahan buangan burung-burung tu je la…kalau dah banyak macam gitu tak tahu ar nasib macam manakan…

Akhirnya kami berhenti makan di A&W kat restoran jejantas. Kat sini ada insiden yang membuktikan lelaki memang lelaki sebab ada sorang tu, syok sangat tengok gadis cantik sampai tak sedar kat mana dia letak coney dog beefnyer….nasib baik ada tray kalau tak atas mejalah jawabnya!!! Haha

Dah kenyang kitorang solat dulu baru sambung perjalanan. Sport orang pertama yang sampai ke rumah, lepas tu ke Puchong hantar Afzan then ke Setapak rumah Afiq dan last sekali barulah Putih sampai ke tempat rehatnya.

Begitulah berakhirnya perjalanan Putih ke JB.

- Tamat -

2 comments:

  1. ade acara cari gula2 dldm tepung, tertinggal dlm prog GGL.
    Mmg emosi sket bila baca entry tth kisah Lambaian, teringat memori zaman kita still aktif dlu. Lg syahdu bila ada gambar2 program kita dulu. Bapakle over bergambar, tp tak byk ada dlm softcopy. Klu siap dgn gambo2 program dulu, lg syahdu rasanya. Siap bleh bawak leleh gaknya. huhuhu

    ReplyDelete
  2. A'aaaa patut ar rasa yg x lengkap!
    Betul2, b'prog ngan Lambaian adalah salah satu pengalaman terindah...hehe

    ReplyDelete